in

Siapakah Hos Baru 3R

3R, (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini.

3R pernah membariskan Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina) sebagai hos. Bermula dengan Azah, Rafidah dan Yuen pada musim pengenalannya, persembahan sketsa yang melakon semula isu atau masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa isu-isu berkaitan sosial bukanlah sesuatu yang berat dan sukar difahami.

Selepas sesi uji bakat yang telah diadakan di sekitar Malaysia pada bulan Mei dan Jun, akhirnya 12 finalis terpilih untuk menyertai Projek 3R yang akan menentukan siapakah hos baru untuk menyambung legasi 3R.

Pada Isnin minggu depan, Budiey akan telah dijemput untuk menghadiri satu majlis prebiu program terbaru 3R di mana 12 orang finalis pengacara yang akan diperkenalkan kepada media.

Jadi siapakah yang akan menjadi hos terbaru 3R? Sama-sama kita tunggu ya.

Yuen, Tini, Rafidah & Azah)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hadiah Lumayan Menanti Pemenang Peraduan Ratu Jumbo 2013

Peraduan Jom Menonton Filem Runner Runner