Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sidang Media Program TV Rasa Halal Orient di Hotel Prince



Astro OASIS tampil dengan program masakan berkonsepkan travelog untuk memenuhi cita rasa penonton setia saluran 106.

Setelah memulakan perkhidmatan sepenuhnya pada 13 Oktober lalu, Astro OASIS (Saluran 106 Astro), mengorak langkah dengan menawarkan program masakan baru berkonsepkan travelog, Rasa Halal Orient.

Menurut Pengurus Saluran Astro OASIS, Encik Izelan Basar,

“Menyingkap tentang Rasa Halal Orient, secara jujurnya idea untuk menghasilkan program ini timbul apabila melihat sambutan masyarakat terhadap program-program masakan. Namun bersesuaian dengan intipati program Astro OASIS yang menjurus kepada gaya hidup muslim, maka pihak Astro OASIS terpanggil untuk melahirkan sebuah program masakan yang bertemakan makanan halal. Bagi mencetuskan kelainan, Astro OASIS memilih untuk menampilkan program masakan berkonsepkan travelog yang lebih santai dan dekat di hati penonton.”

Pada majlsi yang sama, Astro Oasis turut mengumumkan penglibatan Farah AF2 sebagai pengacara rogram Rasa Halal Orient. Bersesuaian dengan saluran gaya hidup muslim,  Farah AF2 turut tampil bertudung dalam menjayakan program ini.

Kenali Masakan China di Rasa Halal Orient Di Saluran Astro Oasis
Dalam jangkamasa 15 hari, sebanyak 13 episod Rasa Halal Orient telah selesai menjalani pengambaran di Xian, China bermula 26 Januari 2008. Selain menampilkan resepi masyarakat Xian, Rasa Halal Orient turut menjelajah ke Great Mosque dan dua buah masjid lama di Xian. Tidak ketinggalan, Rasa Halal Orient turut menampilkan suasana di Muslim Street dan restoran-restoran yang menyanjikan makanan halal di Xian. 

Dengan durasi 30 minit, program Rasa Halal Orient bakal menemui penonton pada setiap hari Jumaat, jam 10.30 pagi bermula 18 April ini di saluran Astro OASIS.
 
Pada majlis itu juga Astro OASIS turut menampilkan tetamu istimewa, Imam Haji Mohd Fudail Ma yang didatangkan khas dari Xian, China.

Comelkan Farah bertudung? Nampaknya, bertambah la berat Farah kita ni sebab dalam program ni kerja Farah makan aje memanjang. Nasib baik cuaca kat sana sejuk sampai Farah menggigil. Cuaca sejuk bersalji boleh mencairkan dan memecahkan lemak-lemak dalam badan.

Kredit foto dari kamera krew penerbitan Rasa Halal. Terima kasih.

[tags]Program tv, Rasa Halal Orient, izelan basar, astro oasis, travelog, tips kurus, lipo, surgery, obesity, travel blog, tour china, matta fair, program masakan, chef popular, farah breep, gambar farah bertudung, cover muslim[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Farah AF2 Bertudung Dalam Rasa Halal Orient Astro Oasis
  • Gambar Terbaru Farah di Sidang Media Pengumuman Calon Pelajar AF7
  • Japanese Traditional Costume Day at Pavilion KL
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Kate Middleton
  • Senarai Hotel Halal Pakej Berbuka Puasa 2010
  • Sexiest Pics of Harry England’s Last Single Prince
  • Farah Diana Anuar Kini Bertudung
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2



  • 9 Komen untuk entri “Sidang Media Program TV Rasa Halal Orient di Hotel Prince”

    1. amar182 kata:

      memang comel bile pakai tudung…;)

    2. bah kata:

      pakai tudung macam ni kan cantek. tak rimas mate memandang. =)

    3. obefiend kata:

      BAH

    4. obefiend kata:

      macam ni la cantek.bukan macam Sister Siti of Jerantut Holy Communion Church

      hahaha. i always love Farah. she s now 100% cuter than ever. that smile! wa waa weee waaaa.!!

      keep it up farah my dear.

      p/s: the last pic is hilarious.. too cold to eat ke? hehehe..

    5. mawar kata:

      ye le..comey sgt2 bile die pki tdung..especially tdung itam + sweater putih tu..adui..jeleznye aku..huhu..hrp2 1 ari nnti fara akn kekal ngan imej ni..kn cantik.. :) (pdhal dlu aku xska die pn..ati mnsia..bleh brubah..huhu..)

    6. wirda kata:

      yup… she looks so demurely sweet… tk perlu nk pakai ala2 nampak leher utk kelihatan menawan. sy menyokong fara pakai tudung!!!

    7. siti hajar kata:

      Teruskan amalan mu

    8. nurfarahim kata:

      comel k.farah pakai tudung tp klu tk pakai tkde kejelitaan.kekalkn image mmakai tudg yer,dr pndangan saya lagi cantik klu k.farah pki tdg n jubah.(^-^),,,,

    9. jarmeal kata:

      At last termakbul jgk hajat nk tgk Farah pakai tudung : ) ternyata ayu sgt2 Farah subhanallah. Nti kna sketch potret baru ni kekeke : D : D

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK