SINOPSIS DRAMA BERSIRI EZORA LAKONAN FAZURA DAN BEEGO
SINOPSIS DRAMA BERSIRI EZORA
Drama ini bermula dengan kisah Ezora dari keluarga yang kurang berada menghadapi masalah semasa persediaan perkahwinannya dengan tunangnya, Reza. Keadaan bertambah buruk apabila Reza yang bekerja sebagai buruh kontrak telah diberhentikan. Ini menyebabkan Reza mahu menundakan perkahwinan mereka dan berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan serta mengumpulkan wang untuk berkahwin.
Manakala di kampung, emak Ezora jatuh sakit apabila mengetahui Reza menangguhkan perkahwinan. Dia yang sukar menerima kenyataan itu meninggal dunia dan ini membuatkan Ezora lebih tertekan. Ketiadaan ibunya membuatkan adik Ezora, Lisa, hidup dengan penuh bebas tanpa kawalan sesiapa. Dia terus menggoda lelaki tua berharta yang sanggup menghabiskan wang untuknya. Manakala, Ezora pula digoda oleh majikannya yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya. Kekecohan berlaku sehingga Ezora dipecat.

Di Kuala Lumpur pula, Leeya yang berasal dari keluarga kaya, marah apabila mendapati tunangnya, Badree, berlaku curang dengan arkitek wanita yang digajinya. Dia terus memecat arkitek itu dan membatalkan pertunangannya. Pergaduhan berlaku dan Reza yang menjadi buruh di banglo Leeya itu menjadi orang tengah. Akhirnya Leeya tertarik dengan kekacakannya.
Hubungan Reza dengan Leeya semakin rapat, sehingga Reza diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Keselamatan di Hotel Marina milik Leeya. Dalam diam-diam, Leeya sedang membuat persiapan untuk berkahwin dengan Reza. Ezora mulai gelisah kerana Reza semakin jarang mengirim berita. Akhirnya Ezora memutuskan untuk pergi bertemu Reza di Kuala Lumpur. Kedatangan Ezora ke Kuala Lumpur membuatkan Reza berada dalam dilema. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Berjayakah Ezora mempertahankan cintanya terhadap Reza? Adakah Leeya berjaya meraih cinta Reza sekaligus menakluki lelaki itu? Siapakah antara Ezora dan Leeya yang menjadi pilihan hati Reza? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, saksikan kisah cinta “Ezora” dalam slot Akasia setiap Isnin-Khamis, jam 6.30 petang, hanya di TV3!



[tags]ezora, sinopsis drama ezora, synopsis movie, trailer, gambar pelakon, reza, leeya, ayie, banduan, berd, brunei, budak, bunuh, cinta tiga segi, isu ciplak, hazwani, komposer, sms rindu, miss u, kumpulan strategy, lagu, lagu dari penjara, left handed, lirik, mainstream, malaysia, original, penyanyi seksi[/tags]
Tags: ayie, banduan, berd, brunei, budak, bunuh, cinta tiga segi, ezora, gambar pelakon, hazwani, isu ciplak, komposer, kumpulan strategy, lagu, lagu dari penjara, leeya, left handed, lirik, mainstream, malaysia, miss u, original, penyanyi seksi, reza, sinopsis drama ezora, sms rindu, synopsis movie, trailerClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





May 18th, 2008 at 5:34 pm
hai apa nak jadi anak kak uji kita tu ngan subang kat telinga tu kan kita orang lelaki
June 11th, 2008 at 1:06 pm
crita ni besttt…
June 13th, 2008 at 12:57 pm
Suka cerita ni, lelaki mcm Reza tidak boleh di bagi muka, Ezora cantik dan tabah, boleh hidup tanpa lelaki macam Reza, buktikan mesti buktikan wanita tidak akan mengalah pada cinta lelaki, Leeya ok tak salah dia kaya ada duit boleh dapat apa yg dia nak… Reza yg bodoh buta memang ada lelaki mcm tu… biar dia rasa tinggi rendahnya langit jgn ingat dgn menjual cinta dia boleh hidup senang… dia takkan senang….
harap akhirnya tidak akan mengecewakan
June 19th, 2008 at 4:09 pm
woi…. aku dh tahu cite ni. dlu masa tahun 2006 dlm sinopsis spanyol ‘SECRATOR DE AMOR” sebiji crita tu di klon. mn2 pihak yg ska tonton, layannnnnnnnnnnn jelah.