Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis Drama Akulah Perempuan Itu



Ini dia sinopsis Cerekarama: Akulah Perempuan Itu yang akan disiarkan pada 10 October 2009 (Sabtu) ini yang dilakonkan oleh Fasha Sandha yang telah mengadakan rumah terbukanya semalam. Meriah, ramai betul yang datang.

Yusrina (Rina) meluahkan rasa kekesalannya kerana tidak mendengar nasihat ibu dan ayahnya. Oleh kerana mengikut kata hati Rina berkahwin dengan Yazid walaupun tanpa restu keluarganya kerana Yazid seorang penagih dadah. Selepas berkahwin Yazid memaksa Rina menjadi pelacur. 

Manakala, Zahir seorang pemuda yang baik dan  dia berjaya mendamaikan Abang Leman dan Muthu yang bertelagah. Zahir disahkan doktor mengidap barah tulang tahap ketiga dan difahamkan doktor yang merawatnya dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk meneruskan hidup. Suatu hari Zahir telah menyelamatkan Rina dan Nor dari gangguan dua pemuda. Pn Rubiah hairan macam mana Zahir tahu tentang penyakitnya.

Zahir sebenarnya terdengar percakapan doktor dengan ibunya.  Pn Rubiah berjanji pada Zahir akan terus berusaha untuk mengubati penyakitnya. Zahir tidak mahu ibunya bersedih. Zahir pergi cari Rina untuk serahkan rantai kakinya yang tercicir. Ketika dia sampai Rina sedang dipukul Yazid kerana duit.

Zahir berjumpa dengan Mummy dan mahu membawa Rina pergi bercuti selama 3 hari. Mereka tinggal di bilik berasingan. Rina sangat seronok dengan layanan yang diberikan. Zahir mahu Rina bersemangat dan kembali ke pangkal jalan. Rina takut masyarakat tidak dapat menerimanya kembali.

Yazid pergi mencari Rina  dan mengaku pada Zahir dia adalah suami Rina dan mahu ambil balik isterinya. Namun, Zahir memberikan habuan yang lumayan kepada Zahid untuk tidak mengganggu Rina lagi.Rina beritahu Nor sejak pertemuan kali pertama dengan Zahir dia rasa bahagia dan gembira. Jauh dari penderitaan dan perkara perkara yang tidak disukainya. Nor nasihatkan Rina pergi jumpa Zahir dan luahkan segala perasaannya. Ibu Yazid, Pn Rubiah mengamuk dan marah bila dapat tahu Zahir menjalin hubungan dengan seorang pelacur. Zahir mengaku pergi ke rumah pelacuran tapi dia tak pernah melakukannya sebarang hubungan dengan pelacur itu. Menurutnya wanita yang dikenalinya itu  teraniaya hidupnya dan perlukan pembelaan. Perempuan itu dipaksa menjadi pelacur oleh suaminya sendiri. 

Zahir tahu dia tak kan dapat bersama dengan Rina kerana umurnya mungkin tak panjang. Dia cuma mahu menyelamatkan Rina. Rina terlalu kecewa bila terdengar perbualan Zahir dan ibunya. Rina tiada pilihan terpaksa balik ke tempat pelacuran itu dan berjumpa Nor. Nor sanggup berkorban demi untuk membantu Rina. Pergelutan terjadi antara Zahir dan Yazid namun Zahir cedera parah ditikan oleh Yazid. Pn Rubiah melaporkan kepada polis kerana Yazid menceroboh dan cuba mencederakan Zahir. Yazid di tahan polis. Rina tidak percaya Zahir mengidap kanser kerana selama ini dia melihat Zahir seorang yang periang.

Adakah Rina akan kembali kepada Yazid dan menjalani kehidupan yang kusum, dapatkah Zahir meneruskan kehidupannya dengan melawan penyakir kroniknya dan mampukah Rina berjaya menawan hati Pn Rubiah untuk mengahwini Zahir ? Saksikan kesudahannya.

Pelakon: Fasha Sandha, Zul Huzaimi, Zaefrul Nordin, Marissa Yasmin, Fadhilah Mansor.

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 16
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 19
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 7
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 9
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 17
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 3
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 10
  • Drama Perempuan Istimewa Syawal Di TV2
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 12



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      fasha the has been

    • http://- LYN MINAT ADAM,B.A.D BOYSNGAN RAIN!!!!!

      sayang fasha sandha!!!!!!!!!!!!

      A.K.A KAMI.SAYANG.FASHA.SANDHA…
      SPE NAK JOIN???

    • http://farahnyemahmulya.blogspot.com FARAH

      ALAHAI jalan cerita- napa la tak buek cite lain skit kalau pempuan jahat je mesti pelacur
      pempuan jahat je mesti pelacur

      pempuan yg kuat ngumpat tu lagi jahat dari pelacur
      tak termsuk pempuan yg kuat mngadu domba..

      hehooow-fasha ni muka dia sgtlah MENARIK..lawa bangat

    • sunday

      apa jer watak yg diberikan kpd fasha mesti menjadi tak lah mcm setengah pelakon tu mcm kayu jer..huhuu..fasha is the besh!!

    • rshidan

      watak itu sesuai dgn dia;) dah biasakan, memang senang utk dia berlokan

    • http://www.yahoo.com skomeng

      cayang fasha…. memang cute… bucuk²…

    • cik kiah temban

      kelakar betul. tak logik betul bila doktor tu terus tutup muka yazid dengan selimut putih bila dia periksa yazid tak sampai 5 saat.

      hoi, buat malu doktor saja. doktor hanya boleh sahkan kematian mangsa dengan pemeriksaan teliti, ada autopsi dll. sangat2 tak logik laa kot ya pun nak buat drama ada adegan mati ni.

      anyway, si fasha memang sesuai sebab dah biasa kan…

    • http://farahaiena@yahoo.com misteri

      syoknya ngok,,,,mmt,,ngan mnah ni blakon,,,,mmt keras,,mcm batu,,mnah terbiase la plak,,,,,apa2 pn best cter mcm ni

    • http://farahaiena@yahoo.com misteri

      zulhuzaimy keras blakon cter,ni,,,,,,,,,,,he9 tp syok

    • http://farahaiena@yahoo.com misteri

      first time tngok cter mcm ni……………………………

    • http://farahaiena@yahoo.com misteri

      lastly tu,,,,,mmg best mse time kete kne lngar

    • http://farahaiena@yahoo.com misteri

      yg x bes mse nk mty sng btul die,,,maty,,,,,

    • http://- ms elFiRa

      cite ni best sgt …tapi apa ending dia eh? smlm fira tetidor…..he..he..he

    • i..

      waaaa…ari tu nk tgok..tk dpt….suka fasha berlakon…
      fasha berlakon lagi best lar dr diana danielle…kaku jer lau diana berlakon…best wat fasha ni..cuma perangai jer over skit..hehehe

    • jepar

      maner nak download cte nih?



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK