Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











SIARAN LANGSUNG PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT MANDARIN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE 11



SIARAN LANGSUNG PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT MANDARIN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE 11 PADA 24 OGOS 2008 DI RTM2

Kelangsungan daripada inisiatif pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang buat julung kalinya mengambil inisiatif menyiarkan secara langsung Peringkat Akhir Pertandingan Debat Mandarin Varsiti Antarabangsa kali ke-2, 20 Julai 2008 lalu diteruskan menerusi siaran langsung Pusingan Akhir Pertandingan Debat Mandarin Antara Universiti Malaysia Kali Ke-11 pada 24 Ogos 2008  (Ahad), jam 06.30 petang dari Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur menerusi RTM2.

Menerusi pertandingan anjuran Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama  RTM yang diadakan bermula 08 Ogos 2008 lalu sebelum berlangsungnya peringkat akhir 24 Ogos 2008 ini.

Pusingan Akhir Pertandingan Debat Mandarin Antara Universiti Malaysia Kali Ke-11 ini pastinya mampu menarik tumpuan penonton dan peminat setia pertandingan debat peringkat akhir ini dengan pihak pencadang mengetengahkan topik, “Demi menaikkan taraf sistem kehakiman di Negara kita, ahli-ahli politik memainkan peranan yang lebih penting”.

Manakala pihak pembangkang pula sebaliknya menegakkan kenyataan topik “Demi menaikkan taraf sistem kehakiman Negara kita, pegawai-pegawai kehakiman memainkan peranan yang lebih penting.”

Menariknya, sebagai Stesen Rasmi, RTM juga memberikan publisiti menerusi siaran TV secara lebih meluas dan terperinci sepanjang sesi debat ini berlangsung.

Detik penting debaran menantikan pengumuman keputusan Pusingan Akhir Pertandingan Debat Mandarin Antara Universiti Malaysia Kali Ke-11 ini pula bakal berakhir dengan keputusannya disiarkan menerusi Warta Mandarin jam 8 malam.

Tetamu VIP yang diundang menerusi Pusingan Akhir Pertandingan Debat Mandarin Antara Universiti Malaysia Kali Ke-11 peringkat akhir ini iaitu Timbalan Menteri Penerangan Malaysia, YB Dato’ Tan Lian Hoe bagi menyerikan majlis.

Kepada anda peminat setia program debat yang semestinya menguji kehebatan pesertanya dalam membahaskan isu menarik dan semasa ini, jangan lepaskan peluang menonton Pusingan Akhir Pertandingan Debat Mandarin Antara Universiti Malaysia Kali Ke-11 pada 24 Ogos 2008  (Ahad), jam 06.30 petang dari Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur menerusi RTM2.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Siaran Langsung 3D Pertandingan Golf Terbuka Sony
  • Pertandingan Tarian Singa Akrobatik Sungei Wang Plaza
  • PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT KEBANGSAAN 2008
  • Sertai Ujibakat Pengulas Sukan Be A Fan NTV7
  • Peraduan Be A Fan ntv7
  • PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008
  • Siaran Langsung Kejohanan Piala Thomas Uber 2010
  • Karnival Zero Rempit Pertiga Pulau Pinang
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Konsert Mingguan Mentor 6 Pusingan Ketiga Kumpulan A



  • 2 Komen untuk entri “SIARAN LANGSUNG PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT MANDARIN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE 11”

    1. Obefiend kata:

      wa pu che tau

    2. Marlina Manja kata:

      Tunggu debat dalam bahasa Tamil, Iban secara langsung di stesen televisyen RTM.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK