in

Sinopsis Drama Terukir Di Bintang Lakonan Shiha Mentor

Membariskan gandingan pelakon hebat Tasha Shilla, Wan Elyas, Shiha Mentor, Kamal Adli, Talha Harith dan ramai lagi, nukilan pengarah Jamal Khan dan penulis skrip Sofea J Rhyland, TERUKIR DI BINTANG mengisahkan percintaan anak muda yang penuh dengan pengorbanan, cinta terpendam dan juga cinta yang tidak kesampaian berlaku di pusat peranginan terkemuka, Cameron Highland.

Sinopsis Drama Terukir Di Bintang. Pengorbanan Sebuah Cinta Yang Tidak Kesampaian

Adam (Wan Elyas) seorang chef muda yang bekerja di sebuah hotel 5 bintang di Cameron Highland, bercita-cita tinggi untuk mendapat tempat dalam pertandingan memasak di peringkat antarabangsa. Peluang untuk ke pertandingan tersebut terbentang luas bila Adam mendapat perhatian daripada Ketua Chef di tempat kerjanya tetapi Adam perlu melalui beberapa pertandingan sesama chef ditempat kerjanya untuk maju ke pertandingan tersebut. Dalam masa yang sama, Adam berkawan baik sejak kecil dengan Jee (Shiha Mentor), seorang gadis yang berperwatakan kasar. Jee berkerja bersama keluarganya yang membuka perusahan ladang Strawberry di mana Jee menghantar bekalan buah Strawbery kepada hotel Adam setiap pagi. Dalam diam, sebenarnya Jee menaruh hati terhadap Adam tetapi tidak meluahkannya manakala Adam pula hanya menganggap Jee sebagai teman biasa.

Dalam kesibukan Adam berkerja sambil menyiapkan diri bertanding dengan sekutu chef mudanya Rizman di hotel tempatnya bekerja, tiba-tiba muncul Asmara (Tasha Shilla), seorang gadis dari Kuala Lumpur menginap di Hotel dimana Adam bekerja. Adam sangkakan Asmara ialah seorang pengintip dari hotel lain untuk mengorek rahsia resepinya bagi pertandingan memasak tetapi sangkaan Adam meleset apabila mendapat tahu bahawa Asmara adalah seorang pengkritik makanan malahan Adam menjadi bertambah mesra dengan Asmara apabila Asmara membantunya dalam membuat persiapan untuk pertandingan tersebut. Adam telah jatuh hati terhadap Asmara dan mengetahuinya tetapi menganggap Adam sebagai teman baik sahaja.

Sebenarnya Asmara telah bertunang dengan Zen tetapi tanpa pengetahuan keluarga dan tunangnya, Asmara telah berhenti kerja dan melarikan diri ke Cameren Highland bila mengetahui dirinya menghidap radang hati. Jee lalu memgambil keputusan untuk menjadi kawan rapat kepada Asmara dengan harapan dapat mencungkil rahsia siapa diri Asmara sebenarnya tetapi akhirnya Jee terlepas cakap bahawa dia sebenarnya mencintai Adam.

Dalam kesibukan Adam menyiapkan diri untuk pertandingan itu, Jee bertemu dengan Adam dan memberitahu Adam bahawa Asmara telah berpunya dan suka bertukar-tukar pasangan. Adam merasa amat kecewa apabila terserempak dengan Asmara bersama tunangnya Zen. Adam lalu melarikan diri dari Asmara tetapi setelah diberitahu perkara sebenarnya, Adam lalu meluahkan perasaan nya terhadap Asmara.

Manakala Jee merasa cemburu dan terpukul dengan kehadiran Asmara, sedikit demi sedikit menukar personalitinya dari perwatakan kasar kepada lebih feminin dimana menjadi bahan ejekan kawan kawannya. Jee amat berbakat dalam mencipta lagu lalu melepaskan kekecewaannya dengan mencipta lagu yang berkaitan cintanya terhadap Adam dan diposkan melalui You Tube. Jee lalu membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita citanya menjadi seorang komposer.

Hubungan Adam dan Asmara bertambah intim, Asmara tahu bahawa Adam amat mencintainya lalu memberitau Adam, ia memghidapi radang hati dan menganggap Adam sebagai kawan sahaja. Asmara lalu pulang kepangkuan keluarga bila keadaannya bertambah teruk. Penyakitnya hanya boleh pulih hanya dengan prosess pemindahan hati dan Adam rela mendermakan hatinya untuk Asmara. Dalam pada itu Asmara memberitahu Adam bahawa Jee amat mencintainya. Adam baru tersedar atas keikhlasan cinta Jee lalu mencari Jee kembali ke Cameron Highland tetapi Jee telah membawa dirinya yang kecewa ke Kuala Lumpur. Adam nekad untuk memberikan hatinya pada Asmara walaupun mengetahui risikonya terlalu tinggi.

Berjayakah proses pembedahan itu kelak? Adakah Asmara berjaya diselamatkan? Bagaimana pula dengan keadaan Adam selepas pembedahan? Dapatkah Adam bertemu kembali dengan Jee? Adakah cinta Jee terhadap Adam berkesampaian? Saksikan drama siri terbaru Samarinda TERUKIR DI BINTANG sebanyak 15 episod mulai 6 November 2013, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di TV3, terbitan Primesworks Studio. Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my.

Samarinda, 'Terukir Di Bintang' (1)

Samarinda, 'Terukir Di Bintang' (2)

Samarinda, 'Terukir Di Bintang' (2)

Samarinda, 'Terukir Di Bintang' (3)

Samarinda, 'Terukir Di Bintang' (4)

Samarinda, 'Terukir Di Bintang' (5)

Samarinda, 'Terukir Di Bintang' (6)

Samarinda, 'Terukir Di Bintang' (7)

Samarinda, 'Terukir Di Bintang' (8)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Demam Star Wars di RTM Sepanjang November & Disember Ini

Ulasan Liga Lawak Superstar Pasukan Minggu Kedua