in ,

Sinopsis Episod Terakhir Drama Sangkar TV9

Drama Sangkar yang bersiaran setiap Selasa dan Rabu di TV9, bakal melabuhkan tirainya pada 9 Oktober ini. Cepat masa berlalu. Rasa baru je tonton episod pertama. Budiey sekarang sangat teruja dan excited nak tengok penamat dan pengakhiran cerita ni. Korang pulak macamana?

Pastinya penonton setia drama ini ingin mengetahui kesudahan hidup Yasmin (Nabila Huda) dan Umar(Nazim Othman). Mungkinkan kali ini Umar tidak akan lari daripada masalah seperti kebiasaannya dan mempertahankan cintanya? Yasmin bagaikan pasrah dengan sikap Umar dan baginya, tiada apa yang perlu disesalkan Umar kerana semuanya sudah terlambat. Hanya Tuan Syed yang setia berada di sisinya di saat dia memerlukan sokongan dan teman, tidak seperti Umar yang sering melarikan diri apabila ditimpa masalah dan membuatkan Yasmin hilang harapan.

Umar menjadi hilang arah dan berang apabila mendapat tahu bapanya, sekali lagi seperti cuba merampas apa yang sepatutnya menjadi miliknya. Tuan Syed seperti sengaja untuk melihat dia terluka. Umar cuba memujuk Yasmin untuk mengubah fikiran, namun hati Yasmin sudah bulat dengan pilihannya. Tetapi jauh di sudut hati Yasmin, cintanya masih kuat terhadap Umar dan dia tahu, hatinya tidak akan pernah berhenti daripada mencintai Umar.

Bahagiakah Yasmin dalam sangkar ciptaannya sendiri sedangkan dihatinya hanya Umar yang bertakhta? Adakah Umar akan mempertahankan cintanya atau melarikan diri sekali lagi? Masihkah ada sinar bahagia buat mereka berdua? Saksikan konflik cinta terakhir drama Sangkar yang dilakonkan oleh Nabila Huda, Nazim Othman, Zul Ariffin dan Amee Sharmaine pada 9 Oktober ini, jam 8.30 malam menerusi slot Ratu di TV9.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan ikuti siaran ulangannya di www.tonton.com.my.

Masanya dah tiba. Jam 8.30 mlm ini, di @tv9malaysia bermula episod pertama Drama Sangkar lakonan @kupu_kupu @nazimothman . Drama #SlotRatu akan disiarkan setiap Selasa dan Rabu, jam 8.30 mlm.  Jgn lupa tonton mlm ni! #SangkarTV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

Senarai Selebriti Terkenal Sertai Liga Lawak Superstar