in ,

Sinopsis Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 7

Batrisya terkejut apabila Ammara menghadiahkannya sebuah ofis untuk dijadikan Yayasan Wanita yang diidamkan olehnya. Bagi Ammara, ini sahaja yang mampu dilakukan untuk satu-satunya kawan baiknya iaitu Batrisya. Dia hanya meminta satu permintaan daripada Batrisya, iaitu untuk berjanji akan berkawan selama-lamanya.

Ammara Batrisya Episod 7

Rayyan tidak sedar dirinya bakal diperangkap oleh Olie untuk memusnahkan perhubungannya dengan Batrisya. Air minuman rayyan telah dimasukkan pil tidur dan akhirnya dia dibawa ke sebuah hotel. Olie mula membuka pakaian rayyan dan menghantar gambar-gambar rayyan kepada Batrisya.

Batrisya yang terkejut terus menelefon Rayyan tetapi diangkat oleh Olie dan dia mula berpura-pura bahawa Rayyan sedang tidur untuk menyakitkan lagi hati dan menyatakan Rayyan benar-benar telah berlaku curang dengan Batrisya.

Batrisya mengadu kepada Ammara tentang kecurangan Rayyan. Ammara berpura-pura menunjukkansimpati dan sebaliknya Ammara tersenyum puas mendengan berita itu.

Siapakah yang telah mengupah Olie untuk mengganggu perhubungan Rayyan dan Batrisya?

Batrisya yang pulang kerumah mendapati ibunya sudah tidak sedarkan diri dan segera membawa ibunya ke hospital. Setelah dirawat, doktor mengesahkan di dalam badan ibunya mengandungi terlalu banyak kandungan dadah yang tidak diketahui dari mana puncanya. Batrisya meyakinkan doktor bahawa ibunya tidak suka makan ubat apatah lagi supplement2 yang lain. Doktor ingin memeriksa kandungan ubat yang diambil oleh ibu Batrisya dan meresahkan Ammara. Tetapi Ammara bijak apabila menyuruh orang suruhannya menukarkan kembali ubat-ubatan itu kepada asal sebelum Batrisya tiba dirumah ibunya.

Ammara Batrisya Episod 7

Ammara Batrisya Episod 7

Ammara Batrisya Episod 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IZ, Budiey & Mamee Ceriakan Penghuni Rumah KIDS

Tayangan Premiere DEVIL’S DUE Sempena Ulangtahun Ke-7 Budiey.com