in ,

Sinopsis Drama Bersiri Tangisan Bulan Madu 2

Drama bersiri adaptasi novel Tangisan Bulan Madu yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pernah menjadi bualan hangat penonton sekitar tahun 2008 yang lalu. Tahun ini, RTM cuba kembali menghangatkan sambutan penonton dengan menyiarkan sekuel Tangisan Bulan Madu 2 mengisi slot Arca di TV1 mulai 22 November depan, setiap Khamis dan Jumaat; pukul 10.05 malam.

Penonton diajak mengimbas kembali kesinambungan plot kisah selepas menjanda, Amira semakin kerap mengunjungi pusara Bogatt. Dia tidak sudah-sudah menangisi nasib diri yang gagal mengecap kebahagiaan bersama Bogatt. Pada masa yang sama, Razlan juga tidak sudah-sudah meluahkan isi hatinya kepada Amira. Amira bingung. Mampukah dia menerima Razlan, sedangkan ingatan terhadap Bogatt masih lagi kukuh dan utuh? Mampukah cintanya terhadap Bogatt dilunturkan oleh Razlan yang berwajah mirip Bogatt? Tangisah Bulan Madu berakhir dengan dilema di pihak Amira samada mahu menerima Razlan atau tidak.

Ezani Nizariff dan Rita Rudaini ... pelakon utama

[pullquote align=”right”]26 Episod “Tangisan Bulan Madu Siri 2” Warnai Slot Arca Di TV1 mulai 22 November depan, setiap Khamis dan Jumaat; pukul 10.05 malam.[/pullquote]

Mewarnai jalan cerita Tangisan Bulan Madu 2 yang masih mengekalkan pelakon yang sama Rita Rudaini, Ezany Nizariff, Zarynn Min, Fadilah Mansor, Erry Putra, Noniswara, Fiffy Natasha, Hashimah Mohd Zaki & ramai lagi, kisahnya berkembang dengan Amira menruskan kehidupannya dengan kenangan yang ditinggalkan arwah Bogatt. Razlan yang membawa diri muncul kembali dengan sikapnya yang lebih tenang. Badariah, ibu Razlan dan juga Idayu dan Marina berusaha untuk menyatukan kembali hubungan Amira dengan Razlan.

Sementara itu hubungan cinta rahsia antara Idayu dengan Mat berdepan masalah apabila muncul Farhan, kenalan Razlan yang diambil sebagai CEO baru Amir Bina Sdn Bhd. Apatahlagi memandangkan jurang perbezaan sekufu antara Idayu dengan Mat yang tidak setaraf.

Dr. Bada terus memburu cinta Amira. Mujur ada Marina mempertahankan Amira yang dituduh menggoda Dr. Bada oleh isterinya tanpa usul periksa. Amira nekad membuat laporan polis dan berjaya mendapat injuksi mahkamah menghalang Dr. Bada mengganggunya.

Amira mengambil keputusan menjual Butik Lavish dan menerima cadangan Marina tinggal bersamanya. Dalam diam Marina mahu menyatukan semula Amira dengan Razlan. Razlan kesal dengan tindakan Amira menjual Butik Lavish yang menjadi kenangan antara dia dengan arwah Bogatt.

Badariah pula merestui hubungan Idayu dengan Farhan dan berpendapat mereka sepadan. Mat pula menyambung pelajaran untuk membuktikan cintanya pada Idayu. Idayu sebenarnya masih kekal mencintai Mat. Farhan yang sememangnya berniat jahat mula memerangkap Idayu.

Amira bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta. Hubungan Amira dengan Razlan bertambah erat dan mula keluar ke majlis puisi bersama. Mereka mula merancang bertunang. Namun segalanya musnah dengan kehadiran Serena, bekas kekasih Razlan bersama Danish yang diuar-uarkan anak luar nikahnya bersama Razlan hingga Razlan memutuskan menangguhkan pertunangannya dengan Amira.

Amira merajuk hati dan kembali ‘hidup’ dalam dunianya dengan kenangan Bogatt. Dia makin tersinggung bila Razlan menerima Serena bekerja sebagai kerani di syarikatnya dengan niat semata-mata mahu membantu wanita itu. Amira kemudiannya memutuskan berhenti kerja mengajar di sekolah itu.

Amira ke Kuala Lumpur memulakan hidup dengan menumpang rumah Syafura, rakan sekampungnya. Melalui Syafura, Amira berkenalan dengan Nora, usahawan tekstil berjaya yang menawarkannya menjadi rakan kongsi butik miliknya. Hubungan mereka berlangsung baik sehinggalah Amira mendapat tahu Nora sebenarnya isteri kepada bekas kekasihnya Azali. Azali pula mengambil kesempatan terhadap Amira dan bila perkara itu diketahui Nora, Amira diusir umpama kucing kurap. Mujur ada Razlan yang membantu ketika Azali mahu mengambil kesempatan terhadapnya dan hubungan mereka kembali terjalin.

Farhan dan Serena pula mengatur niat jahat mengambil alih syarikat milik Razlan. Apatahlagi bila Razlan memberi kepercayaan sepenuhnya urusan syarikat kepada Farhan sedangkan dia pula menumpukan perhatian kepada bidang sastera yang diminatinya. Mat mengetahui niat jahat Farhan cuba berterus-terang kepada Idayu sebaliknya Idayu menganggap Mat cemburukan Farhan.

Amira kemudiannya bekerja sebagai guru di sebuah pusat tuisyen. Namun kehadirannya kurang disenangi Cikgu Mona yang sentiasa mencari kesalahannya. Di situ Amira berhubung baik dengan Maya, anak muridnya yang menjadi mangsa perkosa Farhan hingga hamil anak luar nikah. Amira cuba memulihkan semangat Maya.

Razlan berdepan tuduhan rasuah dan masalah syarikat yang didalangi Farhan. Farhan mengugut Idayu dengan foto kemesraan mereka yang sebenarnya super impose antara Farhan dengan Serena. Danish sebenarnya anak luar nikah Farhan dengan Serena. Hubungan Amira dengan Razlan kembali rapat kerana Amira menyokong Razlan menghadapi kes saman empat sub-kontraktor.

Setelah rahsianya terbongkar, Farhan melarikan diri ke Thailand. Serena pula dipenjara kerana gagal membayar denda kesalahan didapati bersalah kerana membuat maksiat. Di situ muncul Soraya, adik tiri Serena yang cuba menggoda Razlan dengan menggunakan Danish.

Ketika Razlan mahu membina rumah tangga bersama Amira, hubungan mereka diduga lagi. Kali ini bila Razlan ditangkap khalwat dengan Soraya. Hatinya jadi hambar untuk kembali kepada Razlan. Amira selalu mimpikan Bogatt dan terkenang sumpah setianya terhadap Bogatt, mungkin dia dimakan sumpah. Dia mengambil keputusan mengikuti rombongan persatuan penulis ke Eropah.

Namun Amira kemudiannya menghilangkan diri daripada keluarga Badariah. Razlan yang gagal menghubungi Amira mula mengesyaki sesuatu. Dia hanya mengetahui Amira telah berangkat ke Mekah setelah diberitahu oleh Pak Samad. Razlan sangat terkejut dan begitu kecewa. Lalu apakah kesudahannya? Adakah cinta mereka berjaya bersatu? Saksikan 26 episod drama ini hanya di TV1.

Erru Putra dan Zarynn Min ... pelakon pembantu

pelakon Tangisan Bulan Madu 2

aksi di sebalik tabir

aksi Rita di lokasi

antara pelakon drama bersiri ini Noniswara dan Fiffy Natasha

babak sedih dalam drama ini

barisan pelakon drama bersiri ini

behind the scene dalam Tangisan Bulan Madu 2

ezani pegang watak Bogatt

behind the scene Tangisan Bulan Madu 2

drama bersiri tangisan bulan madu 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Saleha Model KL SOGO Trendsetter Online Christmas Edition

Johan As’ari Cinta Lana Nordin Bukan Shila Amzah