in ,

Siapakah Pelajar, Tenaga Pengajar & Hos AF 2015?

Selepas menobatkan jejaka kelahiran Sabah, Mhd Firman Bansir atau lebih dikenali dengan nama Firman, 26 tahun sebagai juara program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014 sekaligus mengetepikan empat finalis lain iaitu Aman, Ewal, Nuha dan Adel pada tahun lalu, kini pihak Astro Ria dan produksi Astro sudah bersedia untuk meneruskan misi pencarian bintang sebenar menerusi AF 2015 yang akan mula bersiaran tidak lama sahaja lagi.

Siapakah yang bakal menerajui fakulti AF 2015 termasuk Pengetua, Tenaga Pengajar dan juga Pengacara program? Bagaimana pula wajah dan personaliti 16 pelajar bertuah yang berjaya diserap masuk menerusi saringan pemilihan yang teliti untuk musim ini? Nantikan pengumuman rasmi daripada pihak kami.

Segalanya terjawab setelah pihak Astro akan mengadakan Majlis Sidang Media Memperkenalkan Barisan Fakulti AF 2015 (Pengetua, Tenaga Pengajar, Hos & Pelajar) pada minggu depan, di Bandar Utama.

Budiey juga tak sabar untuk bertemu dengan kesemua barisan fakulti AF 2015 yang bakal diperkenalkan secara rasmi sewaktu majlis ini kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemeja-T #AirAsiaMAKNA Kini Boleh Didapati Secara ONLINE

Gossip Selebriti Pokai Gadai Jam Tangan