in

Sinopsis Drama Khilaf

Sinopsis untuk Malay Telemovie – KHILAF (4th April 2010, Sunday – 10pm) di TV9:

Jeffry merupakan seorang mekanik yang telah melarikan diri dari buruan polis, kerana dia antara suspek yang terlibat dalam kes kecurian kereta-kereta mewah. Atas bantuan rakan baiknya, Ijas, dia telah bersembunyi di sebuah kampung dan di situ,

Jeffry berjumpa dengan Wak Aji yang mengajaknya bersama-sama menunaikan solat subuh secara berjemaah. Setelah Jeffry menjelaskan bahawa dia berbangsa Cina dan menganuti agama Kristian, Wak Aji dengan rendah diri memohon maaf.

Akhirnya, Jeffry tiba di rumah orang yang dicarinya. Alangkah terkejutnya Jeffry apabila orang itu adalah Wak Aji yang merupakan bapa kepada Zulaiqah serta bapa angkat kepada Ijas. Tujuh bulan sudah berlalu, hati Jeffry menjadi semakin tenang apabila tinggal bersama keluarga itu. Banyak pengalaman dilaluinya, begitu juga dengan pengetahuan agama Islam.

Wak Aji dan Zulaiqah tidak pernah lokek membantunya sehingga Jeffry selamat memeluk agama Islam. Namun, kehadiran dan kebaikan yang ditunjukkan Jefrry seolah-olah tidak memberi makna kepada orang-orang kampung malah sudah beberapa kali dia dihalau ketika sedang mendengar ceramah di masjid, serta dituduh pembawa budaya tatu di kalangan anak-anak muda kampung dan cuba menyesatkan akidah penduduk kampung. Namun di sebalik kebencian itu, masih ada yang menyenangi kehadiran dan kebaikan yang ditunjukkan Jeffry. Jamiran dan beberapa orang rakannya banyak memberi nasihat serta bimbingan dalam mengharungi hidup sebagai seorang mualaf.

Suatu hari, Jeffry menerima berita Aishah telah dimasukkan ke hospital dan perlu segera menjalani pembedahan pemindahan jantung. Hanya jantung Jeffry yang sesuai didermakan kepada Aishah.

Sebelum Jefrry berangkat ke hospital, Jeffry sempat mewasiatkan kepada Jamiran sekiranya dia meninggal dunia semasa pembedahan, harta-harta dan pusaka miliknya didermakan kepada fakir miskin, keluarga Wak Aji, masjid, anak-anak yatim dan sebagainya. Sebelum Jeffry masuk ke dalam bilik pembedahan, dia sempat memberikan diari peribadinya kepada Zulaiqah untuk dibaca semasa proses pembedahan dijalankan. Di dalam diari itu mengandungi segala catatan siapakah dirinya yang sebenar dan luahan perasaan cintanya terhadap Zulaiqah.

PELAKON: Fasha Sandha, Zed Zaidi, Ezany Nizariff, Hisham Ahmad Tajuddin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Anugerah Parti Hip TV

Gambar Fida di Red Carpet Anugerah Bintang Popular 2009