in ,

Sinopsis Filem Apa Tengok-Tengok

SINOPSIS FILEM APA TENGOK-TENGOK

Filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang Pengetua yang bernama CIKGU ZAABA, berusaha untuk membentuk sikap dan perangai lapan orang pelajar tingkatan lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas, Johor Bahru yang mempunyai masalah disiplin.

Lapan pelajar itu yang masing-masing membentuk sebagai dua kumpulan diketuai oleh SHARIFF KHAN yang merupakan anak golongan sederhana dan satu lagi kumpulan pula diketuai oleh AHMAD DANIEL DATO DANI, anak orang berada. Pertelingkahan mereka bermula apabila kumpulan DANIEL bertembung dengan SHARIFF yang sedang menunggang motosikal arwah datoknya iaitu motosikal Vespa. Mereka mempersenda dan memalukan SHARIFF. Perbuatan tersebut akhirnya mengundang dendam antara SHARIFF dan kumpulan DANIEL.

Apa Apa Tengok

Kenakalan mereka bertambah lagi dengan kehadiran ADRIANA sebagai pelajar baru di kelas mereka. Kumpulan SHARIFF mengenakan ADRIANA dengan menghadiahkan sejambang bunga dan memintanya untuk memberikan kepada DANIEL dengan alasan ianya sempena harijadi DANIEL sedangkan mereka sebenarnya mahu melagakan ADRIANA dengan DANIEL.

Namun satu insiden telah berlaku apabila SHARIFF hampir ditembak oleh BROTHER JOE iaitu seorang Pengedar Dadah yang menyamar sebagai Ahli Perniagaan MLM yang berjaya. Kejadian itu menyebabkan SHARIFF dan rakan-rakannya berkenalan dengan BROTHER JOE dan bersetuju untuk bekerja sebagai penghantar barangan kesihatan kepada pelanggan BROTHER JOE demi impian mereka untuk membeli peralatan muzik mereka sendiri. Tetapi akhirnya mereka menyedari barangan tersebut adalah dadah.

Apa Apa Tengok

Ekoran itu, mereka bersepakat untuk membuang barangan tersebut tetapi perbuatan mereka telah menyebabkan BROTHER JOE hilang pertimbangan dan mengakibatkan sekumpulan pelajar kelas tingkatan 1 bersama-sama dengan guru kelas ditawan sebagai tebusan.Peristiwa tersebut hampir meragut nyawa CIKGU ZAABA yang terkena tembakan yang dilepaskan oleh BROTHER JOE ketika dia cuba bertindak sebagai penyelamat.

Akibat dari kejadian tersebut, ADRIANA, SHARIFF dan DANIEL serta rakan-rakan yang lain akhirnya bersatu untuk menyertai satu pertandingan bakat di Kuala Lumpur demi membuktikan kesungguhan minat mereka terhadap bidang muzik selain menebus kesilapan mereka terhadap CIKGU ZAABA. Mampukah kedua-dua kumpulan itu bergabung demi mengejar impian mereka? Inilah sebuah kisah memupuk inspirasi dan pengajaran kepada golongan remaja.

Poster Apa Tengok-Tengok

Poster Apa Tengok Tengok 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Battle Of The Sexes Maxis

Cartoon Network Offers Ben 10 Fans