Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)




















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah Lakonan Umie Aida

Drama Terbaru Lakonan Isma Yusoof
Selepas kejayaan drama bersiri Emil Emelda di slot Samarinda di TV3 beberapa bulan yang lalu, Radiusone Sdn Bhd sekali lagi akan menggegarkan fenomena baru dalam menghasilkan sebuah drama yang bermutu berjudul Kerana Cintaku Saerah. Sekiranya, drama Emil Emilda lebih menumpukan kepada kisah gadis yang berlatarkan kota, drama Kerana Cintaku Saerah pula lebih berpaksikan kehidupan seorang pemuda kampung yang berlatarkan sawah padi dan desa. Drama ini akan mulai menemui penonton mulai 5 September jam 10.30 malam di slot Samarinda di TV3. Sebanyak 12 episod kesemuanya, drama ini yang sangat dinantikan oleh Budiey ini telah pun siap menjalani pengambaran sebanyak 80% di Taiping, Perak dan 20% di Kuala Lumpur. Tagline drama ini “Relaku Menunggu Seribu Tahun Lagi…” (mmm… macam pernah Budiey dengar ayat ini tapi di mana ya?) Eh! Bukankah itu salah satu bait dalam lirik lagu Imran Ajmain, Seribu Tahun? Oh ya, betullah, lagu penyanyi kelahiran Singapura itu juga turut diselitkan dalam salah satu adegan penting dalam Emil Emilda. Ingat lagi kan?

gambar isma yusoof dalam kerna cintaku saerah

Drama Kerana Cintaku Saerah ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Pengarah berbakat yang sedang melonjak naik ini juga turut menghasilkan skrip untuk drama ini. Sebuah skrip yang padat dengan mesej teladan, sarat dengan tragis yang menyentuh perasaan, diselitkan dengan lawak jenaka yang menghiburkan, santai, ringan dan tidak terlalu terikat dengan norma-norma skrip dari drama biasa.

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini ialah Benjy, Umie Aida, Noorkhiriah, Wan Maimunah, Isma Yusoof, Sharifah Shahora, Engku Faridah, Mubarak Majid, Ezani dan Amy Suraya.

gambar poster drama kerana cintaku saerah

Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah
Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya.

drama cintaku saerah

Drama ini akan membawa penonton kepada kisah suka duka Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek. Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut. Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri.

Sesuai Dengan Suasana Hari Raya 
Drama ini pastinya akan menyentuh perasaan anda kerana di penghujungnya anda akan saksikan ketika menjelang Aidilfitri nanti. Mengikut Isma, beliau pun menangis ketika menyaksikan shooting drama ini kerana ia memang sesuai dengan hari raya. Di mana suasana bermaaf-maafan ada kena mengena dengan tema drama ini. Walaupun membawa watak jahat, Isma masih lagi berjiwa sensitif. Hehehe. Menyentuh cabaran dalam menghayati watak jahat, Isma yang sebelum ini membawa watak lembut dalam Emil Emilda, katanya terpaksa memakai gigi palsu untuk menukar rupa gigi kepada jongang dan menghodohkan raut wajahnya. Satu cara untuk menjelmakan watak yang menjengkelkan sehingga timbulnya perasaan benci di kalangan penonton. Memang susah juga terutama kena pakai gigi palsu ketika makan. Dahlah banyak adegan makan-makan dalam drama ni. Pertama kali membawa watak seorang pemuda kampung yang hidup kaya raya yang berlagak samseng yang angkuh, Isma Yusoof mengaku bahawa watak tersebut memang mencabar dan bukannya senang. Keunikan skrip ini, walaupun watak Isma serta ibunya terlalu jahat dan samseng, namun mereka adalah antara pak lawak yang menghiburkan dalam drama ini.

Saksikan drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 mulai 5 September jam 10.30 malam!

Semua poster di bawah adalah rekaan kreatif Isma Yusoof dan harus diberi kredit kepada Radiusone Sdn Bhd

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

gambar umie aida

gambar benjy pelakon drama

gambar noorkhiriah

gambar sharifah shahra

gambar engku faridah

gambar wan maimunah

gambar amy suraya

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Kerana Cintaku Saerah Sudah Bermula, Apa Pendapat Anda?
  • Sesi Fotografi Raya Pelakon Drama Kerana Cintaku Saerah
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Drama SinDarEla Lakonan Sharifah Amani Bront Palarae
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Website RadiusOne, Klip Video Amylea, Lagu Tema Sindarela
  • Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Pelakon Delimawati Tak Kenang Budi?
  • Sinopsis Filem Dukun



  • SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH. SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA.

    30 Komen untuk entri “Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah Lakonan Umie Aida”

    1. aini kata:

      Saya ingin mengetahui dimanakah saya bolih beli cd/dvd drama2 yg disiarkan di TV 3.Saya menetap di Melbourne,Australia.
      Dah hampir 2 tahun tak mengikuti rancangan kegemaran yg di siarkan di TV3.

    2. ~syafini rosli~ kata:

      Salam,

      Saya mohon keizinan mengambil poster Kerana Cintaku Saerah utk blog sy. T.kasih. Jika tidak dibenarkan, harap diberitahu. Apapun, terima kasih utk review ni.

    3. Budiey kata:

      Hi Syafini, ambik je poster mana yang u nak ambik. Jangan lupa kredit untuk budiey.com & radiusone ya. Thanks!

    4. anastasia kata:

      HYe….memang besh giler la cite kerana cintaku saerah ni…tahnniah buat penerbit..pengarah dan pelakon…..dah lama saya ni tak layan cite drama bersiri…lepas tertengok jek satu episod terus tertawan…salute beb!!!

    5. bunga_tanjung kata:

      Semalam pertama kali saya tengok cite nie. Nampak gaya alamat melekat lerrrr kat tv nie…macam cite Manjalara. Tak sabar nak tunggu hari isnin….Congrats to the director and the crew for this success drama. Dan pada pelakon2, bagus lakonan korang. Boleh bagi kredit….

    6. azzureika kata:

      FUYOO!!!MMG BEST LA CTA NIH!!MENAGIS I…TAMBAHAN LAGI DGN LAGU SERIBU TAHUN 2…NYANYIAN IMRAN…HIBA ABISSS!!!!WATAK JIBEK N NOMI PUN BEST GAK..SALUTE ARR KAT BENJY N NORKHIRIAH…
      C JONGOS 2 PUN OK GAK..BENCI ARR TGK DIER 2…
      NEWAY,XSABAR NAK TGK ENDING CTA NIH!!

    7. kiah_ariana kata:

      best sgt2…sedih sgt dgn jalan cerita dier
      welcome back to umie aida yg sentiasa x menghampakan..
      utk wan maimunah yg mmg superb tiap kali citer air mata..
      dan nurkhairiah n bengy>>x sangka sanggup buat muka camtuh..mmg real abiss…sure leh menang award!!!
      n pada isma n yg pegang watak cik ros…..penambah perisa dlm citer ni..
      n lagu seribu tahun tuh dr imran ajmain>>mmg syahdu….sker sgt lagu ni!!!paling best part falsetooooooooooooo…ayoooo anuar n hazami pun makan ati…!!!!

    8. ~syafini rosli~ kata:

      Salam,

      Thank you. Keep blogging.

    9. watie kata:

      cite ni mmg best!!!
      kisah cite ngn lagu imran ajmain mmg match abis!
      pelakon2 dia pn , power2 blaka.

    10. shaima kata:

      askum dan selamat berpuasa..

      Firstly saya tengok cite 2 memang best giler, shahdu sangat dan ada pengajaran dalm cite 2, lakonan umie pun menjadi especially wan maimunah, TAHNIAH!!!

      la nie tak sabar nak tengok ending cite 2 sure ramai nangis punyalah.
      jgn lupa kita saksikan ya

    11. azira kata:

      maaf,sy amik gabar wat gambar picture sy jer sbg koleksi..thanks blogging

    12. nina kata:

      storyline+tagline+team best! kalu wat filem ni perh mmg best laaa.. relaku menunggu mu seribu tahun lama lagi…..

    13. siti kata:

      tak best pon…. buang mase je tengok!!! hahaahaha…gurau jer…
      aku ni peminat no.1 citer nie

    14. NIZA kata:

      best giler sampai cam nk nangis bila mengenangkan kesusahan yg dihadapi jibek…tp saerah tu pun cam sengal gak sampai percaya 100% kat yatie tu….
      tp yang pasti citer ni memang best….

    15. ann kata:

      tayangkan cerita ini lebih awal .cthnya 9mlm

    16. saya kata:

      muka umi aida nampak laiiinnnnnn sangat…
      pegi thailand ka…tetiba ada eyelids..nampak cam separuh bukak je mata tu.
      kuyu cam minah gian. tu la…muka awak tu dah cantik semula jadi. wanita melayu yang ayu keasliannya. sayang sekali…keayuannya hilang

    17. cahaya99 kata:

      salam….Cerita yg menyayat hati. saya dan rakan2 di UNISEL cukup suka cerita ni…Terima Kasih pada TV3 dan Produksi yg terlibat kerana menghadiahkan Drama ini kepada Umum sebagai Hiburan Pengajaran. Emm,agak2 bila tayangan Drama ini akan tamat erk? rasa mcm tak sanggup je nak tgu Drama ni tamat.

      Oh ya,ada tak pihak produksi menghasilkan VCD Drama ni? kalau ada kat mana nak dapatkan ye?

    18. vampyana kata:

      selamat hari raya to everyone who’s work behind the scene kerana cintaku saerah..to isma yusoof ur poster was outrageous laa..!! admire it all…i really like this drama,its soo dramatic feelings and jibek@benjy- love ur acting much indeed,apparently u make me cry banyak sangat,lebam mataku..=p why not for kerana cintaku saerah 2-sikit sangat episodnya..i want it into vcd or dvd..pleaseee…!!

      xoxo
      les vampyana,penang

    19. foru kata:

      bru tgk smlm… mmg tear-jerker betul la citer ni… start nangis from episode 4 lagik… tmbh dgn lagu yg hantu “seribu tahun”.. asal lagu tuh berkumandang je dlm citer tuh, aku start leleh air mater..

      pelakon sumer yg power2 tambah jalan cerita mmg menarik… dh lame x tgk citer melayu yg best2! This is one of the best.. dh lame x tgk umie aida and benjy blakon. mmg x menghampakan as expected from pelakon2 lamer.. wan maimunah is still the best.. 12 episodes mmg the best choice of episodes. pack and not draggy.

    20. jusniza kata:

      memang best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr….sedih bangat…cian yaya,jibek….n c yati memang patut masuk jail

    21. aien kata:

      nak lirik lagu imran ajmain ’seribu tahun’ leh tak….

    22. aremy kata:

      best,best100x,hehehe best giler tahap giler gaban.aku suker sngat citer ni,pandai hek orang yang wat skrip ni,memenuhi citarasa penonton sekarang,lain dari yang lain n x membosankan.lagi satu,orang yang wat citer ni memang suke lagu seribu tahun imran ajmain hea,sebelum ni pun crta yang di buat pun ada lagu tu. tapi memang best lagu tu,first time aku dengar kat stesen radio ria,(singapura)memeng aku tangkap lentok trus kat lagu tu,lagi best ble kua kat stesen radio malaysia cthnya hot fm dan era….

    23. ezmil_rushdee kata:

      1. Manusia sentiasa lupa sentiasa memandang kepada luaran bertuhan kan nafsu sehingga lupa insan yg baik di mata. padan muka saerah sebb terlalu mengikut nafsu hampir terkawin gan bapak sendiri!

      2. Watak jibek yg setia pada janjinyer membuatkan dia akur setia menanti. Tapi ingat insan buruk macam jibek ada gak tahap kesabarannyer…!

      3. Siapa kata cinta tak leh ujud pada org yg kita anggap saudara berkat kesabaran dan kesetiaan nomi, jibek akhirnye memilih nomi yg buruk di banding saerah.. biar cacat tapi hatinyer bersih. kerana jibek tidak memandang nomi dr sudut physical..(sedey siot tgk part akhirtu..hanya org yg ada perasaan dan tidak ego faham part ni)

    24. ezmil_rushdee kata:

      persoalannyer lagi “seribu tahun tu lagu siapa” jibek kepada saerah atau nomi kepada jibek…?

    25. mohd firdhous kata:

      Saya suka dengan cerita ini yang sungguh menari jalan cerita nye. Semoga radiusound mengeluarkan cerita yang berkualiti dan menaik kan martabat drama melayu yang unggul.

    26. Shamz kata:

      Cerita ni memang best.. Bila la diaorang ni nak buat cerita macam ni lagi yer… Oh yer.. Bagi sapa-sapa yang tak dapat nak tengok cerita ni pasal berada di luar negara, boleh tengok secara online di http://www.tv3.com.my kerana pihak TV3 dah banyak buat streaming kat situ.. Hatta Buletin Utama pon ada. But, mungkin lewat dalam sehari-dua la…

    27. akim kata:

      aku sedih betul tgk muka wan maimunah dalam poster tuu…nampak betul air muka kesedihan dier..teringat wajah ummi aku….sayu jer..sedihhhhh

      tpi wan maimunah pandai berlakon ek..kalau jd jahat…benci akuh!! terutama nek nak….dengan dier berlakon berkemban..mmg aku benci!!

      kiranya wan maimunah ni mmg pelakon yg hebat! sepatutnya dpt anugerah!!=)

    28. putehgebu kata:

      tgk ulangan pn nangis lg cian c jbek

    29. bestdramafans kata:

      best giler citer kerna cintaku saerah nih….salutelah!!!!layan byk kali pun best…bila la avaiable for online downloading.

    30. edy kata:

      aku tengok ni pasal ada dua busut yang cantik dalam serita ini ( wan mainunah dgn engku faridah) adoi geram

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK