in ,

Sinopsis Drama Novelis Babysitter

Berikut adalah sinopsis Cerekarama: “Novelis Babysitter” yang akan disiarkan di TV3 pada Sabtu ini, 18 Julai 2009, jam 10.00 mlm.

NOVELIS BABYSITTER  

Sadzli merupakan seorang novelis yang baru sahaja putus cinta dengan Nana yang beralih cinta kepada seorang lelaki yang disangkanya kaya tetapi sebenarnya cuma seorang pemandu. Sejak itu Sadzli takut bercinta lagi. Amah Sharifah (kakak Sadzli), terpaksa pulang ke Indonesia kerana pasportnya sudah tamat tempoh. Ini menyebabkan Sharifah dan suaminya Amir buntu memikirkan tentang nasib ketiga-tiga anaknya iaitu Aiman, Amira dan Adam. Sharifah juga sedang mengandung lima bulan. Pernah beberapa orang mahu menjaga mereka tetapi semuanya lari kerana tidak tahan dengan kenakalan mereka.    

Sadzli yang bekerja di rumah telah diminta untuk menjadi babysitter selama sebulan. Kebetulan cuti semester baru bermula. Sadzli keberatan pada mulanya tetapi terpaksa bersetuju setelah kakaknya merayu. Dia juga berlagak kononnya kakak dan abangnya tidak perlu risau kerana anak buahnya pasti akan ikut kata-katanya, malah berjanji tepat pukul 6.30 petang waktu kakak dan abangnya pulang, budak-budak pasti sudah makan dan mandi serta rumah siap berkemas sama seperti waktu ada amah dulu. Ini melegakan Sharifah dan Amir.

Pada masa yang sama Sadzli tertekan kerana mengejar dateline untuk menyiapkan novel barunya ditambah dengan kenakalan melampau anak-anak kakaknya. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang menyakitkan hati dibuat oleh mereka dan Sadzli bertambah bencikan kanak-kanak. Sadzli sering menceritakan masalahnya pada kawan baiknya Nazman juga seorang penulis tetapi kekurangan idea baru serta mengidap penyakit tidak boleh tidur (insomania).

Farah gadis cantik yang baru berpindah di sebelah rumah telah tertarik terhadap Sadzli yang dianggapnya lucu dan sabar dengan kerenah anak saudaranya namun Sadzli segan terhadap Farah. Anak-anak saudara Sadzli telah mengatur rancangan hingga Sadzli dan Farah menjadi rapat. Kemunculan Nana membuatkan Farah berasa cemburu. Nana mahu menyambung semula hubungannya dengan Sadzli. Namun Sadzli bertambah bencikan Nana apabila melihat Nana melayan anak saudaranya seperti hamba. Nazman yang menawarkan diri untuk membantu Sadzli menjadi babysitter juga tewas apabila dibuli oleh Aiman, Amira dan  Ad am .

Sudah hampir sebulan dan dalam keadaan sibuk dan tertekan Sadzli berjaya menyiapkan novelnya. Namun, keadaan menjadi kelam kabut apabila novelnya diciplak dan lebih memburukkan keadaan Aiman, Amira dan Ad am diculik. Apakah yang terjadi selanjutnya dan bagaimanakah Sadzli menghadapinya?

Pelakon: Iqram , adik Mohd Fareez, adik Khairul Nur Iman, adik Nur Fatihah, Lisdawati, Mira Normila, Jasmin Hamid, Norman Hakim, XY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pop Shuvit, DJ Fuzz, Altimet di Stadium Astro Sokker Safari

Taking Of Pelham 123