in ,

Sinematografi Terbaik Filem JELMAAN Lakonan Raja Ilya

Selepas sambutan hangat berjaya diraih filem Cinta Paling Agung, kali ini Astro menerusi Astro First Eksklusif tampil dengan sebuah filem baru berjudul Jelmaan. Filem yang bergenre seram ini mendapat sentuhan pengarah tersohor Indonesia, Sridhar Jetty dan diteraju oleh pelakon popular tanah air seperti Raja Ilya, Keith Foo, Mia Sara dan Rykarl Iskandar. Menariknya, filem ini menjanjikan sinematografi yang memukau kerana keseluruhan pengambaran filem dijalankan di Indonesia.

Filem Jelmaan mengisahkan sebuah tragedi yang telah mengubah kehidupan sebuah keluarga bahagia. Tidak disangkakan, percutian di Jogjakarta yang sudah lama diidamkan menjadi mimpi ngeri buat Lina (lakonan Raja Ilya), Lia (lakonan Mia Sara), Adi (lakonan Rykarl Iskandar) dan Harun (lakonan Keith Foo) apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh tiba-tiba menghantui kehidupan mereka.

Demi kasih sayang terhadap anak-anaknya, Lina bermati-matian melindungi Lia dan Adi. Keadaan bertambah rumit apabila beliau bersendirian menghadapi semuanya tanpa kehadiran suamiya, Harun di sisi. Bagaimanakah nasib mereka sekeluarga? Mampukah mereka mengecap semula kebahagiaan yang diragut? Sama-sama kita saksikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fitbit Helping People of Malaysia Be Healthier

Gambar Pra Perkahwinan Pelakon Shukri Yahaya