in ,

Sinopsis Drama Wulan Lakonan Dhini Aminarti dan Giovani L Tobing

Sinopsis Drama Wulan

Wulan adalah sebuah kisah realiti dalam masyarakat. Di sebalik cerita Wulan ini sebenarnya memberi pengajaran bahawa semua wanita harus menjaga kehormatan diri mereka. Jangan mudah percaya kepada lelaki yang belum bergelar suami. Usia percintaan yang lama seperti Wulan dan Budi – 9 tahun tidak bermakna kita telah benar-benar mengenali seseorang itu. Harta dan kekayaan boleh mengaburi mata dan membuat seseorang lupa diri.

Nasihat-nasihat daripada watak-watak orang tua seperti Mbah Tati (nenek Wulan), Nenek Dira (nenek Awan) dan Wahyu (bapa Budi), banyak memberi pengalaman kepada penonton.

Kehidupan tidak semudah yang kita jangkakan dan kebahagian bukan selalunya milik kita. Kisah ini boleh menjadi pengajaran bahawa hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang tidak pernah disangka. Bagaimanapun, apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Drama ini mengisahkan mengenai seorang wanita (Wulan) yang ditinggalkan oleh kekasihnya (Budi) yang telah dikenali selama 9 tahun. Budi berkahwin dengan wanita lain yang juga pengarah di syarikat dia bekerja.

Dalam masa yang sama, terdapat seorang lelaki (Awan) yang mahu mengambil Wulan sebagai isteri tetapi terdapat banyak halangan. Banyak konflik berlaku rentetan daripada kesilapan Wulan mempercayai Budi sehingga sanggup menyerahkan sepenuh jiwa raga kepada Budi.

Plot-plot inilah yang menjadikan drama ini menarik dan semakin menarik untuk diikuti. Adakah Wulan akan terus menangis dalam episod-episod akan datang? Adakah Wulan dan Budi akan bersatu kembali? Untuk menjawab teka teki ini, ikuti drama bersiri Wulan yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.30 hingga 8 malam di RTM1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Saida di Majlis Memperkenalkan Artis Baru SNP

PERJALANAN KAMI BERSAMAMU TEMUI PENONTON TV3 DI AIDILFITRI