Sinopsis Filem 1957: Hati Malaya Lakonan Maya Karin
Filem 1957 - Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja malah ia mampu menyuntik semangat patriotik di kalangan penonton. Memaparkan khazanah negara itu antaranya memaparkan gambar Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar serta saat-saat bendera Malayan Union diturun dan merdeka dilaungkan. Menerusi filem tersebut juga kita dapat melihat betapa tingginya semangat jati diri kaum Melayu ketika itu. Penduduk Malaya yang inginkan kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London. Senario itu ditunjukkan sewaktu Tunku berucap menjelaskan yang dia dan rakan-rakan kekurangan perbelanjaan untuk menuntut kemerdekaan di London. Kamarulzaman Taib yang memegang watak Tunku berjaya menggamit perhatian penonton. Lakonannya cukup berkesan dan begitu juga dengan watak Onn Jaafar yang diterajui oleh Zaefrul Nadzarine.
Filem arahan Shuhaimi Baba ini yang menampilkan pelakon seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli, Sharifah Amani, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Ida Nerina dan Douglas Lim itu turut menayangkan filem-filem lama yang mengimbau sejarah kemerdekaan negara.

Sinopsis 1957: HATI MALAYA
Semangat Merdeka - Ingatilah panorama penjuang bangsa yang telah memerdekakan kita dari penjajahan. Hari ini, kita harus pertahankan dan kekalkan negara yang diwarisi - dengan berpegang kepada intergriti Negara, kita punya tanggungjawab bersama untuk pastikan kehidupan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia. Kita harus membalas budi mereka dengan kekal bersatu dikukuhkan dengan bahasa kebangsaan dan warisan kita.
Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee, mewakili generasi muda Malaysia yang dating dari latarbelakang dan pemikiran berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar ‘1957 - Hati Malaya’. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai karektor dan peristiwa yang begitu emosi dan membawa mereka pada era semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan - Rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak kini menemui pengertian sebenar ‘pengorbanan’ dan ‘Merdeka”.
Filem memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Kahayan Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan. Dan Datuk Onn Ja’afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.
Technorati Tags: Filem 1957: Hati Malaya, sinopsis 1957 hati malaya, poster filem 1957: Hati Malaya, gambar Filem 1957: Hati Malaya, shuhaimi baba profile, pelakon Filem 1957: Hati Malaya, kritik Filem 1957: Hati Malaya, ulasan Filem 1957: Hati Malaya, Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli, Sharifah Amani, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Ida Nerina, Douglas Lim, mercun, politik, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar, sejarah malaysia, tanah melayu history, parti perikatan, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), london tour, gambar pelakon seksi, 3gp sabul rumah, gambar pelakon khalwat

Baca artikel lain yang berkaitan:

















October 7th, 2007 at 11:38 pm
[...] malaya 1957 simple je poster 1957 hati malaya neh. tapi cun [...]
October 11th, 2007 at 11:48 am
Tahniah Shuhaimi Baba untuk filem 1957.
Kalau korang nak tahu apa yang berlaku dalam sejarah perjuangan rakyat sepuluh tahun sebelum 1957, tontonlah filem dokumentari pendek “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka” yang boleh dimuat turun secara percuma dari link di bawah ini:
http://10tahun.blogspot.com/2007/10/download-10tahun-dari-rapidshare.html
http://10tahun.blogspot.com/2007/10/download-10tahun-sekarang.html
Wajib tonton filem 1947 sebelum kamu menonton filem 1957!
October 29th, 2007 at 5:04 pm
saya bukannya pengkritik filem yg baik…sy cuma penonton biasa…
tp filem ni mmg sgt2 menyentuh persaan saya…walaupun ketika itu saya menonton di pawgam jam 12.30 mlm…tp saya mmg tidak tertidur.malah lebih menghayati dan byk babak yg membuatkan saya menangis…..
pemilihan pelakon, mmg menepati dgn watak sebenar..walaupun tidaklah seratus peratus sama…tp mmg bagus sekali lakonan para pelakon2 di dalam filem hati malaya(1957) ini….
Tahniah Shuhaimi Baba!!!!!
October 30th, 2007 at 9:39 pm
rasa membuak2 terharu sebak tatkala orang2 melayu memahami hasrat tunku tuk ke london demi memerdekakan tanah melayu. Untuk melayu melayu yang mudah lupa.. dan terus melupa dan lupa.. ini adalah filem untuk anda.. sayang hanya lebih kurang 20 orang menonton malam semalam. salam aidil fitri..
January 30th, 2009 at 1:40 pm
kat mana boleh dapat dvd dia?
January 30th, 2009 at 1:42 pm
atau dapat online punya tengok movie …?