in

Single Terbaru Ella Menyanyilah La La La

RATU ROCK MALAYSIA KINI MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU “MENYANYILAH LA LA LA‘’!

ELLA – LIRIK LAGU MENYANYILAH LA LA LA

Ratu Rock Malaysia, Ella, kini muncul lagi dengan single terbaru beliau “Menyanyilah La La La” ! Lagu ini merupakan kolaborasi yang julung kalinya antara Ella dengan penulis dan penerbit lagu yang sedang meningkat naik iaitu Taja dari kumpulan Meet Uncle Hussein !

Menerusi melodi yang ‘catchy’, lagu yang bercirikan modern rock ini merupakan sebuah lagu ringan yang mudah dinyanyikan. Sentuhan kreatif Taja dalam berkarya membuahkan hasil yang menarik apabila elemen melayu klasik dimasukkan menerusi alunan melodi unik yang mengiringi lagu ini. Di tambah pula dengan gemersik suara serak ala ala manja oleh Ella dengan ekspresi tersendiri beliau, lagu ini tentunya menarik dan disukai para pendengar !

Menyentuh aspek penulisan lirik, “Menyanyilah La La La” mengisahkan perihal cinta yang didambakan. Lirik oleh Tun Teja yang amat sinonim dengan Taja mengekspresikan jiwa yang tidak keruan tanpa cinta. Beliau mengibaratkan betapa sepi sang pencinta tanpa cinta, dan betapa sang pencinta amat mendambakan kehangatan cinta. Oleh itu, bagi mengubat jiwa yang lara ini, menyanyilah la la la..

Menyanyilah La… La… La…
Senilagu: Taja MUH
Senikata: Tun Teja
Hakcipta Senilagu & Senikata: Taja Archive Publishing

Di sebalik sejuta bayangan wajah
Tiada satu mampu ku lihat
Bagai debu yang berterbangan
Sekelip hilang

Tersembunyi tangisan dalam ketawa
Menagih kasih tanpa cinta
Bagai lagu tanpa irama
Pincanglah asmara

Korus:
Tercipta nada laguku mengikut hati yang resah
Menyusun kata laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah la… la… lalala… lalala… lalala…
Menyanyilah la… la… lalala… lalala… lalala…

Ku mencari jawapan dan kepastian
Tak ingin lagi bersendiri
Agar tiada sepi hati
Mekar mewangi

Tersembunyi tangisan dalam ketawa
Menagih kasih tanpa cinta
Bagai lagu tanpa irama
Pincanglah asmara

Ulang Korus

Ku dambakan kehangatan
Belaian mu oh cinta
Kaku jasad tak bernyawa

Di sebalik berjuta bayangan namun tak ku lihat
Mencari kasih dan cinta bersatu dalam irama

Ulang Korus

Ella

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Increased PSC for AirAsia International Flights

Anuar Zain Perform di Konsert Jom Heboh 2011 Bukit Jalil