in

Sinopsis Drama Luluhnya Sebuah Ikrar Lakonan Sara Ali

[dropcap]S[/dropcap]etelah berakhirnya derita yang ditanggung Diana dalam Kerana Lelaki Itu, drama terbaru terbitan Double Vision Sdn. Bhd iaitu Luluhnya Sebuah Ikrar bakal menghiasi malam Isnin dan Selasa anda mulai 6 Mei ini.

Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat.

Luluhnya Sebuah Ikrar - lowres

Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya.

Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesunggahan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul. Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul.

Apabila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi. Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapanya.

Namun malang menimpa Yati apabila dia telah dirogol sebelum hari pernikahannya.

Adakah Shahrul masih setia dengan ikrar cintanya pada Yati? Jangan lupa untuk ikuti drama terbaru lakonan Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin dan Ruzana Ibrahim ini di slot Ratu setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9!

sara ali

zul ariffin

Ruzana Ibrahim

ryzal jaafar-2

ryzal jaafar 3

Ryzal Jaafar

sara ali ryzal jaafar 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Kalau Bukan Aku

Betul Ke Industri Hiburan Negara Hancur Jika PAS Memerintah?