Sidang Media Sean Kingston BEAUTIFUL GIRL World Tour 2008
Budiey baru sahaja pulang dari sidang media Sean Kingston World Tour 2008 yang diadakan di Maxis I-Centre, KLCC, Kuala Lumpur. Ianya diadakan lebih awal dari apa yang dijadualkan dan dinyatakan di email jemputan yang Budiey terima iaitu jam 2 petang.
Seharusnya pihak penganjur peka dengan masa yang terlalu awal memandangkan ianya dilangsungkan pada hari Jumaat. Tidak mengapa. Mungkin kerana procedure dan kawalan yang begitu ketat, pihak menganjur terpaksa mengikuti segala arahan pengurusan. Namun, Budiey bernasib baik kerana masih sempat untuk mengambil gambar penyanyi rap pop itu ketika acara di Maxis I-Centre bersama dengan peminat.

Selain penampilan khas dari Sean Kingston, acara dihadiri juga oleh Lai Shu Wei; General Manager and Head of Advanced Value Added Services Marketing, Maxis Communication Berhad, Mr Ramesh Nair; Senior Programme Manager Hitz FM dan Adrian Wong CEO Absolute Entertainment.
Penyanyi kepada lagu top seperti Beautiful Girl, Me Love and Take You There akan mengadakan persembahan showcasenya di Zouk Club, Jalan Ampang pada jam 9 malam hingga 11 malam. Esok pula, 12 April Sean Kingston akan menghiburkan peminat sekali lagi di Coco Banana, Sunway Pyramid dari jam 9 malam hingga 11 malam.
Seramai 40 pelanggan Hotlink yang bertuah turut hadir dan bertemu mata serta bergambar dengan penyanyi berkulit hitam itu. Mereka juga turut menerima album CD Sean Kingston dan poster.
Tiket telah dijual di Maxis Centre KLCC, Pavillion, Taipan, Berjaya Times Square dan Taman Tun Dr. Ismail. Sebanyak 600 keping tiket telah diberikan secara percuma kepada pelanggan Maxis dan Hotlink yang memuaturun nada dering Sean Kingston bernilai RM3. Juga HitzFm telah memberikan 900 keping tiket kepada pelanggan Maxis dan Hotlink.
Sebelum ini, Maxis turut membawakan penyanyi luar negara kelas A seperti Gwen Stefani, Rain, Pussycat Dolls, Fort Minor dan Black Eye Peas.




[tags]sean kingston, concert, show case, world tour, rappers, gossip, celebrity, i centre, maxis, hotlink.com.my, maxis.com, Gwen Stefani, Rain, Pussycat Dolls, Fort Minor dan Black Eye Peas, photos, beautiful, sexy girl[/tags]
Tags: beautiful, celebrity, concert, Fort Minor dan Black Eye Peas, gossip, Gwen Stefani, hotlink.com.my, i centre, maxis, maxis.com, photos, Pussycat Dolls, Rain, rappers, sean kingston, sexy girl, show case, world tourClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 11th, 2008 at 10:21 pm
bestnya budiey dpt jompa dia, abby loper nak d/l lagu dia, so x dpt la tiket
have fun k
April 12th, 2008 at 8:13 am
i’ve seen his live clips on youtube. have to say how can a telenless hack like this fellow have a world tour? seriously folks. i would rather watch Seven Collar T Sirt, Butterfingers, Couple or Pop Shuvit in concert than a fat lethargic fool. at least those bands play their own music.
please malaysian telco. support the locals. we dont want imported crap all the time.
kalau nak bawak masuk pun for god sake bring in quality bands like
U2, Radiohead, Pearl Jam, Muse or paling cikai pun Metallica!!
April 12th, 2008 at 9:50 am
dats true also…I watched him in Zouk last night courtesy of a free ticket from a friend who is a Maxis subscriber…temankan dier…was so surprised to see how huge he is….besar/gemuk/ overweight giler badan dier…so after 3-4 lagu dah semput pasal tak fit…but then i salute him jugak la pasal umur 18 tahun jer dah femes worldwide and buat lagu sendiri and the crowd in zouk actually enjoyed his upbeat and enjoyable performance, but i DEFINITELY won’t pay RM120 ( i heard this is the cost of the ticket at the door?)to see this guy sing….on the ticket they said the show will start 9:30 till 11…Sean kingston only appeared at 10:15pm and ended his show at 10:50pm….35 minit jer….nasib baik tiket RM 3..(cost of a ringtone)….