in

Sinopsis Filem BANTING

Pada 5 Mei lalu, sidang media dan pra tonton filem BANTING telah berlangsung di TGV 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Sebuah filem bergenre komedi sukan ini adalah sebuah filem dari produksi Singapura yang mendapat sambutan hangat di negara tersebut.

Tulisan & Arahan
M. RAIHAN HALIM
Terbitan: ASRA AMAN, EDMUND DION LIM, M. RAIHAN HALIM Lakonan: IZYAN MELLYNA, MASTURA AHMAD, FAUZIE LAILY, OSMAN ZAILANI, JIMMY TAENAKA

Tajuk Bahasa Malaysia: BANTING
Tajuk Bahasa Inggeris: SLAM
Negara Produksi: Singapura
Tahun: 2014
Bahasa: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
Genre: Komedi Sukan
Bahasa Sarikata: Bahasa Inggeris
Format: DCP
Masa Tayangan: 110 minit
Nisbah Skrin: 1:85:1
Nisbah Aspek: 1:85:1
Kadar Frame: 24fps
Nisbah Bunyi: 5.1 Mix
Shot Asal: Digital 5K
Tarikh Tayangan (Singapura): 31 October 2014
Tarikh Tayangan (Malaysia): 7 Mei 2015

LOGLINE
Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh ketegasan, Yasmin sedar akan semangat yang selama ini hilang dalam dirinya apabila dalam diam dia mula mengambil kelas gusti profesional. Apabila dia diugut rahsianya akan dibongkarkan, Yasmin terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi meneruskan impiannya dan melakukan apa yang diingininya dicapai dalam hidupnya.

KENYATAAN PENGARAH
BANTING bermula dengan sebuah imej yang jelas. Seorang peninju profesional di tengah gelanggang Madison Square Garden. Seluruh arena tinju kosong, hanya susuk peninju di tengah gelanggang. Seorang gadis Muslim. Daripada cerita ini, saya ingin ajukan sebuah soalan:
“Bolehkan seorang gadis Muslim melakukan apa sahaja yang diinginkan seperti gadis-gadis yang lain?”

Harapan saya sebagai seorang Muslim dan pengarah adalah untuk filem BANTING bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menceritakan bagaimana seseorang itu harus jujur pada diri sendiri dan bebas dari tanggapan diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya.

Sewajarnya seseorang itu harus mempunyai keberanian untuk terus maju biarpun keadaan menghalang.

SINOPSIS
Berlatarbelakangkan dunia gusti profesional, BANTING adalah sebuah kisah kehidupan seorang gadis dalam mengejar impiannya.

Ianya tidak mudah dibesarkan dalam keluarga Muslim yang tegas, lapan belas tahun kehidupan Yasmin terkongkong tanpa sebarang bentuk hiburan;

Semuanya berubah apabila Yasmin mengambil peluang menyertai pasukan gusti profesional secara rahsia di sebuah gim gusti profesional. Sejak daripada itu, Yasmin mengubah kehidupannya dan membentuk alter-ego yang dikenali sebagai Zarith Blade!

Namun demikian, menindas orang bukanlah apa yang dihajati oleh Yasmin dalam hidupnya. Yasmin terpaksa menyimpan rahsia mengenai minatnya daripada ibunya, Halimah atas sebab- sebab yang tertentu.

Pada Halimah, seorang anak gadis Muslim yang baik adalah bercanggah dengan cara kehidupan seorang peninju profesional, dari segi pemakaian yang sendat mahupun perlakuan bertinju di khalayak ramai.

Impian Yasmin untuk menjadi hebat di gelanggang tercapai apabila dia menjadi pujaan peminatnya dan mendapat penghormatan dari jurulatihnya. Namun demikian, keadaan berubah apabila Yasmin diugut bahawa identitinya bakal dibongkarkan.

Yasmin akan berdepan dengan sebuah pertandingan yang paling penting dalam hidupnya sebagai peninju agar ibunya membenarkan dia untuk terus mengejar cita-citanya.

BANTING adalah sebuah filem komedi-sukan terbitan Papahan Films yang mengajak kita untuk terus mengejar impian biarpun terpaksa menempuhi pelbagai halangan demi mengecap kejayaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Comedy Central Siar Sitkom Terbaru I LIVE WITH MODELS

Sebalik Teraju Kejayaan Filem BANTING