in

Single Terbaru Jinbara NEBUCHAD

Kini Jinbara muncul lagi dengan single terbaru NEBUCHAD. Walaupun menyelitkan unsur modern dalam single terbaru mereka kali ini, Jinbara masih mengekalkan rentak rock klasik, menepati citarasa peminat setia band ini, serta mampu menarik minat peminat muzik generasi muda!

Jinbara sebagai sebuah band yang cukup terkenal dengan lagu “Farhana” ini, kini muncul dengan single terbaru mereka “Nebuchad” di bawah edaran Warner Music Malaysia. Berbeza daripada lagu-lagu mereka sebelum ini, “Nebuchad” menggabungkan ‘rock’ klasik dengan unsur pop modern, menjadikan lagu ini unik dan bakal menarik minat golongan muda disamping peminat setia mereka yang ratanya golongan pertengahan. Selain daripada menampilkan Jinbara dengan imej yang berbeza, “Nebuchad” sekaligus menjadi aset bagi Jinbara meluaskan empayar mereka di arena muzik tempatan. Senilagu dan senikata oleh Kuncidemak, “Nebuchad” walau bagaimanapun masih mengekalkan karakter asal Jinbara sebagai band ‘rock’ klasik tempatan.

jinbara-interpretasi-mental

Seperti kisah cinta hebat antara Romi (Romeo) dan Juli (Juliet), Adam dan Hawa, Laila dan Majnun, kini Jinbara akan berkongsi dengan peminat muzik tanahair tentang kisah percintaan teragung yang dipetik daripada epik cinta zaman klasik Roman. Kalau Shah Jahan telah menghadiahkan Taj Mahal kepada kekasihnya Mumtaz Mahal dan sehingga kini menjadi monument terkenal dunia, “Nebuchad” adalah berkisar tentang percintaan teragung Nebuchadnezzar yang telah membina Taman Tergantung Babylonia sebagai istana cinta yang tidak ternilai buat isteri tercinta, Amytis. Dengan berlatar-belakangkan Babylonia, lagu ini menggunakan perumpamaan seperti ‘taman babylonia’ dan ‘istana cinta’ bagi menggambarkan keindahan cinta yang Maha Agung. “Nebuchad” turut menyelitkan perihal kesetiaan dalam percintaan menerusi beberapa perumpamaan lain yang dinyatakan pada bahagian verse lagu ini.

VIDEO KLIP NEBUCHAD NEZZAR

Selain daripada watak utama Nebuchadnezzar dan pasangannya Amytis, lagu ini turut menyelitkan karakter kisah cinta klasik Roman lain, Marcus Antony dan Cleopatra, mengimbau memori pendengar pada era kegemilangan Rom suatu waktu dahulu.

LIRIK NEBUCHAD NEZZAR
Senilagu & Senikata: Kuncidemak
Hakcipta Senilagu & Senikata: Onyx Garland Sdn Bhd

Kalau aku Nebuchadnezzar dan kau Amytis ku
Kan ku bina taman babylonia hanya untuk mu

Cinta begitu indah sekali…

# Kaulah oh kekasih pujaan hati ku
Oh kau lah mimpi segala mimpi
Degupan jantung ku membisik nama mu
Kerana rindu ku pada mu

Tiada yang lain tiada yang sama
Yang bisa menakluk istana cinta ku
Oooh… kaulah cinta.

Kalau aku Marcus Antony dan kau Cleopatra ku
Sanggupkah kau menggadaikan semua hanya untuk ku

Cinta begitu indah sekali…

# Kaulah oh kekasih pujaan hati ku
Oh kau lah mimpi segala mimpi
Degupan jantung ku membisik nama mu
Kerana rindu ku pada mu

Bagi penggemar irama rock klasik, juga peminat-peminat Jinbara, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu “Nebuchad” sebagai nada dering anda. Bagi Maxis Caller Ringtones, sila tekan *131*167478# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0086298 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones bagi lagu ini pula, sila taip *118*5*2*222535#, dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my, manakala bagi Celcom Call Me Tones, taip *118*85674# dan tekan call/send ataupun layari http://www.channelx.com.my. Selain itu, anda juga boleh layari http://music.ovi.com/my untuk mendapatkan lagu ini!

Jinbara NEBUCHAD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Kata Wanita Istimewa Segmen Ziarah Ramadhan

Cabaran Abby Abadi Menyamar Jadi Gila di TV1