in

Siaran Langsung Perhimpunan Hari Belia Negara 2010

TV2 SIAR SIARAN LANGSUNG PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2010 PADA 15 MEI 2010

Kemeriahan sambutan Hari Belia Negara 2010 yang bertemakan ‘Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara’ bakal dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menyiarkannya secara langsung acara kemuncak sambutan tersebut pada 15 Mei 2010, jam 3.00 petang di TV2.

Acara perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diadakan bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC) Putrajaya.

Pelbagai aktiviti dan acara menarik sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 yang bakal bermula pada 14 hingga 16 Mei 2010 ini di Putrajaya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaku penganjur sambutan Hari Belia Negara pada Mei ini menjelaskan sambutan akan diadakan dengan format yang berbeza berbanding sebelum ini dan akan lebih meriah melalui pelbagai aktiviti mengikut citarasa belia yang telah direncanakan.

Antara acara yang dirancangkan seperti sukan udara, drift/draGo-Kart, mini bike, futsal, paintball, Karnival Remaja, Karnival Belia, Expo dan Pameran Kerjaya, Karnival Rakan Muda dan Jambori Pengakap.

“Belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas (15) tahun dan tidak lebih daripada empat puluh (40) tahun mengikut Akta 668 iaitu Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 yang telah diwartakan.

Kongsikan kemeriahan sambutan Hari Belia Negara 2010 pada 15 Mei 2010, jam 3.00 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alibi Promo Tour Hiburkan Kota Kinabalu, Sabah

Gambar Diana Danielle di AIM17