• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Single Terbaru Once HILANG NALURI

0
  • by Budiey
  • in Album
  • — 15 Oct, 2012

SEBAGAI SEBUAH LAGI HASIL KOMPOSISI DARIPADA KOMPOSER INDONESIA TERKENAL DEWIQ DAN ARIYANTO, TERIMALAH ONCE DENGAN SINGLE TERBARU BELIAU

HILANG NALURI

Elfonda ‘Once’ Mekel atau lebih dikenali sebagai ONCE merupakan seorang bintang yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Pernah dilabel sebagai antara 50 lelaki ter-’seksi’ di Indonesia oleh Majalah Rolling Stone, Once telah mula dikenali sejak beliau menganggotai Dewa pada tahun 1999.

Namanya melonjak naik selari dengan populariti Dewa yang mendapat perhatian menerusi beberapa album termasuk “Bintang Lima”, “Cintailah Cinta”, “Atas Nama Cinta I & II”, dan “Republik Cinta”. Kumpulan ini juga begitu popular dengan dengan beberapa lagu hit seperti “Pupus”, “Arjuna”, “, “Separuh Nafas”, “Sayap-sayap Patah”, “Laskar Cinta”, “Sedang Ingin Bercinta”, dan banyak lagi! Tanpa hanya bertumpu pada negara asal kumpulan ini, iaitu Indonesia, lagu-lagu oleh Dewa juga turut mendapat sambutan yang hebat di Malaysia!

Sejak secara rasmi keluar daripada kumpulan Dewa pada 2011, ONCE kini bergerak secara solo di bawah label Aquarius Muzikindo. Terbaru, ONCE muncul dengan album solo pertama berjudul “ONCE” yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Album ini boleh didapati di pasaran bermula 2hb Oktober 2012 dengan harga hanya RM27.90 !!

Seperti kebanyakan lagu-lagu popular masa kini, ONCE juga mengetengahkan senarai lagu-lagu bertemakan cinta. Namun, setiap kali album ini diputarkan, para pendengar akan berasa senang dan teruja dengan rentak yang enak pada deria pendengaran. Susunan lagu yang dramatik pada setiap lagu bagaikan ‘trademark’ ONCE, menjadikan album ini istimewa dan tersendiri.

“ONCE” memuatkan 10 buah lagu berunsur pelbagai variasi rentak ‘rock’. MYSTIFIED yang menampilkan Gugun Blues Shelter (sebuah band Blues dari Indonesia), merupakan sebuah lagu ‘rock’ dengan elemen ‘blues’. Lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris ini adalah dalam mood rancak yang penuh kejutan (surprise element), menjadikan MYSTIFIED sebuah lagu yang tidak bosan untuk didengari berulang kali.

Album ini turut memuatkan beberapa buah lagu ‘slow rock’ bagi mengimbangi mood lagu-lagu yang dimuatkan. I STILL LOVE YOU, HIDUP INI, MISSING YOU, dan KUCINTA KAU APA ADANYA merupakan empat buah lagu slow rock yang tentunya membuai perasaan para pendengar.

Selain itu, HARI INI JUGA dan SATU DARI SEJUTA merupakan dua buah lagu ‘rock’ yang turut dimuatkan dalam album ini. Lagu-lagu ini disusun dengan iringan muzik ringan, menjadikannya mudah diterima oleh golongan yang menggemari muzik pop. Walaupun disusun dengan begitu ringkas, lagu-lagu ini walaubagaimanapun, masih mengekalkan rentak ‘upbeat’ yang sinonim dengan ONCE.

Dua buah lagu yang turut dimuatkan dalam album ini adalah lagu-lagu yang tidak asing lagi bagi peminat ONCE. PASTI UNTUKMU merupakan sebuah single yang telah dipersembahkan sejak tahun 2009, manakala DEALOVA adalah salah satu lagu yang pernah digilai oleh peminat kumpulan DEWA di Malaysia.

Pada album solo sulung ini, ONCE mempertaruhkan single HILANG NALURI sebagai single pertama beliau. HILANG NALURI merupakan sebuah lagu ‘rock’ yang penuh dengan unsur dramatik. Sesuai dengan penulisan lirik oleh Dewiq yang penuh bersastera, lagu ini disusun dengan penggunaan instrumen orkestra yang pelbagai, menjadikan HILANG NALURI sebagai sebuah lagu yang sarat dengan ekspresi.

Hasil komposisi Dewiq dan Ariyanto ini sungguh teliti. Kisah kehampaan dan kemarahan yang diceritakan pada lirik turut diterjemah pada iringan muzik. Melodi dan lirik HILANG NALURI yang disusun begitu teratur, menjadikannya bersatu menterjemah segala isi tersurat dan tersirat lagu ini. Setiap unsur yang diolah dengan sempurna menjadikan lagu ini sangat enak pada pendengaran para pendengar.

Once Album Cover

Lirik HILANG NALURI

Mawah merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan
Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku
Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah
Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi
Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh
(Matilah kau)
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia

HILANG NALURI kian menambat hati para pendengar radio apabila lagu ini kini mendaki carta stesen-stesen radio tempatan. Ternyata lirik “Matilah kau” yang dinyanyikan suara lunak ONCE menjadi kegemaran peminat muzik ‘rock’ tanah air!

Bagi yang ingin mengabadikan HILANG NALURI sebagai nada dering, anda boleh turuti arahan muat turun berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*280421# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*168213# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0173268 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*399216# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gambar Sekitar Pertandingan Bowling Dynas Bersama Peminat
  • Next story Peraduan Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 19

ENTRI BERKAITAN

  • Cinta Pertama Bunga Citra Lestari 28 May, 2007
  • Lirik Lagu RUMAH KITA Hujan 25 May, 2012
  • Imagine Dragons Universal Music Malaysia 5 Mar, 2013
  • Kangen Band Kini Didatangkan Bersama Golden Ticket 9 Nov, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Juan on:Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • kucinghitam on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Khairullah on:Perubahan Wajah Zoey Dulu Dan Kini
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
    • Suria FM Guna Trak Untuk Promosi
    • Peraduan Duta Belia & Nissan ALMERA Playlist
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.