• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Sinopsis Drama Bersiri Debunga Lalang

0
  • by Budiey
  • in Drama · Sinopsis
  • — 29 Dec, 2012
Sebuah lagi karya terbaru sutradara Azma Aizal Yusoof dan nukilan skrip oleh Nieza Nahar bakal mengisi slot Azalea menerusi drama rantaian 20 episod berjudul “Debunga Lalang”.

Mula disiarkan pada 2 Januari 2013, Debunga Lalang terbitan Asia Media Content (AMC) menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris, Ungku Ismail, Delimawati, Maizatul Rafika, Dzreena Delaila dan Hanafi Rahmat.

Di bawah ini ada beberapa gambar promo yang dihantar team produksi Debunga Lalang

Drama Debunga Lalang

Drama Bersiri Debunga Lalang Debunga Lalang bakal disiarkan pada 2 Januari 2013 sebanyak 20 episod

Saodah (Ku Fridah) merupakan seorang janda kaya yang tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai dua orang anak perempuan, hasil dari dua perkahwinan yang berbeza bernama Aishah (Noorkhiriah) dan Khatijah (Wan Sharmila).

Aishah, seorang wanita berkeperibadian lembut dan ikhlas sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Halim (Zul Ariffin), seorang lelaki kampung yang bertanggungjawab dan kuat berusaha. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Alia dan Arina. Mereka bahagia walaupun hidup serba sederhana.

Tambahan pula Mak Munah, ibu Halim yang penyayang sentiasa berada di sisi mereka untuk memberikan sokongan.

Khatijah pula, seorang yang dominan dan amat keras hati. Setiap kehendaknya perlu dipenuhi. Khatijah menikahi Bakri (Ungku Ismail), seorang dekan di sebuah kolej tempatan, atas pilihan Saodah. Sayangnya, dia tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lebih lima tahun melayari bahtera rumahtangga. Kasih Saodah sebagai seorang ibu diuji dalam bentuk yang berbeza.

Aku Tetap Tabah Mengharungi Liku Hidup Walau Dibenci Oleh Ibu Sendiri

Saodah tidak adil dalam membahagikan kasihnya kepada kedua-dua puterinya itu. Saodah melebihkan Khatijah dalam segala-galanya, termasuklan soal pelajaran. Aishah hanya diberikan pendidikan sehingga tamat sekolah sahaja, sedangkan Khatijah diberi peluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini menyebabkan kehidupan Khatijah jauh lebih baik dan berharta dari Aishah. Ketidakadilan Saodah ini sering membuatkan Aishah kecewa dan jauh hati. Tidak cukup dengan itu, Aishah dan keluarganya sering diperlekehkan oleh Saodah.

Drama Debunga Lalang

Suatu hari, Aishah disahkan hamil anak ketiga. Khatijah berasa sungguh cemburu dan meminta Saodah membuat perjanjian dengan Aishah. Seandainya anak di dalam kandungan Aishah ialah perempuan, maka dia harus diserahkan kepada Khatijah.

Impian Khatijah menjadi kenyataan apabila Aishah melahirkan anak perempuan. Khatijah dan Saodah memaksa Aisyah untuk memenuhi ‘janji’nya dengan menyerahkan bayi perempuan yang diberi nama Ayang Mastura itu kepada Katijah. Pelbagai helah telah dilakukan oleh Saodah, termasuklah mengupah seorang bomoh. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan bayi tersebut yang sering sakit sejak dilahirkan.

Demi menjaga perasaan Saodah, akhirnya Aishah dan suami terpaksa juga menyerahkan bayi mereka walaupun hati tidak merelakan. Tidak puas menyakiti Aishah, Khatijah nekad mahu memutuskan terus hubungan Ayang dengan keluarga kandungnya. Kesempatan baik diperolehinya apabila suaminya, Bakri, mendapat tawaran mengajar di luar negara. Ketika perkara itu diketahui Aishah, Khatijah bersama suami dan Ayang sudahpun berlepas ke luar negara.

Mulai hari itu, Aisyah hidup dalam kesedihan akibat kehilangan anak bongsunya itu. Suaminya, Halim, telah mengambil keputusan untuk membawa keluarganya berpindah dari kampung tersebut demi masa depan yang lebih baik. Dia mahu membuktikan pada Saodah bahawa anak kampung sepertinya juga mampu berjaya dan yang paling penting sekali, dia mahu menjauhkan Aishah dari ibunya yang terus-terusan menghina dan menekan hidup Aishah.

Setelah 10 tahun, Khatijah, Bakri dan Ayang Mastura kembali ke tanah air. Berita itu sampai ke pengetahuan Aishah. Dia dan Halim pergi ke rumah Saodah untuk menjenguk Ayang Mastura yang sudah berusia 10 tahun itu. Namun, Saodah mengusir mereka dari situ. Pelbagai kata-kata menyakitkan dilemparkan oleh Saodah. Aisyah berasa teramat sedih dan hina sekali dengan keadaan itu. Halim merasakan yang kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Dia telah membuat keputusan untuk menuntut hak penjagaan Ayang Mastura. Berjayakah Aishah dan Halim mendapatkan anak mereka? Apakah yang bakal dilakukan oleh Saodah dan Khatijah untuk menggagalkan usaha Aishah dan Halim?

Saksikan drama “Debunga Lalang” mempersembahkan Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila dan ramai lagi bermula 2 Januari hadapan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di slot Azalea. Ia juga boleh disaksikan menerusi portal www.tonton.com.my.

Gambar Sekitar Ramah Mesra Bersama Pelakon Drama Debunga Lalang

Debunga Lalang - Barisan Pelakon bersama Pengarah & Penulis Skrip

Debunga Lalang - Barisan Pelakon Utama

Debunga Lalang - Zul Ariffin sbg Halim manakala Wan Shamila sbg Khatijah

Debunga Lalang - Halim yang sentiasa menemani isterinya, Aishah

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Asia Media ContentDebunga LalangDelimawatiDrama Bersiri Debunga LalangDrama Debunga Lalangdrama tv3Dzreena DelailaEsliza LoyFaralyna IdrisFilem TV3gambar pelakonHanafi RahmatKu FridahMaizatul RafikaNoorkhiriahreviewSinopsis Debunga Lalangsinopsis dramaTunku HanisUlasan DramaUngku IsmailWan SharmilaZul Ariffin

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Drana Erna Shuraya Lakonan Tasha Shila
  • Next story Hala Tuju Baru ntv7 2013

ENTRI BERKAITAN

  • Shahz Jaszle Faezah Ilai Drama Siri Asmara 2 5 Mar, 2011
  • Sinopsis Drama Dari Mata Arisa 2 Mar, 2008
  • Surat Kecil Untuk Tuhan 2 Nov, 2012
  • DRAMA KEINSAFAN : INDRUTHAN DEEPAVALI 23 Oct, 2008

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
    • Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.