in

Sini Motor Program Baharu di TVi

Dalami Bidang Permotoran, Atasi Rasa Fobia dan Kongsi Konflik Watak Dalam 4 Program Baharu di TVi

Mendekati golongan remaja yang gemarkan sukan dan aktiviti lasak, RTM menerusi saluran TVi mulai Jun ini menyediakan beberapa program yang dapat memenuhi citarasa kelompok sasaran ini. Bermula tayangan program Sini Motor yang telah disiarkan mulai 19 Jun lalu, setiap Selasa, jam 2.30 petang) dan diikuti program Ada Berani? bakal menemui penonton mulai 28 Jun 2012, setiap Khamis, 2.30 petang.

Sini Motor Program Baharu di TVi

Masing-masing menampilkan pengacara yang tidak kurang hebatnya dalam bidang lasak dan mencabar iaitu program Sini Motor dikendalikan oleh Alif Satar manakala Ada Berani? pula dihoskan oleh Rina Omar yang mengajak penonton mengatasi perasaan fobia yang seringkali membataskan hasrat seseorang mencapai impian mereka.

Sini Motor mengajak penonton ‘terjun’ mendalami dunia permotoran yang memaparkan pelbagai infomasi unik tentang motor berkuasa tinggi, teknik berlumba di litar, cara pemakaian semasa menunggang motor, motosikal klasik dan banyak lagi yang menarik. Peminat pengacara kecil molek yang lincah beraksi di hadapan kamera, Rina Omar saksikan program Ada Berani?, sebuah rancangan realiti bagi mengatasi ketakutan alam fobia para peserta. Program ini menampilkan aksi-aksi spontan semasa bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk mengatasi ketakutan mereka.

Bersantai dengan dua drama bersiri yang disiarkan dua hari berturut-turut, Virus Cinta (mulai 21 Jun 2012, setiap Khamis, jam 12.00 tengah hari) dan Ronny Si Libas (mulai 22 Jun 2012, setiap Jumaat, jam 12.00 tengah hari) yang disiarkan sebanyak 13 episod siarannya.

Saksikan kemunculan pelakon yang membintangi drama Virus Cinta yang menampilkan pelakon Rosiah Ali Hassan, Norzahar Ahmad, Firdaus Affendy, Nonny Nadirah dan Marhan Hassan sebelum diikuti Ronny Si Libas lakonan berkesan Safian Bujang, Felisya Crossley, Aidil Aziz, XY Zahari, Shahrizan Salleh dan Siti Aida Mohd. Najwa.

Kongsikan konflik dihadapi seorang pensyarah, Puan Sofia disebabkan pelajarnya, James dalam 13 episod Virus Cinta. Kekaguman James terhadap Puan Sofia menyebabkan pelbagai komplikasi buruk dalam keluarga dan kerjayanya hingga kemudiannya menyebabkan rumahtangga James turut musnah.

Kemudiannya selami kisah hidup seorang pemuda Iban yang cuba ‘dihidupkan’ dalam drama bersiri Ronny Si Libas. Ia mengetengahkan watak utama Ronny yang amat meminati permainan sepak takraw dan ingin menjadi seorang pemain sepak takraw walaupun ditentang kuat oleh teman wanitanya, Betty. Saksikan konflik dan cabaran yang wujud dalam hidup Ronny akibat berkeras untuk berserta dalam pasukan sepak takraw universitinya.

Tontoni program-program menarik ini hanya di TVi.

Sini Motor Program Baharu di TVi

Sini Motor Program Baharu di TVi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Terbaru Forteen Seperti Dulu 29 Februari

Sinopsis Drama Naziha