Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sidang Media Sebelum Majlis Sanding Ning & Omar



Ketika sidang media yang diadakan sebelum majlis persandingan, Ning Baizura kata dia sangat berpuas hati dengan segala perancangan yang disusun rapi dan bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Segalanya telah disempurnakan dan hanya tunggu masa untuk melangsungkan dan meraikan bersama jemputan.

Ning berpuas hati dengan floor plan terutama untuk prop set Kampong Nekmat. Rehearsal yang dijalankan malam sebelum acara juga agak memenatkan sebab terpaksa dibuat hingga ke lewat pagi. Ning tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Matrade yang sudi menaja lokasi. Ning mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kuzie Catering, Puan Roslina Blooming, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dan isteri yang sudi membantu untuk upacara menyuap pulut kuning.

Lokasi Matrade menjadi pilihan Ning walaupun ada banyak hotel tampil untuk menaja. Namun, idea ala kampong sudah tentu tidak akan dapat menjelmakan idea unik itu jika dibuat di hotel.

Majlis tidaklah terlalu formal kerana Ning Baizura dan Omar bercampur dengan hadirin dan mereka bebas bergambar dan bersalaman.

Menyentuh tentang prop Kampong Nekmat, sungai tiruan telah diisi dengan ikan keli pada petang itu untuk mewujudkan lagi suasana kampung. Segala rujukan untuk prop diserahkan bulat-bulat kepada pereka set. Kalau korang boleh lihat, ada titi, sungai, ada rumah kampong, menara kampong, pintu gerbang dan semua itu seolah satu kampung yang begitu meriah dijelmakan pada malam itu.

Idea ala kampong ini juga untuk dipersembahkan kepada keluarga suami Ning, Omar agar mereka juga dapat menikmati betapa cantiknya budaya Melayu. Jadi, tidaklah nanti shock culture. Famili Omar agak teruja dan excited dengan budaya Melayu terutama silat dan joget.

Rancangan selepas ini, Ning akan bercuti dan berbulan madu. Destinasinya masih dirahsiakan. Ning juga akan bercuti bersama semua famili baru dan akan bekerja semula pada 14 Februari. Pada hari kekasih itu, Ning akan mengadakan persembahan khas Valentines Day di Avanti.

Pengalaman 2 hari menjadi isteri orang? Ning berkata, dia masih lagi sibuk dan masih kesuntukan masa untuk menikmati hidup bersama. Selepas ini, Ning akan berpindah rumah baru dan tinggal bersama suaminya.

[tags]gambar ning sanding, ning omar, bulan madu, tips honey moon, petua kahwin, syokkahwin, blogger hiburan, beritaharian, utusan malaysia[/tags]

Tags: , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ning Baizura & Omar Sharif Bertunang
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Gambar tunang Ning Baizura, Omar Sharif Christopher Layton Dalton
  • Gambar Foto Majlis Ning Baizura Bertunang
  • Gambar Omar Sharif & Ning Baizura Selamat Bertunang
  • Ning Baizura Jadi Puteri Gunung Ledang Dalam Filem Magika
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Gambar Ning Baizura di Sidang Media ABPBH2010
  • Gambar Ning Baizura di Hi Tea 5Star ABP2010
  • Buku Bergambar Dua Dunia Satu Cinta Ning Baizura RM10



  • Satu Komen untuk entri “Sidang Media Sebelum Majlis Sanding Ning & Omar”

    1. nurulhasanah@admin clerk kata:

      tahniah kpd ning dan omar. sy eklas mdoakan moga berbahagia slalu..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK