in

Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega Minggu 1

Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama

[dropcap]B[/dropcap]ertitik tolak daripada fenomena dan kejayaan yang dicetuskan pada musim lalu, Astro Warna sekali lagi menghimpunkan kembali kumpulan pelawak dan pelakon komedi tersohor daripada tiga buah negara dalam Maharaja Lawak Mega 2012.

Pertandingan komedi yang terulung di rantau ini bakal bersiaran untuk Minggu Pertama pada Jumaat ini secara eksklusif di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika juga Mustika HD (Saluran 134), Astro RIA Singtel MioTV (Channel 34 ) dan Astro on-the-go (Warna).

[pullquote]Seramai 10 barisan pelawak berjaya melangkahkan kaki untuk beraksi di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2012. Mereka terdiri daripada kumpulan PIMAI, BOBOI, JOZAN, SABON, JAMBU, R2, SHIRO, THE BANDUNG JOKERS, SAYWHO dan DADIDU.[/pullquote]

[pullquote align=”right”]Peserta terdiri daripada kumpulan PIMAI, BOBOI, JOZAN, SABON, JAMBU, R2, SHIRO, THE BANDUNG JOKERS, SAYWHO dan DADIDU.[/pullquote]

Siapakah pula diantara kumpulan BALAS, KECIK dan MAMU yang akan melepasi ujian Kerusi Panas MLM seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Maharaja Lawak Mega 2012? Semuanya akan terjawab di minggu ini.

Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega 2012 (Minggu 1) akan disiarkan pada 16 November 2012 (Jumaat) jam 9.00 malam di Tingkat 3, Auditorium Wisma MBSA, Shah Alam (berhadapan SACC Mall).

Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega Minggu 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Twilight Movie Marathon di Cathay Cineleisure Budiey.com

Hattan, Ramli MS & Faizal Tahir Jadi Juri Jemputan Vokal Esok