Sinopsis Drama Rona Roni Makaroni Perkenalkan Dira Abu Zahar
Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu.

POSTER RONA RONI MAKARONI
Satu perkara tentang Roni ialah dia gemar memasak. Dan masakannya hebat apabila dia ‘in love’. Sebab itu ketika dia bercinta dengan Gia, Roni akan sentiasa memasak untuk kekasihnya. Antara menu kegemaran Gia ialah Macaroni and Cheese sentuhan Roni.
Disebabkan cinta jugak Roni berazam mahu membuka sebuah restoran Perancis untuk diusahakan mereka bersama sekembalinya mereka ke Perancis setelah tamat pengajian. Namun bukan semua yang dirancang menjadi kenyataan apabila sekembalinya mereka berdua di ke Perancis, setelah restoran Perancis yang bernama GiaMacaRoni dibuka tiba tiba Gia mendapat tawaran berlakon dari sahabat lamanya.
Tawaran ini membuatkan Gia benar benar teruja dan dengan restu Roni (meskipun berat pada awalnya tapi demi cinta dia akur) akhirnya Gia menjadi seorang pelakon. Semenjak dari hari itu Gia mula popular sebagai pelakon sehingga mengabaikan restoran yang sepatutnya diusahakan secara bersama dengan Roni.

Tambah memburukkan keadaan apabila Ben, manager yang menguruskan Gia (yang sangat dibenci oleh Roni) telah mendesak Gia supaya jangan ‘declare’ hubungannya dengan Roni di depan public demi masa depan kariernya sebagai pelakon yang terkenal. Semenjak dari hari itu Roni mula memendam rasa.
Kalau diikutkan perasaan mahu saja dia putuskan hubungan itu tetapi disebabkan cinta yang teramat mendalam terhadap Gia, Roni terpaksa menelan semua itu. Perlahan-lahan Roni mula berubah. Dia mula menjadi seorang yang baran dan ego. Malah skil masakannya mula merosot disebabkan dirinya yang mula dipenuhi dengan rasa marah dan terkilan sehingga sedikit sebanyak telah mula menjejaskan perniagaan restoran GiaMacaRoninya yang mula hampir muflis.

Bront Paralea sebagai Roni
Dalam pada itu wujud seorang gadis kampung berperwatakan pelik bernama Rona yang berasal dari utara. Rona merupakan anak tunggal yang bekerja kilang. Dia tinggal bersama emak dan ayah tirinya yang pemalas dan suka berjudi (ayahnya telah meninggal dunia). Hobinya suka memasak.
Namun begitu yang anehnya setiap kali dia memasak pasti tidak menjadi. Tapi itu tidak pernah mematahkan semangat Rona untuk terus memasak. Dalam pada itu antara resepi yang paling Rona teringin hendak masak ialah Macaroni and Cheese. Tapi masalahnya dia tak pernah berkesempatan apatah lagi Rona tinggal dikampung.
Nak dijadikan cerita pada satu malam ayah tirinya cuba merogolnya. Mujur emaknya berjaya menyelamatkannya dengan menyuruh Rona ke KL mencari ayah kandungnya yang selama ini disangkakan telah mati. Dengan berbekalkan sekeping gambar dan rasa terperanjat dan keliru nak tak hendak Rona pergi ke KL sehelai sepinggan tanpa mengenali seorang pun di KL (malahan Rona tak pernah pergi KL pun selama ini)
Di KL Rona telah bertemu dengan Roni secara kebetulan akibat dari satu insiden kecoh kerana salah faham. Jess, adik kepada Roni yang kesiankan Rona yang seorang diri datang KL telah menumpangkan Rona tinggal bersama dengannya tanpa pengetahuan Roni. Namun rahsia yang cuba disembunyikan Jess akhirnya sampai ke pengetahuan Roni sehingga menimbulkan kemarahan Roni. Walau bagaimanapun disebabkan desakan Jess yang kesiankan Rona akhirnya nak tak hendak Roni terpaksa membenarkan Rona tinggal dengan mereka.
Berbalik semula pada hubungan Roni dan Gia. Hubungan mereka berdua semakin meruncing. Gia semakin sibuk dengan karier lakonannya, Kesibukan Gia menyebabkan Roni semakin melampau lampau penyakit panas baran serta egonya. Roni semakin berjauh hati dan Gia mula tersepit antara tuntutan karier serta cintanya terhadap Roni. Untuk itu Gia merasakan dia perlu melakukan pengorbanan. Gia memberitahu Ben, managernya yang filemnya yang sedang dijalankan sekarang adalah filem dia yang terakhir untuk sementara waktu.
Gia berjanji pada Roni yang dia akan menumpukan perhatiannya pada Roni selepas project filem terakhirnya untuk tahun itu. Keputusan Gia tidak begitu dipersetujui oleh Ben. Bagi Ben sekiranya Gia berhenti berlakon maka mata pencariannya sebagai manager akan terjejas. Malah secara rahsia Ben mula menyeleweng duit simpanan Gia tanpa pengetahuan Gia dengan bantuan sahabat lamanya bernama Ery. Sebab itu Ben akan buat apa jua cara supaya Gia tidak berhenti dari berlakon. Maka di sini Gia sendiri mula tersepit antara dua keadaan.
Sehinggalah satu hari skandal Ben telah terbongkar. Dia diugut oleh seorang Datuk berbangsa Cina bernama Datuk Jason yang mempunyai niat untuk memiliki Gia sebagai isteri. Datuk Jason telah bertaruh dengan Datuk Majid untuk memiliki Gia. Untuk itu Datuk Jason akan buat apa saja termasuk mengugut Ben. Untuk mendapatkan Gia Datuk Jason bersetuju menubuhkan satu syarikat filem untuk Gia. Ini supaya dia boleh sentiasa berdampingan dengan Gia.
Oleh itu nak tak hendak Ben terpaksa menerima tawaran Datuk Jason tanpa berbincang dengan Gia. Tindakan Ben itu benar benar membuatkan Gia marah kerana disebabkan tindakannya itu menyebabkan hubungannya dengan Roni semakin keruh. Roni akhirnnya mendapat tahu yang Gia ‘terpaksa’ berlakon tiga lagi filem dengan producer baru iaitu Datuk Jason.
Tambah memburukkan keadaan apabila press mula bergossip mengatakan Datuk Jason adalah kekasih baru Gia. Apatah lagi Gia akhirnya terpaksa keluar negeri kerana projek filemnya dengan Datuk Jason. Keadaan ini benar benar mengecewakan Roni sehingga hubungan mereka terputus.
Dalam pada itu hubungan Rona dan Roni semakin akrab. Rona akhirnya berjaya menyelami perasaan Roni. Barulah Rona sedar mengapa Roni bersikap panas baran seperti itu. Semuanya gara gara mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang kekasih.
Roni sebenarnya jauh hati dengan Gia. Bagi Gia Roni tak ubah seperti kekasih gelapnya. Sepanjang Gia bergelar pelakon Gia tak boleh declare hubungannya dengan Roni in public. Itu yang benar benar mengecewakan Roni. Ini secara tidak langsung meninggalkan kesan pada kebolehan Roni dalam bidang masakan.
Masakannya sudah mula hilang sentuhan keramatnya. Malah perniagaan restauranynya mula merudum disebabkan perangai panas barannya sehingga tak der orang yang mahu bekerja dengan dirinya. Justeru itu Rona sedar yang dia perlu lakukan sesuatu untuk mengembalikan semula semangat lelaki itu. Semenjak daripada hari itu Rona mula rapat dengan Roni. Dan semakin dia mengenali lelaki itu semakin dia memahami siapa Roni yang sebenarnya. Dan perlahan lahan mula terbit perasaan antara mereka berdua.
Sehinggalah pada suatu Gia muncul semula setelah menyedari kesilapannya. Gia ingin menebus semula dosanya terhadap Roni, Tapi kehadiran Rona dalam hidup Roni menyebabkan ketegangan berlaku antara mereka bertiga. Siapa yang akan dipilih oleh Roni hanya masa yang akan menentukannya…
Nantikan kesudahan cerita komedi romantik daripada pengarah yang berjaya mencuri hati penonton melalui drama bersiri Emil Emilda dan Sindarela. Mungkinkah Gia berjaya membetulkan hubungannya dengan Roni? Mungkinkah Rona pula berjaya memikat Roni dengan masakannya yang sedap bila dia nervous? Dan berjayakah Ben mempengaruhi Gia untuk tinggalkan Roni? Kita nantikan RONA RONI MAKARONI di Astro RIA pada 27 Nov ini.

Isma Yusoof

Syarifah Amani sebagai Rona
Tags: Astro, DramaBaca artikel lain yang berkaitan:









November 26th, 2008 at 11:57 pm
makaroni .. buh cheese byk2 .. humm… nyum nyum …
November 27th, 2008 at 9:39 pm
rasanya ini drama kedua dira…drama pertama lakonan dira hanya untukmu kisah penagih dadah keluaran js pictures bersama sheila rusli, hattan dan que haidar….jadi tajuk rona roni perkenalkan dira tu rasanya tak tepat
November 27th, 2008 at 10:39 pm
aku baru je tengok cite nie tadi.
bleh layan jugak la.
susah nak komen sebab baru 1st episode.
tapi mamat yg berlakon jadi columnist masa awal crite ni mmg menjadi le…
November 28th, 2008 at 1:48 am
macam crita sindarela je, pelakon pun sama, huhu
November 28th, 2008 at 2:07 am
UNTUK HONEY B, UMMIE X CUTE, MAMA X CANTIK….
TOLONG JADI MELAYU YANG PANDAI
JANGAN JADI MELAYU BODOH!!
“AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH”
YA ALLAH YA TUHAN AKU, AKU BERSERAH PADAMU YA ALLAH S.W.T, JIKA AKU BERADA DI PIHAK YANG BENAR DAN JIKA “UMMIE CUTE” DAN “MAMA CANTIK” DAN HONEY BEE TELAH FITNAH AKU……KAU LAKNATILAH DIA JIKA DIA TELAH SEBARKAN FITNAH….KAU TUNJUKKAN KEBESARAN MU YA ALLAH S.W.T AGAR TANGAN DAN MULUT MEREKA BERCAKAP BENAR
February 19th, 2009 at 8:08 pm
Wah,bestnya tengok cerita tu! Sekarang dah sampai hujungnya,tau…Pada pukul 9.00 mlm,19/2/2009 Rabu.