Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis Drama Drama Demi Masa Lakonan Iqram Dinzly



SINOPSIS DRAMA DEMI MASA
Kisah “Demi Masa” bermula dengan kehidupan sebuah keluarga bahagia, namun ia hanya sementara apabila mereka ditimpa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa si suami (Rashid) yang juga ayah kepada seorang anak dan mengakibatkan isteri (Maryam) serta anaknya (Nazli) buta sebelah mata. Sheila Rusly sebagai Maryam terpaksa memikul tanggungjawab suaminya menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah menengah.

Sikap Nazli (watak Nazli ketika kecil – Syafie Naswip) berubah selepas kejadian tersebut. Dia menjadi semakin biadap dan sukar dikawal. Maryam tetap berlembut melihat sikap Nazli, pun begitu pencapaian akademik dan kokurikulum Nazli di sekolah amat cemerlang. Pada perspektif Nazli sendiri,

dia sebenarnya malu terhadap kawan-kawannya kerana keadaan ibunya yang buta. Suatu hari berlaku pertengkaran antara Nazli dan rakannya di sekolah kerana menjadikan subjek ibunya yang buta sebagai bahan tawa. Nazli tercedera. Maryam yang mendengar cerita itu bergegas bertanyakan khabar Nazli di kelasnya. Jelas kini satu kelas telah mengetahui bahawa Maryam ialah ibu kepada Nazli.

Semenjak itu, Nazli berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya dari dibelenggu hidup bersama Maryam. Masa berlalu, Nazli (watak Nazli ketika dewasa – Iqram Dinzly) kini seorang siswazah dan hanya akan menghubugi Maryam apabila dia terlalu memerlukan wang. Di sana dia bertemu dan berkahwin dengan Fatin (Emelda Rosmila).

Pada suatu hari, di dalam majalah keusahawanan, Maryam melihat Nazli  di muka hadapan majalah itu, Maryam sangat gembira dan ingin sangat berkunjung ke rumah anak kebangganya itu. Maryam muncul di hadapan rumah Nazli. Namun, Nazli yang marah telah menarik keluar Maryam dalam diam dan memarahi Maryam kerana menakutkan-nakutkan anak dan isterinya. Maryam yang amat menyayangi anaknya itu meminta maaf kepada mereka dan mengatakan dia tersilap alamat dan salah orang. Maryam berlalu dengan redha walaupun kecewa namun dia tidak marah. Nikmat dapat menatap wajah Nazli walau sementara amat disyukurinya. Rindunya terubat.

Suatu hari, Nazli tergerak hati untuk singgah sebentar di rumah lamanya dan berjumpa dengan ibunya. Sebaik sahaja sampai di rumah, rumah itu lenggang. Kemudian, Nazli didatangi rakan baik ibunya bernama Chah (Rozie Rashid) yang menghulurkan sepucuk surat dan memberitahu sesuatu mengenai ibunya.

Apakah rahsia yang terkandung di dalam  surat itu? Apakah kesedaran hari ini mampu menutup kesilapan semalam? Pastikan anda menonton “Demi Masa” kerana ia akan menjadikan Hari Ibu anda lebih bererti.

Jangan lupa untuk menyaksikan drama ini pada 10 Mei di Slot Cerekarama di TV3 jam 10 malam.

[tags]sinopsis drama, ringkasan, demi masa, surah al-asr, advertlets, buttonator, photo cool, drag, merdeka, slogan kreatif, drop, font, free, ning, nek, aksi nenek, bbw, gliteratti, how to, icons, innit, nuffnang, online generator, web 2.0, web button, beatiful, website, tips jaga waktu, syafie naswip[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jawapan Trivia: Jam Casio G-Shock Milik Iqram Dinzly
  • Gambar Fouziah Gous & Iqram Dinzly di AJL26
  • Gambar Selebriti di Party Hari Jadi Iqram Dinzly Ke 30
  • Gambar Iqram Dinzly Dengan Putri Aurora
  • Iqram Dinzly Pelakon Rempit VS Impak Maksima
  • Jawapan Trivia: Pasangan Romantis Iqram Dinzly & Fouziah Gous
  • Drama Enigma Lakonan Farid Kamil & Fouziah Gous
  • Sekitar Pra Tonton Drama Demi Masa Lakonan Sheila Rusly
  • Drama Puteri Aurora Beradu
  • Iqram Dinzly Dalam Drama Anak Mak



    • tra

      kisahnya macam dalam email2 yang banyak diforward. kisahnya ibunya buta sebab derma mata pada anaknya waktu kecil sebab kemalangan tuh. betul ke penulis skrip nie? citer nie dh lama dalam email2 berantai..kreativiti? iyolah tuh

    • si pemerhati

      sinopsis drama mcm pernah baca kat somewhere but in english with slight differences in character and background- anak kerja kat australia
      tak tau la kalo ceriter tu dicopy dari drama ni sbb baru jek terbaca cerite tu

      mula2 baca mmg sedih dan geram sbb buat mcm tu kat mak sendiri….

    • lady_carlorino

      Nampak macam best je citer ni… tak kisahlah nampak macam sama je dgn citer2 sblum ni… yang penting mesej yang nak disampaikan tu sampai kepada penonton2 dan pengajaran yang diperolehi dapat diamalkan.. sesuai sangat untuk zaman sekarang ni.. banyak anak2 dah mula derhaka pada mak bapak…

    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      dapat gak kerja budak Mukhsin ni. hopefully the pay is good since we all know how poor this kid really is!

    • zarin

      tak kisah lah drama ni sama dgn drama lain seblm ni.. yg penting drama sebegini perlu lebih byk ditayangkan utk memberi kesedaran kpd anak-anak kita yg semakin lupa nilai kasih sayang dan betapa pentingnya “IBU AYAH” dalam hidup kita.

    • lady_carlorino

      To obefiend: This is we call his bread n butter… furthermore he is very talented boy.. more talented other then certains older actor in M’sia..

    • chic

      Mcmana ibunya yang buta tu boleh nampak gambar anak dia dalam majalah??? lol : lol : lol

    • http://itsfashionhoney.blogspot.com/ ctkus

      to chic….
      die bute sebelah jer….
      tu la…
      lenkali research sebleum…
      nk ktwe lebey2…………]

    • nana

      cte ni memang aku pon pernah bace….
      huhu….bukn idea sndiri..
      ini kes ciplak and tiru nih…
      so…jgn ade sape2 nk puji kate cite ni besh….

    • nana

      dalm surt yg mak die tingglkan tuh… kate yg mak die bute sbb dulu mse eksiden…ank die yg yg hilang mate…tp..mak die rele berkorban bg mate kt ank die…

      anyway..cite nih…cite betol…tk silp aku cite nih terjd kt negara arab…
      so..BUKN IDEA DARI PENGARAH DRAMA TERSEBUT…

    • putih

      setuju ngan lady carlorino semua org tau sape muksin tapi x der lh nk canang status d kt org.

    • LADY

      I DON’T CARE…TAK KIRA LA CITER NI D COPY KER, D FORWARD KER, AS LONG CERITA NI BERGUNA DAN PATUT DITONTONKAN PADA ANAK2 ZAMAN SEKARANG…KALU TAKAT BOOK STORY N EMAIL…TAK BERKESAN SGT…BIOR DIA ORG SEDOR CKIT..N JGN LUPA DIRI BILA DAH BESOR/SENANG..TAMBAH LAK KAK SHEILA N SYAFIE YG BERLAKON…WARRRRRGHH….

    • lady_carlorino

      Tak kisah lah cite ni tiru or ciplak.. yang penting pengajarannya..kalau ciplak pun bukannya 100%…

    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      @LADY

      and that is why malaysia sucked at everything. people like you saying its ok to copy and steal stuff. all is fine and dandy as long as something good comes along at the end eh? flawed logic and dumb reasoning in one fell swoop

      give yourself a big pat in the back for your third world idea!

      bravo

      bravo

      malaysia boleh! truly.. BOLEH MENIRU!

    • http://www.budiey.com Budiey

      Untuk info semua pembaca, drama ini memang diadaptasikan dari syair Arab. Itu diperakui sendiri oleh pengarah dan penulis skrip drama ini.

    • lie

      sapa tahu siapa penyair yg mengalunkan syair yg best dlm b.arab tu dlm kisah demi masa ni… aku nk donload la

    • http://www.budiey.com Budiey

      Bunyi suara dia macam Imad jek… tapi Budi pun tak pasti lah

    • nisa

      masa iqram nangis kan saya sedih tengok lepas dia baru baca surat yang arwah mak dia bagi sebenar mata buta 2 nazli bukan nya mak dia mak dia kesian and then bedah mata emak dia pas2 bagi kat nazli itulah kasih seorang ibu kepada anak nya

    • nadzirah

      ape judul lagu yang di dalam cerita ini?

    • http://- atiqah

      bagus jalan ceriternya menyentuh perasaan

    • wid

      cter nie besh lorh..
      lg2 de muksin,die blakon best n pndai hyati wtk..
      ending die sdih meh..
      mmg best cter nie!!!!!
      hope tb 3 dpt wt cter best lg cmnie k…

    • zarin

      yg penting drama mcm ni perlu diperbanykkan dari drama indon yg boleh merosakkan mentaliti anak-anak kita….. lakonan sheila, shafie,iqram best… iqram nampak matang



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK