Sidang Media Konsert Jelajah Malaysia 2008 Peterpan Anjuran Celcom
Semalam, Sensasi Selebriti telah dijemput oleh Celcom untuk mengikuti satu sidang media Konsert Peterpan Jelajah Malaysia 2008 yang diadakan di Zeta Bar, KL Hilton, Kuala Lumpur. Terima kasih Celcom atas jemputan dan memberi peluang kepada Budiey untuk mempromosikan konser Peterpan ini kepada pembaca. Sebenarnya semalan, ada dua sidang media dilangsungkan di satu lokasi; satu idea yang baik untuk menjimatkan masa dan juga bajet. Tidaklah macam Rafflesia yang mengadakan sidang akhbar banyak kali untuk satu event. Ops! Camna tu?

Majlis bermula agak lewat 40 minit kerana menantikan Peterpan yang khabarnya hanya datang semata-mata untuk sesi bersama media. Jam 5.20 petang, KC Ismail penyampai Suria FM memulakan majlis dengan mengalu-alukan para jemputan VIP Naib Presiden Bahagian Pemasaran Celcom; Encik Zalman Aefendy Zainal Abidin, Peterpan yang terdiri dari Ariel (vokalis), Loekman (gitaris), Uki (gitaris) dan reza (pemain drum) dan Mr. Tang; wakil dari Clockwork Records.

Sejarah dan profile Peterpan diceritakan serba sedikit oleh KC Ismail untuk mengembalikan ingatan media kepada sejarah kegemilangan Peterpan yang kini Budiey rasa dah semakin malap di Malaysia. Ye lah, sekarang ini zaman kebangkitan muzik indie tempatan. Masih adakah peminat Peterpan di luar sana untuk menyokong konsert ini? Lagi pun, Peterpan agak lama tidak berkunjung ke Malaysia.
Ucapan terima kasih juga diberi kepada semua penaja dan syarikat yang bekerjasama dalam menjayakan Konsert Jelajah Peterpan ini. Antaranya Majalah Konsert, SKNE, Hot FM dan ramai lagi.
Dengan dibawakan oleh Celcom, Konsert Jelajah Malaysia 08 ini akan mengegarkan empat buah negeri iaitu:
- 19 April 2008 – Dewan Sukan Tertutup, Kompleks Sukan Tawau
- 20 April 2008 – Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak
- 26 April 2008 – Stadium Tertutup Johor Bahru
- 27 April 2008 – Stadium Negara, Kuala Lumpur

Sempena dengan Konsert Peterpan ini, Celcom telah menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan. Kepada korang yang mahu ke konsert dengan percuma, hanya beli PAKET KEREN PETERPAN dan reload RM30 dan akan mendapat tiket Zone Celcom percuma. Selain itu, pelanggan celcom juga boleh menikmati kadar rendah panggilan IDD ke Indonesia dan menerima 100 SMS percuma ke Indonesia dengan menambah nilai RM30 dan ke atas.
Budiey melihat promosi ini difokuskan kepada pelanggan yang teridir dari pekerja asing dari Indonesia. Daya tarikan yang meluas dengan niat untuk mendekati pelanggan membuatkan Celcom terus ingin menjadi pilihan nombor satu untuk berhubung. Faktor populariti dan juga kesesuaian dengan imej Peterpan membuat celcom tertarik untuk menerbangkan Peterpan bagi menghiburkan pelanggan dan masyarakat.
Sebenarnya, hubungan Celcom dengan Peterpan sudah lama terjalin. Peterpan pernah menampa sejarah di konsert terbesar meraikan tahun baru 2006 dan pada bulan Mei 2007, Celcom telah memilih Peterpan sebagai IKON BERKUASA CELCOM. Grup rockers dari Bandung Indonesia itu kini giat menjayakan kempen UNBEATABLE; satu kempen di mana celcom memperakui servis terbaik dari segi liputan, kadar, kelajuan dan servis. Peterpan juga telah menyanyikan semula lagu anthem Football Mad Nation yang asalnya dinyanyikan oleh Popshuvit dan Disagree.
Sementara itu, tiket berharga RM35 dan RM75 boleh dibeli di semua gedung Al-Ikhsan, Rock Corner dan Top Ten Stores. Pelanggan juga boleh membeli tiket di lokasi konsert dua hari sebelum konsert. Setiap pembelian tiket disertakan tambah nilai bernilai RM10 PERCUMA.
Dan akhir sekali, Budiey suka untuk meletakkan gambar-gambar untuk pembaca yang suka bangat dengan Ariel Peterpan, khususnya Erin; sahabat gue dan Marini dari Intrend. Moga terlepas rindu kalian pada Ariel. Huhu!






[tags]konsert jelajah malaysia, konsert peterpan, uki, gambar ariel, luna maya, gossip ariel, celcom, x-pac, big jam, konsert tahun baru, bukan di sini, carta top era, hot fm, indonesian music, kau tetap di hati, kumpulan sofaz, lelaki, hari yang cerah, ulasan album, lirik lagu, live in concert, malaysia, muzik, Clockwork Records, menghapus jejakmu, punk rock, sofaz, underground, video klip, stadium perpaduan, reza PETERPAN, tower records[/tags]
Tags: big jam, bukan di sini, carta top era, celcom, Clockwork Records, gambar ariel, gossip ariel, hari yang cerah, hot fm, indonesian music, kau tetap di hati, konsert jelajah malaysia, konsert peterpan, konsert tahun baru, kumpulan sofaz, lelaki, lirik lagu, live in concert, luna maya, malaysia, menghapus jejakmu, muzik, punk rock, reza PETERPAN, sofaz, stadium perpaduan, tower records, uki, ulasan album, underground, video klip, x-pacClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 11th, 2008 at 10:05 am
hahahaa.. Ariel exclusively for me eh..
thanx budiey.. nanti wil do the promo in my blog
nak amek ur info k, allow me..
muaahhss.. muahhsss..
April 11th, 2008 at 10:06 am
Erin, bisa ajah sih… silakan silakan…
April 11th, 2008 at 10:21 am
erin, budiey…
how do u do?
mazen kangen sih sama kalian. ha haa…
April 11th, 2008 at 10:28 am
erks.. mazen.. kemana kamu..??
lama banget menyepi donk..
i ngan budiey ok je..
budiey dah tambah hensem skrg.. hahaha
April 11th, 2008 at 10:48 am
Mazen… budi sihat walafiat sejahtera ajah di sini dong..
loe… gue kangen banget sama kamu wahai peminat ct…. kok kemana menghilang, mazen? pengen jadi silent reader gitu deh?
oh terdekat ni, kok datang join gathering CONGKAK 19 hb ni ya… loe sama erin mesti join this gathering! Miss bangat sama loe lor…
udah langsung kahwin kamu sama cowok?
April 11th, 2008 at 4:11 pm
peterpan again? hey celcom. Butterfingers will be releasing their new album. they need a sponsor. support local music la once in a while.
April 11th, 2008 at 5:29 pm
YA … kenapa peterpan lagi …
di indonesia saja mereka juga sudah tidak laku …..
mungkin orang2 malaysia perlu mendengan AFGAN, D’MASIV, RAN, TIKET. atau penyanyi – penya belia indonesia macam …..MARGARETH .
plis deh … jangan PETERPAN … diindonesia saja mereka nggak laku …selain gosip – gosip mereka .
coba dengarkan :
d’masiv
http://rapidshare.com/files/97123250/d_Masiv_-_Cinta_Ini_Membunuhku-IMZ-v507.zip
or margareth
http://rapidshare.com/files/97244779/Margareth_-_Tak_Tahan_Sepi-IMZ-v507.zip
or afgan
http://rapidshare.com/files/97102311/AFGAN_-_Terima_kasih_cinta-IMZ-v507.zip
April 11th, 2008 at 5:42 pm
peterpan again? hey celcom. Butterfingers will be releasing their new album. they need a sponsor. support local music la once in a while….
I suggest we Malaysians boikot Peter Pan and Celcom until they start supporting our local bands..
April 12th, 2008 at 8:10 am
too right sensible
but then again MAXIS is supporting FAT ALBERT’s concert! we are doomed!
April 27th, 2008 at 3:02 pm
konsert ni pkol bpe ar?
April 27th, 2008 at 10:19 pm
kamu semua jahat tau! Peter pan adalah peminat saya tau… saya berharap peterpan dapat pergi ke Keningau,sabah,malaysia! minggu lalu mereka kat tawau terlalu jauh lah, so saya tak dapat g saksikan tapi peter pan tetap artis idola saya! tq
April 30th, 2008 at 10:34 am
their performance is great n superb.. besides d fact that ariel is so gorgeous! LOL =)
relax la, celcom pun invite nitrus n hujan wat opening act..
n hujan pn perform sgt hebat
anyways i had a great tyme that night..
go peterpan..i’m your sahabat…xoxo
May 5th, 2008 at 12:57 pm
I dah dgr d’Masiv, Margareth and Afgan…still they can’t defeat the superb Ariel and Peter Pan especially in term of the vocal power. Cakap la apa pun, i’m still the big fans until dorang dibubarkan…went to their last concert at Stadium Negara. It was awesome. Sorry guys saya tak boleh nak minat band2 malaysia. for me, they still can’t produce lirik2 yg indah & lagu2 yg boleh mencengkam jiwa
May 6th, 2008 at 5:50 am
@Andie,
Meskipun gw orang Indonesia dan gw sahabat Peterpan, tapi gw nggak setuju kalo elo nggak minat sama band2 Malaysia. Tetap dukung local bands, kalo nggak gimana mereka punya kesempatan untuk maju? Siapa lagi yg akan dukung local acts in Malaysia kalo bukan orang Malaysia sendiri?
BTW, Ariel dan Afgan jelas punya genre musik yg beda, nggak bisa dibanding2kan. Suara serak seksi Ariel emang cocoknya untuk jenis pop-rock, kalo suara seraknya Afgan lebih matang (meski usianya baru 19 tahun) dan lebih cocok ke pop slow atau RnB. Gw sih suka dua2nya. Tapi suara serak yg lagi ngetop di Indonesia dan lagi gw suka banget sampe gw dengar belasan kali sehari adalah suara serak rock Januarisman, kontestan Indonesian Idol. Penampilannya di audisi gileeeee kereennn abizzzz. The best audition ever in Indonesian Idol history. Nggak nyesel deh gw nonton ratusan kali.
Salam
Indie
Sahabat Peterpan, Afganlover, and Januarismania
June 17th, 2008 at 12:10 pm
peterpan masih mantap beb!…cuma belum ada album baru lagi.. tu je yang kurengnya.
June 1st, 2009 at 9:06 pm
ariel tetap vokalis yg keren
n suarana sngt best…
June 11th, 2009 at 3:35 pm
ariel memang co2k dgn luna maya,,,,kapan mau merit neh ??????
August 24th, 2009 at 3:50 pm
Ariel ganteng banget sih loe……kayak pelakon korea….
i luv u peterpan