in ,

Sinopsis Drama Sangkar di TV9 Lakonan Nabila Huda

Budiey memang tak pernah ketinggalan untuk mengikuti drama bersiri Sangkar di TV9. Mulanya, baca kat Twitter, ramai kata best. Memang best pun rasanya lepas tengok episod pertama dan kedua. Terus melekat. Kolaborasi antara Nabila Huda dan Nazim Othman memang menjadi. Chemistry mereka memang sepadan. Suka tengok. Seperti yang Budiey bagi tau di Twitter, drama bersiri terbaru berjudul Sangkar lakonan Nabila Huda, Nazim Othman, Zul Ariffin, Amee Sharmaine, Azizah Mahzan dan Erma Fatima penonton slot Ratu di TV9 setiap Selasa dan Rabu jam 8.30 malam.

[pullquote align=”right”]Drama Sangkar lakonan Nabila Huda, Nazim Othman, Zul Ariffin, Amee Sharmaine, Azizah Mahzan dan Erma Fatima penonton slot Ratu di TV9 setiap Selasa dan Rabu jam 8.30 malam.[/pullquote]

Sangkar membawa kisah dua pelajar bernama Yasmin (Nabila Huda) dan Umar (Nazim Othman) yang membesar dalam suasana kehidupan berlainan. Yasmin dibesarkan ibunya Kamsiah (Azizah Mahzan) manakala Umar pula dibesarkan dengan penuh kemewahan oleh bapanya iaitu Tuan Syed (Zul Ariffin).

Kedua-duanya mempunyai pemikiran berbeza, namun hubungan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka akrab. Kedua-duanya adalah pelajar bijak dan setelah tamat persekolahan, Yasmin bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Apabila Umar mendapat tahu perkara itu, Umar terus meminta Yasmin untuk memohon bagi pihaknya. Ditakdirkan permohonan kedua-dua mereka berjaya dan hubungan mereka menjadi semakin akrab. Umar rapat dengan ibu Yasmin kerana tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu berikutan ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya.

Sejak itu dia dibesarkan bapanya yang sering sibuk dengan perniagaannya. Bukan saja tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada bapanya, malah Umar turut benci dengan sikap bapanya yang suka berfoya-foya.

Umar semakin rapat dengan ibu Yasmin apabila dia mendapat tahu wanita itu menghidap penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi. Dalam pada itu, setiap masalah yang dihadapi Yasmin akan dikongsi bersama Umar hingga menimbulkan bibit percintaan antara mereka.

Dalam masa yang sama, Umar sanggup melakukan apa saja asalkan Yasmin bahagia dan sentiasa berada di sampingnya. Di samping belajar, Yasmin juga terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambilan untuk mengumpul wang perbelanjaan ibunya dan menolak bantuan daripada Umar.

Yasmin sanggup untuk melakukan apa saja demi ibunya hinggalah pada suatu hari dia terserempak dengan Tuan Syed yang kemudiannya menawarkan pekerjaan di syarikat miliknya. Umar menjadi marah apabila mendapat tahu mengenai perkara itu hingga membawa dia diri ke Sepa­nyol.

Kebencian dan tidak puas hati terhadap bapanya semakin membuak. Bagi Umar, bapanya tidak suka melihat dia bahagia dan sentiasa ingin merampas apa saja yang dimilikinya termasuklah Yasmin.

Apakah keputusan Yasmin apabila mendapat tahu Umar membawa diri ke Sepanyol? Adakah Umar akan beralah dengan bapanya merampas kebahagiaan yang dikecapinya?

Saksikan kesudahan drama 13 episod bermula pada 27 Ogos ini setiap Selasa dan Rabu hanya menerusi slot Ratu di TV9.

Episod malam ni, episod ke-6:

Umar dapat tahu Yasmin bekerja dengan Tuan Syed. Dia marah kerana Yasmin menerima tawaran tersebut. Mereka bergaduh besar. Yasmin mempersoalkan apa yang Umar berikan padanya selama ini. Umar terasa hati dengan kenyataan itu dan merajuk dengan Yasmin.Umar yang serabut kerana pergaduhannya dengan Yasmin membuat keputusan untuk membawa diri ke rumah emak saudaranya di Sepanyol. Umar perlu menenangkan fikiran dan perlu lari jauh dari Yasmin.

Masanya dah tiba. Jam 8.30 mlm ini, di @tv9malaysia bermula episod pertama Drama Sangkar lakonan @kupu_kupu @nazimothman . Drama #SlotRatu akan disiarkan setiap Selasa dan Rabu, jam 8.30 mlm.  Jgn lupa tonton mlm ni! #SangkarTV9

Jgn lupa temujanji kita malam ni, ada drama Sangkar di @tv9malaysia  jam 8.30 mlm ya #SangkarTV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Arja Lee Bakal Diserap Kembali Dalam AF2013?

MTV Reveals The Nominations For The 2013 MTV EMA