in ,

Sinopsis dan Info Muzikal Gamat

SINOPSIS MUZIKAL GAMAT

Kehidupan di dunia yang semakin ‘sakit’ dan tercemar menjadi intipati kepada persembahan ini. Begitu juga pengamalan gaya hidup sihat, kesedaran terhadap penjagaan kesihatan serta menghindari penyakit dan isu pencemaran alam sekitar.

Muzikal Gamat mengisahkan tentang suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni  oleh pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ini termasuklah Ibu Gamat dan Anak Gamat (Mat).

Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan telah berjumpa dengan Mat (anak gamat) yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya (Ibu Gamat) menyuruh Mat duduk saja di rumah.

Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. Kurita mengarahkan pengikutnya, iaitu Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malangnya, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat. Kurita teramat marah dan semakin sakit.

Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Ikan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut). Mahatahu memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui kembali anaknya.

Ketika dalam perjalanan mencari anaknya pelbagai peristiwa berlaku yang  disaksikan oleh Ibu Gamat, termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan kehebatannya. Dia turut terserempak dengan botol minuman yang masih mengandungi minuman kesihatan, telefon yang boleh berhubung ke dunia luar dan binatang lain yang sedang sakit. Ada yang sakit akibat obesiti, banyak merokok dan minum arak. Ada juga binatang yang sihat kerana mengamalkan gaya hidup sihat.

Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka turut berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.

INFO MUZIKAL GAMAT

Tarikh Persembahan :
4 – 12 OKTOBER 2009
(TIADA PERSEMBAHAN PADA 9 & 10 OKTOBER 2009)

Masa Persembahan Malam :
8.30 Malam ( 4 – 12 OKTOBER 2009)

Masa Persembahan Matinee (Petang) :
3.00 Petang (PADA 4 DAN 11 OKTOBER SAHAJA) – TIKET : RM20
 
Tempat Persembahan :
Panggung Sari, Istana Budaya

Tiket :
RM30, RM50, RM80, RM100 & RM150
RM20 (Untuk persembahan Matinee – 3 & 4 Oktober sahaja)

Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi :
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel:  03-4026 5558  

Waktu Operasi : 
9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Bekerja)
9.00 Pagi – 1.00 T/Hari   (Sabtu)

CTRA PRODUCTION :
Tel: 03-6186 6592, 017-871 6060, 012-297 7220

Laman Sesawang :
www.muzikalgamat.blogspot.com

Pembelian Tiket (Online)
www.ticket2u.biz    Tel: 03-4149 8600

INFO PEMENTASAN

JUDUL TEATER : Muzikal Gamat

KONSEP : Muzikal

LATAR : Dasar Laut

PENGANJUR : CTRA Production

KERJASAMA :
Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM)
Istana Budaya
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN)
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Kementerian Kesihatan Malaysia
De’ Media & Event Entertainment

PENAUNG :  
YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
(Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia)

PENERBIT :
Siti Rohayah Attan

SKRIP :
Zaifri Husin
(Idea kolaborasi pelajar Teater Tahun 2, 2006 – ASWARA)

PENGARAH  :  
Zaifri Husin

KOMPOSER :  
Hafiz Askiak

KOREOGRAFER :  
Eliza Mustafa & Md. Desa Rahman

SENARAI WATAK DAN PELAKON

Bapa Gamat:
Zuhairi Ibrahim

Ibu Gamat :
Safura Ya’cob

Anak Gamat :
Muhammad Aidil Solehin Marhalim

Anak Gamat :
Zulaidil Zainal Abidin
Anith Aqilah
Nur Syahida Mohd Marzuki

Belut :
Hazwan Haili

Bintang :
Aniza Jalal
Mohd Yusof Hashim
Natalia Sharihan Mohd Fauzi

Udang Kara :
Muhammad Syamsul Idzham

Tiram :
Norhana Othman
Sarah Erwin

Kurita :
Mohamad Nizam Mohd Yamin
Mazlan Mokhtar
Marup Mustapah
Mahmood Hj. Ibrahim
Razwan Raimin

Ketam :
Ahmad Najib Badaruddin
Iffah Syahirah Ariffen
Noor Erwan Abdul Razak
Ashraf
Kecik
Nazim
Ahmad Zaidyansjah Ruddyansjah

Obor-Obor :
Eewen Teoh
Norfarizan Anuar
Nur Syahiera Masri
Jamaliah Azman
Shahila Shariff
Farah Idayu Mohd Fadzil
Suhailah Awang
Nurmizanun Saari
Nadziratul Fadzilla Kamsan

Ikan Buntal :
Muhammad Shafuan Farouk
Hasbullah Solehin Zamri
Syed Shariman Syed Isa
Rosman Ishak
Avaa Vanja
Mohd Adika Zainal
Azizah Aziz

Ketua Hakim 1 (Penyu) :
Muhamad Syukor Ibrahim

Ketua Hakim 2 (Penyu) :
Sharifah Mariam Syed Abdullah

Ikan Todak :
Tania Zalina Zainal Abidin

Udang :
Shahanaros Shahruddin

Sotong Katak :
Hizati Hidzir

Kuda Laut :
Cut Mutia Teuku Iskandar
Grace Yeoh
Juhara Ayub
Ellyna Ali

Sotong :
Shavirta Edward
Pavithraah A/P Rajendran
Nurul Hana Muhd Hazizi
Raja Nur Aizureen Raja Azahari
Norhasimah Leman

Rambutan Laut :
M. Daniel Aiman M. Azlan
Mohd Haris Muqris Harinto
Erinna Hefleen Azrin
Muhammad Hazim Syazwi
Elhann Sairish Azrin
Qayyum Isqandar Badrul Izwanni
Putera Habib Shah Hadz Abdullah

Umang-Umang :
Ahmad Ashraff Fahmy
Anas Syafiq Othman
Danniel Muhammad Kelvin Razaleigh
Nick Amirul Harith Nick Hamasholdin
Muhammad Syahir Abdullah
Mohd. Iszham Ismail
Ahmad Izzul Faiz Mohd Zuhairi

Baracuda :
Nurzalyeni Adriana Razali
Batrisyia Syazwani Nazri
Siti Asmiera Zulaiqha Hasmuri
Izzat Izzuan Mohd Rodi
Syamsul Izzat Haziq Rahizad
Ahmad Aqil Syazani Ahmad Salman
Mohammad Ikmal Daniel Mohd Faisal
Danish Akmal Shamsuddin
Mohd Haziq Aqeel
Muhammad Nabil D’zulkefli
Amir Aiman Mohd Alias
Norazlida Rosli

Mahatahu :
Halim

Jumlah Keseluruhan Pelakon/Watak : 82 Orang

ZAIFRI HUSIN
PENULIS SKRIP & PENGARAH

Anak kelahiran Muar, Johor  ini mempunyai kelulusan Ijazah pertama dalam Komunikasi (Pengkhususan Filem, TV dan Seni Lakon), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan juga memiliki Ijazah Sarjana Pengarahan Teater dari Middlesex University, United Kingdom. Berpeluang mendalami teknik ‘Mayerhold dan Biomekanik‘ di Russian Federation Theatre Arts Academy of Moscow, Rusia.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam pengarahan teater dan lakonan. Antara lakonan pentasnya seperti Nyonya, Assyura, Rubiah, Lantai T.Pinkie, Selendang Umi, Cucu, Malam Haram, Anugerah, Mencari Juita, Tiang Seri Tegak Berlima, Tun Mamat, Puteri Gunung Ledang, Megat Terawis, Tengku Puteri Salasiah, Beg Sakti, Jambatan dan Nanamun Mantanani.

Sentuhan pengarahannya dalam teater Gadis Melayu dan Bawang Putih Bawang Merah telah menobatkan teater arahannya sebagai johan keseluruhan Festival Kesenian Antara Kementerian bagi tahun 1995 dan 1996. Pernah mengarah teater Sarah , mono drama Angin Mengambang dan Mana Setangginya.

Zaifri begitu sinonim dalam pengarahan teater kanak-kanak. Ini terbukti dengan kejayaan beberapa teater kanak-kanak arahan beliau seperti Bawang Putih Bawang Merah, Taman Baginda, Belalang Kenit, Muzikal Ali Baba dan Gamat.

Teater kanak-kanak arahan beliau, Ali Baba mendapat pengiktirafan Persembahan Terbaik dalam 8th International Children Festival for Performing Arts 2007 di New Delhi, India.

Penglibatannya dalam lapangan seni bukan sahaja tertumpu kepada seni pentas, bahkan turut muncul dalam beberapa siri sitkom TV popular seperti Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Nik & Nina, Cam Ni Cam Tu dan Tok Moh sebagai pelakon undangan.

Kini, Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pengukuhan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

BADRUL ZAMAN ABDUL JALIL
PENGARAH ARTISTIK

Berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Senilukis & Senireka UiTM tahun 1988. Pada tahun 1997, beliau berpeluang menambah pengalaman khusus dalam bidang Senireka Teater di United Kingdom. Bertugas sebagai Penolong Pengarah Senireka di Istana Budaya semenjak 1991, Badrul berpengalaman luas serta bertanggungjawab dalam aspek rekaan set, props, kostum dan solekan untuk produksi terbitan Istana Budaya sama ada teater, tari, konsert orkestra dan koir.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah terlibat dalam lebih 50 produksi teater sama ada sebagai Pereka Set, Pereka Kostum dan Pengarah Artistik. Antara sentuhan set rekaan Badrul, `Tanah Bernanah’ (1992), `Raja Lawak’ (1992), `Kelas 2020` (1992), `Malam Ini Penyu Menangis’ (1994), ‘Bangsawan Lindungan Bulan’ (1995), `Tun Mamat’ (1996), `Puteri Gunung Ledang’ (1996), `Lantai T-Pinkie’ (1997), `Mencari Juita’ (1998), `Siti Zubaidah’ (2000), `Malim Deman’ dan `Cindai’ (2001) dan `Bangsawan Tengku Anum’ (2002).

Sebagai Pereka Kostum, sentuhan kreatif Badrul menyerlah menerusi pementasan randai ‘Kaba Kasih Menanti’ (1994), `Kabur’ (1995), `Osman Sensei’ (1996), `Julius Ceaser’ (1997), `Selendang Umi’ (1998), ‘Mahsuri’ (2002), `Alang Rentak Seribu’(2003), ‘Puteri Hang Li Po’ (2004) dan `Anak Kerbau Mati Emak’ (2004), sementara sebagai Pengarah Artistik, beliau berperanan penting dalam `Konsert Geeta Gangsa’ dan `Malam Gala Festival Kesenian ASEAN’ (2003), `Muzikal Ma Ho Huan’ (2006), `Muzikal Arabia’ (2007) `Bangsawan Laila Majnun’ (2007),  dan ‘Mana Setangginya’ (2009).

Badrul turut diundang dalam beberapa festival, bengkel teater dan tari sebagai panel penilai dan fasilitator, antaranya Festival Teater Sabah (2005, 2007), Festival Teater Kuala Lumpur (2002, 2005), Festival Teater Pulau Pinang (2003, 2004), Festival Tari Malaysia (2003) dan Festival Tari Kuala Lumpur (2002).

Di peringkat antarabangsa, beliau turut terlibat sebagai Pereka Set dan Kostum dalam beberapa produksi Malaysia yang dipentaskan di luar negara, antaranya ASEAN Artistes Creative Interaction di Bangkok (1993), Festival Tari ASEAN di Manila, Sukan Komanwel di Kanada (1994) dan pementasan Ramayana di Madras (1996).

Semasa upacara pembukaan dan penutupan Kuala Lumpur ’98 sempena Sukan Komanwel ke XVI, Badrul turut diberi tugas utama sebagai Penasihat/Pereka kostum dan props dalam acara sukan bertaraf dunia tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

SARINA AZIZAN
PEREKA KOSTUM

Mencintai bidang seni sejak dari bangku sekolah lagi. Pernah menyertai pertandingan lukisan di peringkat negeri pada tahun 1991. Tidak hairanlah beliau sering menyertai beberapa pertandingan melukis di peringkat daerah dan sekolah dari tahun 1993 hingga 1997. Pada tahun 1998, Sarina mula mengembangkan bakat di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sri Manjung, Perak dalam bidang Senilukis dan Senireka Fesyen. Banyak  karya dan dokumentasi yang dikumpulkan sepanjang pengajian di UiTM, antaranya membuat sulaman terpanjang di Malaysia anjuran Jawatankuasa Perundingan Hal Ehwal Wanita Negeri Perak di KLCC, Kuala Lumpur.
Antara produksi teater dan konsert yang pernah menggunakan ilham beliau seperti Ali Baba, Pentas, Teater Putra, Bangsawan MacBeth, Ibu Zain, Konsert Untukmu Ibu- Black Dog Bone, Konsert Gema Zafana, Puteri Sa’adong, Mana Setangginya dan banyak lagi.
Beliau juga turut menyertai beberapa pameran. Antaranya, Pameran Karya Sulaman UiTM, Perak (2002), Pameran Illustration, UiTM  Perak (2001) dan Pameran Sulaman Peringkat Negeri, KLCC. Sepanjang karier dan pencapaiannya, beliau pernah merangkul Anugerah Dekan serta Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan (2008), Istana Budaya.

TENGKU IEFIZULASYRIFIE PUTRA TENGKU ALAUDIN
PEREKA KOSTUM

Penuntut ASWARA ini mengambil jurusan Diploma Teater bermula tahun 2006 hingga 2009. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara pada tahun 1995 – 1998, seterusnya menyambung pengajian di Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy sehingga tahun 2000 dan akhirnya menamatkan zaman persekolahan di ADNI Integrated Islamic School pada tahun 2001-2005.
Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan pentas dalam Gamat@Perlis dan Jelebu (arahan Zaifri Husin) 2007,  Gamat (arahan Zaifri Husin) 2007, Siti Di Alam Fantasi (arahan Aminah Rhapor) 2000, Laila Majnun (arahan Aminah Rhapor) 1999, Taman Baginda (arahan Zaifri Husin) 1998, Mencari Juita (arahan Siti Rohayah Attan) 1998, Taman Baginda (arahan Adlin Aman Ramli) 1997, Bawang Putih Bawang Merah (arahan Zaifri Husin) 1997, Anugerah (Rosminah Tahir) 1997 dan banyak lagi.
Selain dari itu, beliau turut aktif dalam bidang penyiaran, di mana beliau telah  terlibat dalam produksi Hijrah Remaja (Astro) 2006,  Iklan ‘Cekodok Adabi’ (Lensa Filem) 1999, Iklan ‘Negaraku’ (Lensa Filem) 1999, Suara Latar Iklan Radio “MAHA 1999” (Astro) 1999,  Iklan ‘Proton Tiara-Raya’ (Lensa Filem) 1998, Iklan ‘Safety at the park’ (KKM/Lensa Filem) 1998 dan Eiman Alone (FILM) (arahan Dato’ Rahim Razali) 1998.
Turut berbakat dalam bidang sinografi dan perekaan. Antara pengalaman lain yang pernah diceburinya adalah Sinografi Antony & Cleopatra (2009), Pengurus Pentas untuk teater Makyung Raja Kecil Dawa Laksana (2009), Pereka kostum dan Wardrobe master untuk Gema Merdeka: Muzikal Tun Abdul Razak (2008), Sinografi Jamban 1 & 2 (2008), Pengurus Pentas No Exit/Jalan Mati (2008), Pereka kostum dan Wardrobe master ‘Vertigo’ (2008), Pereka kostum dan Wardrobe master Gamat (ET) (2007), Pereka kostum ‘Lawyer Dahlan’ (2006) dan banyak lagi.
Pemuda berusia 21 tahun ini pernah merangkul Anugerah Pelajar Terbaik dan Pustakawan terbaik pada tahun 2005 dan pernah mewakili Malaysia untuk the 9th Annual World Children’s Baseball Fair di Shizuoka, Jepun pada tahun 1998.

MARZUKI ABU HASSAN
PEREKA PROPS

Anak kelahiran Perak ini pernah berkhidmat di Muzium Negeri Kedah selama 20 tahun sebagai pereka. Mula berkhidmat di Istana Budaya pada tahun 2003. Marzuki banyak terlibat dalam bahagian grafik (merekacipta poster dan buku program). Antara produksi yang pernah melibatkan beliau, Konsert 100, Suzana @ 60, Konsert Bahtera Merdeka, Nyonya, Konsert Hari Ibu Bersama Black Dog Bone dan banyak lagi. Selain itu, beliau turut terlibat dalam rekaan props untuk persembahan teater seperti Anak Kerbau Mati Emak arahan Mior Hashim Manap.
Banyak terlibat dalam pameran-pameran anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) seperti pameran merakyatkan seni dan pameran produksi-produksi anjuran Istana Budaya. Juga pernah terlibat dalam pameran-pameran lukisan di Kedah, Perlis dan Kuala Lumpur (Balai Seni Negeri Kedah, Bank Negara dan Balai Seni Lukis Negara). Marzuki, adalah salah seorang artis kumpulan Pelukis Istana Budaya.

MOHD TERMIZE MOKHTAR
PEREKA SET

Mula berkhidmat di Istana Budaya pada tahun 2003 sebagai Pereka Grafik dan kemudiannya sebagai Pereka Props. Banyak terlibat dalam produksi seperti Muzikal Cheng Lock, Dramatari Pentas, Konsert Istana Cinta P.Ramlee dan Saloma bersama Siti Nurhaliza, Muzikal Ibu Zain dan Impak Maksima The Muzikal.

ELIZA MUSTAFFA
KOREOGRAFER

Pemegang Diploma Seni Tari, Akademi Seni Kebangsaan (kini ASWARA) ini banyak terlibat dalam bidang lakonan dan tarian. Antaranya adalah Makyung “ Anak Raja Gondang”,  Makyung “ Rama dan Sita “, Randai “Anggun Nan Tungga”, Pelayaran Nur Atma, Muzikal Adat Pepatih, The Birds, Teater Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Teater Kanak-Kanak ANA, Teater Lantai T. Pinkie, Teater Tanggang, Bangsawan Laksamana Bentan, Muzikal Uda dan Dara, dan terkini adalah Intan Yang Tercanai karya Dato’ Noordin Hassan.

MD DESA RAHMAN
PENOLONG KOREOGRAFER

Dilahirkan di Negeri Sembilan.  Beliau pernah bekerja di Angkatan Seni Baru Yayasan Negeri Sembilan sebagai Koreografer selama 20 tahun. Beliau mempelajari Seni Tari di Padiepokan Bagong di Jogjakarta, Indonesia.  Sepanjang kerjaya seninya, beliau sering kali mengikuti kursus-kursus seni anjuran Kementerian Kebudayaan dan Warisan Malaysia.  Muzikal Gamat merupakan teater pertama penglibatan beliau dalam pementasan teater.

MOHD HAFIZ ASKIAK
KOMPOSER

Dilahirkan pada 12 September 1969 , Mohd Hafiz Askiak adalah Pensyarah di Jabatan Teater, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana,  Shah Alam. Beliau berpengalaman luas dalam  penggubahan  lagu dan bertindak sebagai Pengarah Muzik dalam banyak pementasan. Antara penglibatan beliau dalam bidang seni adalah seperti Tanah, Air, Api dan Angin, Jati, Selendang Jiwa, Bukan Lalang ditup Angin, Salah dan  Muzikal Kanak-kanak Ali Baba. Beliau juga pernah terlibat sebagai guru vokal bagi pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Scha Al-Yahya di Pelancaran Filem Libas

Ulasan Filem UP