in , ,

Sinopsis Drama Bersiri CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

Drama adaptasi novel oleh Airisz, Cik Cinderella dan Encik Tengku ini akan menggantikan drama Kau, Aku, Kita yang bakal berakhir pada 9 Disember ini yang bersiaran di slot Lestary TV3. Drama terbitan Orangtree Productions Sdn Bhd yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini bakal menemui penonton pada 10 Disember nanti setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam. Selain Zahirah Macwilson dan Shukri Yahaya, drama 13 episod ini turut dilakonkan oleh Shah Iskandar, Puteri Aishah, Datuk Eizlan Yusoff, Aida Khalida, Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Untitled

Zahirah Macwilson Dihimpit Permintaan Ibu Untuk Berkahwin

[dropcap]M[/dropcap]engisahkan Puteri Nuraisha (Zahirah Macwilson) yang hidup dengan seorang ibu tiri dan kakak tiri. Ayahnya, Megat, sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha (Puteri Aishah). Puteri mempunyai seorang tunang bernama Ashraf (Shah Iskandar), dimana pertunangan mereka adalah disebabkan amanat arwah ibu Puteri yang mahu dia dan Ashraf disatukan. Ashraf bagi Puteri adalah seorang lelaki yang sering ingin menumpang kesenangan kerana dia sudah terbiasa dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri.

Perkenalan Puteri dengan Daniel (Shukri Yahaya), seorang peguam muda yang romantis, lucu dan baik hati di tempat kerja sedikit demi telah membuatkan Puteri jatuh cinta terhadap Daniel. Bagi Puteri, Daniel sangat menyenangkan tetapi dalam masa yang sama Puteri dihimpit rasa bersalah kerana dia terikat dengan amanat arwah ibunya itu.

Tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya, rupa-rupanya sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf tanpa diketahui oleh sesiapa. Sehinggalah pada suatu hari, satu kejadian yang memalukan telah mengucar-kacirkan persiapan perkahwinan Puteri dan Ashraf yang telah dirancang rapi oleh ibu tirinya.

Adakah Puteri akan meneruskan perkahwinananya bersama Ashraf dan melupakan impian untuk membina mahligai bersama jejaka pujaannya, Daniel? Segalanya bakal terjawab dalam drama Cik Cinderella dan Encik Tengku hanya di TV3. Jika anda ketinggalan untuk mengikuti drama ini, sila layari www.tonton.com.my untuk menonton kembali siaran ulangan.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi FITBIT FLEX Sempena Ulangtahun Budiey.com Ke-9

Peserta Cemerlang Kem Badminton Astro Tamat Latihan Lanjutan Intensif Di Tokyo