in

Singgah Sahur Ramadan 2010

’KASIH RAMADAN TV3’
Singgah Sahur – (8 Episod) Jumaat & Sabtu, jam 12.30t/malam, mulai 14 Ogos
Siaran ulangan pada Sabtu & Ahad, jam 6.30petang mulai 15 Ogos
Episod pertama disiarkan secara langsung malam Rabu, 11 Ogos (Melaka)

‘Singgah Sahur’ program masih mengekalkan konsep mendekati kumpulan atau individu terpilih telah masuk tahun ke-6, dengan menyampaikan sedikit sumbangan dan seterusnya mengerjakan ibadah sunnah dengan menjamah hidangan sahur bersama mereka.

Pihak produksi memilih lokasi yang sesuai dan bertepatan dengan isu-isu kemanusiaan, kisah-kisah perihatin dan melawat tempat–tempat yang mempunyai kisah unik tersendiri seperti Kampung Permatang Duku, Pontian yang diangkat sebagai kampung contoh terbaik mengaplikasikan konsep pembangunan luar bandar dan juga Jeti Nelayan, Pulau Pangkor.

Seperti tahun sebelum ini, sekali lagi Ally Iskandar bersama personaliti TV3 yang lain seperti Fedtri Yahya, Nurul Syuhada, Zakiah Anas, Teh Syuhada dan ramai lagi, akan menjelajah ke lokasi-lokasi di Perak, Johor, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Hotel Halal Pakej Berbuka Puasa 2010

Gossip Selebriti Pilih Bulu