Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sinopsis Filem Cinta Yang Satu



Sinopsis Cinta Yang Satu
Zulaikha (Sharifah Sofea) dan Wira (Zul Huzaimi) mempunyai sejarah cinta yang panjang sejak dari bangku sekolah lagi. Kini Zulaikha sedang melanjutkan pelajarannya di seberang laut. Wira pula mengendalikan perniagaannya, dan ketika inilah dia menemui rakan sekolah Zulaikha, Jamilah (Siti Elizad). Jamilah bekerja di di sebuah cafeteria di mana Wira selalu bersarapan pagi di situ. Pengenalan yang biasa-biasa itu menjadi bertambah mesra bila Wira terpilih menjadi pelanggan bertuah untuk menikmati cuti percuma bersama kakitangan café tersebut ketika menyambut ulangtahun café itu yang ketiga. Wira menjadikan Jamilah teman wanitanya demi mengisi masa lapang yang membosankan. Zulaikha pulang bercuti dan menyaksikan sendiri kemesraan Wira dan Jamilah. Zulaikha merajuk. Wira memujuk dengan gayanya sendiri sehingga hampir-hampir menjadi mangsa parang panjang pembantu rumah Zulaikha. Sejak itu perhubungan mereka mesra semula dan mereka mengambil keputusan untuk bertunang. Di hari pertunangan itu, Jamilah datang menuntut keadilan. Apakah yang akan berlaku dengan pertunangan Wira dan Zulaikha, dan adakah Jamilah berjaya menuntut keadilan seperti dihajatkan.

Antara pelakon yang Filem Cinta Yang Satu arahan Zulkeflie M. Osman tulisan cerita Shafiuddin Shariff ini ialah Sharifah Sofea, Zul Huzaimy, Siti Elizad, Ezany Nizariff, Sheera, Abon, Aida Rahim, Harun Salim Bachik, Enot atau Jojo, Nabila anak Amy Search, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Julai 2007.

Jom lihat foto dan gambar still dari filem Cinta Yang Satu. Sila Klik [ DI SINI ]

[tags]Sinopsis, Filem, Cinta Yang Satu, Sharifah Sofea, Zulkeflie M. Osman, tips cinta sejati, Shafiuddin Shariff, Zul Huzaimy, Siti Elizad, Ezany Nizariff, perkahwinan Ezany, Sheera, Abon, Cara memikat lelaki, perempuan cantik, karipap, resepi, cinta karipap, Aida Rahim, Harun Salim Bachik, Enot, Jojo, Nabila, Amy Search, Harun Salim Bachik[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Sinopsis Estet Lakonan Farid Kamil dan Jayashree
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Sinopsis & Trailer Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang
  • Sinopsis Filem SEPI Arahan Khabir Bhatia Skrip Mira Mustapha & Ara
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • Azwan Ali Gedik?
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 7
  • KRU Pecat Adam AF2?



  • Satu Komen untuk entri “Sinopsis Filem Cinta Yang Satu”

    1. shah kata:

      nabila,elyana,liyana jaymay mmg stail habih

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK