in ,

Sinopsis Drama Ayam Lakonan Naim Daniel

Bulan Ramadan ini TV3 yang tampil dengan tema ‘Seindah Ramadan’ membawakan pelbagai genre program termasuklah drama yang berbentuk tauladan dan pengajaran. Sepanjang bulan Ramadan ini juga, penonton setia TV3 berpeluang menyaksikan drama komedi AYAM setiap hari Ahad jam 7.30 malam mulai 14 Julai 2013.Drama 4 episod yang diterbitkan oleh Primeworks Studio ini diarahkan oleh Zulkeflee Mohamad Said.

[dropcap]D[/dropcap]rama Ayam sarat dengan pengisian plot watak Aidil (Naim daniel) dan Fitri (Fazli Daniel Ali), adik beradik yang tidak sehaluan dan sering tidak sependapat. Bagi Aidil, maknya Mak Jah (Fazlina Ahmad Daud) terlalu memanjakan Fitri sehingga menyebabkan adiknya itu menjadi nakal manakala Fitri pula merasakan abangnya tidak pedulikan dirinya dan sering memarahinya.

Ayam- Seekor ayam jantan menjadi perebutan

[pullquote align=”right”]Suasana Gamat Kerana Seekor Ayam Jantan. Naim Daniel & Fazli Daniel Ali Bergaduh Dalam Drama Ayam? Tonton drama komedi AYAM setiap hari Ahad jam 7.30 malam mulai 14 Julai 2013[/pullquote]

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Mak Jah meminta Fitri untuk membeli ayam untuk dibuat rendang. Dalam perjalanan ke pasar, Fitri bertemu Wan (Afik Shafik). Wan merupakan rakan kepada Aidil yang sentiasa mempunyai hasad dengki terhadap Aidil dan Fitri. Apabila mendapat tahu Fitri ingin membeli seekor ayam, Wan terus menjual ayam jantan yang dicurinya dari Pak Malau (Ilya Buang) kepada Fitri.

Sementara itu, Pak Malau mula menyedari akan kehilangan ayam jantan kesayangannya itu. Tanpa berlengah, Pak Malau pergi bertanya tentang ayamnya pada beberapa penduduk kampung. Akhirnya salah seorang penduduk kampung memberitahu bahawa dia ternampak Wan menjual seekor ayam kepada Fitri. Pak Malau mencari Wan dan mengugut akan membuat sesuatu kepada Wan jika ayam kesayangannya itu tidak dipulangkan. Wan yang tahu Pak Malau sememangnya hebat dalam dunia persilatan dan berlawan segera mencari Fitri.

Sesampainya Wan di rumah Mak Jah, Wan terus membuat tawaran kepada Fitri dengan membayar harga ayam jantan itu dua kali ganda dari harga yang dibeli oleh Fitri daripadanya tempoh hari. Fitri bersetuju tetapi Aidil membantah dengan tawaran Wan itu. Kemudian Aidil dan Fitri bertengkar sehingga menyebabkan ayam jantan itu terlepas dari mereka.

Budin dan Mail yang sudah lama memerhatikan Aidil, Fitri dan Wan mengambil peluang untuk mencuri ayam jantan yang sudah terlepas itu. Mereka semua mengejar ayam jantan itu dan masing-masing mengaku ayam jantan itu milik kepunyaan mereka. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Siapakah yang akan berjaya mendapatkan ayam jantan itu?

Saksikan lakonan berkesan Naim Daniel, Fazli Daniel Ali, Eyka Farhana, Afik Shafik, Fazlina Ahmad Daud, Ilya Buang, Sharid Kunal, Ku Haris dan Haidir menerusi drama komedi AYAM setiap hari Ahad jam 7.30 malam hanya di TV3! Penonton juga boleh layari Facebook, Twitter dan Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Ayam - Fitri (Fazli Daniel Ali) dihukum kerana sikapnya yang nakal

Ayam - Dapatkah mereka beraya dengan juadah masakan ayam

Ayam - Pak Malau (Ilya Buang) menaruh perasaan terhadap Mak Jah (Fazlina Ahmad Daud)

Ayam - Saleha (Eyka Nabila) bertemu Mak Jah (Fazlina Ahmad Daud

Ayam - Salah satu babak Saleha (Eyka Nabila) dalam ayam

Ayam - Wan (Afik Shafik) bersama rakannya mencuri ayam jantan milik Pak Malau

Ayam - Mereka masing-masing berebut inginkan seekor ayam jantan

Ayam - Dari Kiri, Aidil (Naim Daniel), Saleha (Eyka Farhana),

Ayam - Dari Kiri Fitri (Fazli Daniel Ali), Saleha (Eyka Farhana) & Aidil (Naim Daniel)

Ayam- Seekor ayam jantan menjadi rebutan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Isu Hutang & Masalah Ezany Nizariff Kena Gam Selesai