Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sinopsis Dunia Baru The Movie Lakonan Elyana

Pengarah   
Yeop Hitler

Pelakon  
Elyana
Wan Elyas
Pierre Andre
Anne Ngasri

Genre   
Pengembaraan Komedi

Tarikh Tayangan  
07 Februari 2008

Website
www.duniabaruthemovie.com

Sinopsis Dunia Baru The Movie
Filem ini bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie, Madihah (Ann Ngasri), Suzanna (Almy Nadia), Adif (Pierre Andre) dan Tajol (Wan Elyas). Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.

Pengembaraan pencarian Anizah merupakan suatu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh dan berperistiwa, membuat penonton teruja khasnya pengikut setia siri Dunia Baru – kisah geng kolej paling popular di Malaysia.

Dunia Baru The Movie diadaptasikan dari drama bersirinya, Dunia baru yang kini masuk musim ketiga dan sedang hangat ditayangkan di tv3. Filem yang mengekalkan konsep setia kawan di sebuah pusat pengajian tinggi ini mempunyai mesej yang begitu tinggi dan diharapkan dapat dijadikan teladan bagi para remaja yang sedang menyambung pengajian dikolej-kolej dan universiti betapa besarnya nilai persahabatan itu jika dibandingkan dengan wang ringgit.

Filem ini mengisahkan lima sekawan memulakan penggembaraan mereka ke utara untuk menjejak sahabat mereka Anizah dari kawin lari bersama kekasihnya Fazley. Pelbagai halangan terpaksa mereka harungi sepanjang perjalanan sehingga mereka sempat dimasukkan ke lokap.

Berjayakah pencarian mereka? Mengapakah mereka dimasukkan ke dalam lokap? Dapatkah Anizah diselamatkan?

Satu majlis primiere malam gala filem Dunia Baru The Movie akan berlangsung di One Utama pada esok malam (5 Februari 2008).

Saksikan filem ini yang bakal ditayangkan pada 7 Februari 2008. Nampaknya filem ini terpaksa bersaing dengan filem CJ7 lakonan Stephen Chow di musim cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.

Cast List for Dunia Baru The Movie

Name & Character
1.Elyana – Opie
2.Anita Baharom – Anizah
3.Wan Ellyas Wan Abdullah – Tajul
4.Pierre Andre – Adif
5.Baizura Kahar – Erika
6.Ngasriah Ngasri – Madihah
7.Iqram Dinzly – Darius
8.Almy Nadia – Suzana
9.Mohd Hafiz – Fazley
10.Md Yeakub Jalil – Bangla man
11.Kanjana Dewi Suppiah – Sukarelawan
12.The Seekers Team – The Seekeers
a.Uncle Seekers
b.Sis Seekers
c.Adik Seekers
13.Illya Cecupak – Geng Citrawana 1
14.Opie Zami – Geng Citrawana 2
15.Ropie Cecupak – Geng Citrawana 3
16.Ridzuan Hashim – Asp Polis
17.Wan Intan Edrinas – Inspektor Polis
18.Khatijah Tan – Puan Mariah
19.Zami Ismail – Pengantin Lelaki
20.Rozita Che Wan – Pengantin Perempuan
21.Mohd Khalid – Ketua stesyen minyak
22.S. Amin Shahab – Tok Imam
23.Ahmad Busu – Mat Deris
24.Ahmad Fedtri Yahya – Wartawan Di Sebalik Malam
25.Mohd Shahrizal Jaafar – Yusuf
26.Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz – Hassan
27.Norzazleen Zulkafli – Sariah
28.Doktor – Syed Bolkiah
29.Ramli Mohamad – Orang Tua
30.Robin Coenraad – Bapa Mat Salleh
31.Susan Louise Tennent – Mak Mat Salleh
32.Mirsad Hassan Kulasic – Budak Mat Salleh
33.Herris Helmi – Mazdul 786
34.Siti Syuhairin Saifuddin – Hantu

Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile Elyana
  • Gossip: Elyana dan Ally Iskandar Dating Bercinta?
  • Gambar Pelakon Penyanyi Elyana Pakai Tudung Cute
  • Kekasih Elyana Hadiah IPhone di Hari Jadi ke-21?
  • Senarai Filem 2008
  • Ulasan Filem Dunia Baru The Movie
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Gambar Anak Noorkumalasari
  • Poster Film & Synopsis Brave Movie – Afdlin Shauki
  • Gambar Majlis Elyana Bertunang



  • 29 Komen untuk entri “Sinopsis Dunia Baru The Movie Lakonan Elyana”

    1. iwuzere kata:

      peergh tak sabo nak tgk citer ni..

    2. fz kata:

      herkk..not interested..hehehe..sowie guys

    3. getik! kata:

      typical malay film..merepek..

    4. aku kata:

      weiii,, yang merepek tu la yang bagos,drpd ko tgk citer sembilu, nana tanjong, ntah ape ntah…. buat semak kepala jer.. kalo rase citer ni tak bagos, pi la tgk citer p.ramlee

    5. getik! kata:

      sape kata i nak tengok citer ni..eee..n 4 ur info sume citer yg u sebutkan tu i x ingin tgk..i suka national geografi..

    6. ww kata:

      yg tak suke tu baik dok luar negara…support la skit buatan tempatan…!!

    7. iqeen kata:

      sape yg x suke 2 x yah nak comment..

      comment nie untok yg ske jer..

    8. getik! kata:

      kt blog ni xde pon tulis ‘ sape x suke x blh komen’hehehe..
      nasiblah u suka u komenlah ikut suka u.i x suka i komenlah apa yg i x suka.sibuk je..

    9. X insurance kata:

      not interested sbb ade c perasan ELYANA

    10. noris ishak kata:

      eh,eh!! asyik2 gadoh!!!
      “CINTAILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA”
      elyana tu ok hap0!!

    11. bb kata:

      2 pun nak begadoh!!! pui2

    12. comel kata:

      no komen………hehe

    13. comel kata:

      no komen!!

    14. gelanifer kata:

      aku da tgk da…best la..cume adventure die xlogik sket..mase kt umah mak sedare si fazley tu..ktc2 mcm pelik sket..tapi ok la…hapening..leh release tension… 3.5 bintang aku bagi..

    15. comel kata:

      wei ske2 ko je nk ckp x logik!!! pnt woi aq wt cte!

    16. DUNNO kata:

      MY SIS AKU YANG NENGOK CITER NIE KATA BEST GILER! DARI AWAL SAMPAI AKHIR TAK BORING LANGSUNG.. I’M LOOKING 4WARD 2 WATCH THIS MOVIE.. AT LEAST AKU BANGGA DE GAK DIRECTOR KAT MALAYSIA YANG SEMPOIIIII.. HEHE… HIDUP DUNIA BARU….

    17. nodame kata:

      Allah..yg pnting org kter dh cbe sdaye upaye nk menaik tarafkan industri filem kter..yg korg16 nh nk bg support ke x?? esh3…SENGAL…

    18. jue@luv kata:

      best apa cite ni…..elyana sempoi……

    19. :D kata:

      tah pape tah
      .xske sudah, gedik !
      .bla laa
      nyebok je duk sni.
      sengall! buekkkkkk!!

      .npe rio xde?
      x best
      sob2
      :[

    20. afham kata:

      erk..sape awek tue..putih ma..

    21. eylia kata:

      best gler…~~

    22. iLah:D kata:

      saye x tgk gi cite nie…. tapi my sis ckp cite nie bez…. so…i’m looking forward 2 watch dis muvi…..

    23. dila dila cute kata:

      ermmm,
      best gak ar…
      lawak pun ade gak…
      leh d’ktekn perfect ar…
      huhu!

    24. cakap banyak kata:

      aku dah tgk cte ni,mmg bkn ok ape tp terlebih ok r..mmg snok coz ada plkon yg best2..sape yg xsuke duk diam2 je xyah ckp banyak coz org macam ni yg merosakkan industri perfileman negara…cte omputeh nak plak tgk 2

    25. yUrYzQa kata:

      Leerr. . .rUgi wOrr sApA YanG tAk tEnGok citER Ney.HAkU PalInG SuKA TeNGok sUzaNa n mAdiHah. . .hAKHAK. . !! KeLakAr giLeR. . .

    26. iena_90 kata:

      owh…cper yang x mnt ElYaNa jgn mck cmpur taw…em.. cyer tabik r ngn kak ElYaNa best glerw lak0nan dyer…myb xderw tndingan kikiiii… tul x kak ElYaNa..????? YoU aR tHe bEsTtTtT…..

    27. FANIA DANIELLA kata:

      BILE NK MUNCUL DUNIA BARU MUSIM BARU LK NEH..XSABO LEW,MSTI GEMPAK ABEH….CAYALH KO YEOP!SUME PLAKN TIP TOP GLER…

    28. Uzunun kata:

      spa pengarah filem ni aaa…sye ade tgk d utube lagu spohon kayu dimainkan dalam filem ni..pasal pilih spohon kayu n siap menari2 lagi tu..klu nak msukkn pn ble tp biarlah mengikut aturan yg btul..tu kn lagu menyuruh untuk solat…klu pn filem ni filem yg berunsurkn lawak tp kenela pndai menyesuaikn antra lawak n yg xble dbuat lawak..jgnla maen hentam je….sy harap kpd penggiat seni tanh air dpt mengmbil serius tntg ni..majoriti pn islam kn…maafkn sy klu sy silap n mengguris mne2 pihak. niat sy hnya nak btulkn keadaan je..xlbih dr tu…wallaualam

    29. OYIE_DRIFT_GTR kata:

      IQRAM????? HOW ARE YOU?????

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:




















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza