in

Sidang Media Pelancaran Sarimah Signature Series

Pada 24 Oktober lalu, Sidang Media Pelancaran Sarimah Signature Series telah diadakan di Dewan Gulam, Kota Damansara jam 3 petang.

Mulai bulan September 2012, Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad adalah pengasas, pemilik dan pemegang saham syarikat Primadona Worldwide Sdn Bhd yang mengeluarkan rangkaian produk kesihatan Sarimah Signature Series yang dihasilkan melalui Teknologi Dwi Sel Induk yang Diperkasa dengan Ozon (Ozone Fortified Double Stem Cell Technology).

Dato Sarimah Ahmad

Berbeza dengan produk berasaskan sel induk di pasaran yang hanya mengandungi satu jenis sel induk dan tiada khasiat ozon, rangkaian produk Sarimah Signature Series mengandungi kebaikan dua jenis sel induk tumbuhan, diperkaya dengan khasiat ozon serta mempunyai bahan aktif tambahan untuk menjaga kesihatan sel.

Untuk mengelakkan penipuan dan kekeliruan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, semua kotak produk Sarimah Signature Series iaitu Sari AgeGard, Sari StemShape dan Sari StemSerum mempunyai gambar serta tandatangan Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad.

Bermula dari bulan September 2012 juga, Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad tidak lagi mewakili ataupun terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana syarikat, selain daripada syarikat miliknya iaitu Primadona Worldwide Sdn Bhd.

Pihak pengurusan Primadona Worldwide Sdn Bhd tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang masih menggunakan nama, imej atau sebarang aspek yang berkaitan dengan Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad dalam sebarang kaedah promosi sama ada melalui acara, media cetak atau media elektronik termasuk tetapi tidak terhad kepada brosur, flyers, banner, bunting, laman web dan rangkaian sosial internet.

Dato Sarimah Ahmad

1. Latarbelakang Ringkas & Profile Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad
Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad merupakan seorang pelakon yang terkenal dalam industri filem dan drama Malaysia dan dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang. Beliau berusia 19 tahun apabila muncul dalam filem pertamanya, Ali Baba Bujang Lapok dalam tahun 1961. Filem tersebut telah meningkatkan popularitinya dan gabungan kebolehan lakonan, keayuan serta keanggunannya telah menjadikan Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad sebagai ikon filem Melayu, terutamanya pada zaman kegemilangan industri tersebut di Studio Jalan Ampas, Singapura.

Salah satu filem yang dibintanginya, Ibu Mertuaku, telah memenangi anugerah Fotografi Hitam dan Biasa Terbaik di Festival Filem Asia Ke-10 pada tahun 1963 dan pada tahun 1981 beliau telah menerima anugerah Pelakon Terbaik melalui filem Dia Ibuku di Festival Filem Malaysia Kedua. Di antara pencapaian beliau yang lain termasuk :

• Anugerah Selendang Kehormat Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia pada tahun 2007

• Anugerah Khas Pelakon Veteran Wanita di Festival Filem Malaysia ke 23 pada tahun 2010.

• Pelantikan sebagai Pengerusi Kehormat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pada tahun 2011.

• Ijazah Kedoktoran Kehormat Perubatan Alternatif dari Asia Pacific Open University of Martial Arts (APACMA) pada tahun 2012.

Kecantikan semulajadi Dato’ Dr Hajah Sarimah telah mendorong syarikat produk kecantikan Max Factor untuk melantik beliau sebagai modelnya pada suatu ketika dahulu dan imej beliau seringkali menghiasi muka hadapan majalah-majalah hiburan di Malaya dan Singapura sejak 1960’an lagi. Beliau pernah memiliki Pusat Kecantikan dan Persolekan Sarimah dan berpeluang berkongsi rahsia kecantikan yang diturunkan oleh ibunya dalam buku Petua Kecantikan Daripada Luar Dan Dalam yang diterbitkan pada tahun 2003.

Walaupun telah mempunyai 6 orang anak, 32 cucu dan 4 cicit, Dato’ Dr Hajah Sarimah masih lagi aktif dalam Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan baru-baru ini telah menghadiri forum mengenai filem lakonan beliau “Ranjau Sepanjang Jalan” yang diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Filem-filem lakonan Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad

• 1961 Ali Baba Bujang Lapok
• 1961 Si Tanggang
• 1961 Indera Bangsawan
• 1962 Lubalang Daik
• 1962 Neracha
• 1962 Ibu Mertuaku
• 1963 Darah Muda
• 1963 Labu dan Labi
• 1964 Bidasari
• 1964 Tiga Abdul
• 1964 Madu Tiga
• 1965 Sayang Si Buta
• 1965 Dayang Senandong
• 1962 Batu Durhaka
• 1962 Norlela
• 1963 Pilih Menantu
• 1966 Gerak Kilat
• 1966 Sri Andalas
• 1967 Darma Kesuma
• 1968 Kanchan Tirana
• 1968 Raja Bersiong
• 1969 Bukan Salah Ibu Mengandung
• 1970 Dr Rushdi
• 1970 Gelora
• 1977 Menanti Hari Esok
• 1979 Detik 12 Malam
• 1979 Tiada Esok Bagimu
• 1981 Potret Maria
• 1981 Jejak Bertapak
• 1981 Dia Ibuku
• 1982 Kabus Tengahari
• 1983 Ranjau Sepanjang Jalan
• 1990 Warna-Warna Hati
• 1991 Sepi Itu Indah
• 1993 Tarik-Tarik
• 2005 Cinta Madinah
• 2009 Momok The Movie

Dato Sarimah Ahmad

Latarbelakang Penubuhan Primadona Worldwide Sdn Bhd

Primadona Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan pada bulan September 2012 adalah syarikat pertama di dunia yang menghasilkan produk kesihatan menggunakan Teknologi Dwi Sel Induk Yang Diperkasa Dengan Ozon. Sebagai pengasas, pemilik dan pemegang saham syarikat, Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad mempunyai mandat untuk memantau operasi serta menentukan halatuju syarikat agar bersesuaian dengan aspirasi beliau.

Hasrat Dato’ Dr Hajah Sarimah untuk berkongsi rahsia penjagaan usia dan kesihatan menggunakan produk berteknologi tinggi melalui syarikat miliknya sendiri akhirnya menjadi realiti dengan penubuhan Primadona Worldwide Sdn Bhd. Turut membantu beliau untuk mencapai tujuan murni ini adalah barisan mantap rakan kongsi yang terdiri daripada En Musharuddin Mohd (Presiden / CEO), Dr Mohd Nizar Zakaria (Pengarah Eksekutif / Pengarah Perubatan) dan En Mazlan Mohd (Pengarah Kewangan).

Berpandukan ungkapan “Kejayaan itu datang dari hati”, Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad bersama seluruh warga kerja Primadona Worldwide percaya bahawa keikhlasan dan ketulusan hati adalah kunci kepada bukan sahaja kejayaan di dunia malah akan membawa kepada kejayaan yang kekal di akhirat. Beliau yakin bahawa kesihatan akan memudahkan ibadah dan perkongsian pengetahuan penjagaan kesihatan juga akan mendapat ganjaran kebaikan yang berkekalan.

Bertitik tolak dari keyakinan inilah maka lahir rangkaian produk penjagaan kesihatan Sarimah Signature Series yang setakat ini terdiri daripada Sari AgeGard (Penjagaan Usia dan Kesihatan Sel), Sari StemShape (Pembakaran Lemak Dalaman) dan Sari StemSerum (Penjagaan Kulit Wajah). Majlis pelancaran Sarimah Signature Series yang diadakan di Royale Bintang Hotel Damansara pada 14 Oktober 2012 telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh hampir 200 tetamu undangan khas termasuk Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Freddie Fernandez. Majlis tersebut juga menyaksikan pemberian sumbangan awal dari Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad selaku pengasas dan pemilik Primadona Worldwide Sdn Bhd kepada Persatuan Karyawan Malaysia melalui Dato’ Freddie Fernandez sebagai presidennya.

Berbekalkan kesungguhan untuk berjaya, pengurusan yang mantap serta rangkaian produk penjagaan kesihatan berteknologi tinggi yang bertaraf dunia, Primadona Worldwide Sdn Bhd berhasrat untuk menguasai pasaran tempatan dan seterusnya mengembangkan sayapnya di persada antarabangsa dalam masa terdekat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AICI Malaysia Philanthropy Event

Tasha Shila Dilantik Duta Kempen I Love Malaysian Designers