in ,

Sidang Media Mengumumkan Pelakon Filem Mek Ani

Sejak filem Mek Ani dihebohkan di media, banyak spekulasi dibuat terutama siapa pelakon yang akan membintanginya. Dalam pada senarai nama-nama pelakon popular menjadi mainan teka-teki, penerbit Wan Noraini Wan Noh masih mengunci ketat mulutnya.

Namun, segalanya terjawab di sidang media mengumumkan pelakon utama yang akan membintangi filem Mek Ani anjuran Wan’s Production semalam.

Majlis yang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara pada jam 3 petang semalam (1 Julai 2008) telah membongkar pemilihan pelakon sebenarnya berdasarkan karakter dan elemen Mak Yong itu sendiri. Setelah ditapis dan disenarai pendek, akhirnya Wan’s Production telah memilih pelakon berkarakter, Zulhuzaimi Marzuki untuk membawa watak Jali, Ismadi Wakiri sebagai Jusoh dan pendatang baru, Shareena Hadzeem menerajui watak Mek Ani.

Selepas kata-kata aluan dari pengacara majlis, satu persembahan Makyung dari Besut, Terengganu membuka tirai majlis.

Mengadap rebab

Pengerusi Majlis

Mungkin Wan Noraini ada sebab tertentu mengapa mereka ini dipilih. Sudah tentu ianya disesuaikan dengan perwatakan serta jalan cerita yang berdasarkan teater tradisi rakyat Kelantan. Yang paling penting adalah filem ini menggunakan sepenuhnya dialek Kelantan di abad 19 yang mana berbeza dengan dialek Kelantan masa kini.

Aspek kedua ialah ketiga-tiga pelakon ini mempunyai kebolehan menari Makyung dan berpengalaman mempersembahkan taridra itu terutama menuntut di Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).

Turut menjadi tonggak utama dalam filem ini ialah Fauziah Nawi sebagai Wan Yoh dan wartawan popular Berita Harian Abie Abdullah sebagai Che Embong.

Fauziah Nawi tidak dapat hadir. Watak Che Embong memerlukan Abie mengeluarkan mainan dalaman serta ekspresi sesuai dengan watak antagonis yang dikatakan bersifat jahat dalam ‘manis’.

Komposer Adnan Abu Hassan yang mengubah lagu tema untuk filem ini kelihatan hadir untuk menemani anak perempuannya yang turut membawa watak Mek Ani ketika zaman kanak-kanak.

Filem Mek Ani akan diarahkan oleh Arieef Karmahani yang sebelum ini pernah mengarah Azizah The Legend dan Riang Tirana serta beberapa drama dan telefilem.

Dengan kos perbelanjaan sebanyak RM5 juta, filem epik sejarah dan budaya ini dikatakan antara filem yang menggunakan kos paling tinggi. Selain bayaran pelakon dan tenaga belakang tabir, pembinaan set lokasi, kostum dan penggunaan imej janaan komputer (CGI) turut diutamakan.

Paling gempak, filem ini mengunakan lensa kamera ‘anarmophic’ yang biasa dipakai dalam pembikinan filem Hollywood, Hong Kong dan Bollywood. Lensa mahal ini diperlukan untuk menghasilkan visual cinemascope yang berkualiti.

Kata Kak Wan:

“Mek Ani berdasarkan perjuangan saya sebagai manusia, wanita dan usahawan. Cerita saya ini diterjemahkan melalui filem Mek Ani yang mengambil latar konflik manusia dan persembahan makyung lama. Latar masa filem ini ialah sekitar abad ke-19 iaitu dalam tahun-tahun 1870-an.

Mek Ani cuba memperjuangkan keseniaan makyung yang dicintainya. Biarpun dihina kerana menjadi penari makyung. Mek Ani utuh dengan pendiriannya dan tidak mahu makyung juga dihina. Malah dia cuba mempersembahkan makyung sebagai elemen keseniaan yang halis, bukan menjadi pentas maksiat.”

Mek Ani merupakan filem ketiga terbitan Wan Noraini selepas Wanita Bertudung Hitam pada 1992 dan Cinta Yang Satu pada 2007. Tempoh tayangan dilem ini dijangka memakan masa lebih kurang 110 minit.

Pengambaran filem ini akan bermula pada hari ini (2 Julai 2008).

Kak Wan bersama dua wajah Mek Ani. Kanak-kanak berbaju kurung merah itu adalah anak kepada komposert terkenal Adnan Abu Hassan.

Daringnya… Sharina rasa gementar dan tak sabar berlakon filem ini. Babak mencabar adalah detik malam pertama dan adegan Mek Ani diheret oleh Jusoh.

[tags]filem mek ani, kak wan, Arief Karmahani, Balai Seni Lukis Negara, Zulhuzaimi Marzuki, fim epic, seduction, secrets, suhaimi, acha septriasa, awek, birthday gifts, cewek, chairs, dad love, gadis indon, home living, restoran amy search, restoran cheng ho, Ismadi Wakiri, Shareena Hadzeem, abie abdullah, fauziah nawi[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIRTY SEXY MONEY @ 8TV

Video Temubual Bersama Soffi Jikan @ Lokasi Filem Estet