in

Siapa Pemenang Shout! Awards 2010

KURANG 2 MINGGU LAGI ACARA GILANG GEMILANG BAKAL BERLANGSUNG

Hanya tinggal lebih kurang 3 minggu untuk ke acara gilang-gemilang yang dinanti-nantikan oleh khalayak. Sudahkah anda bersedia untuk malam penuh glamor yang dibanjiri oleh selebriti dan personaliti dalam seni hiburan Malaysia? Segalanya dapat disaksikan di Shout! Awards 2010.

Segala rahsia telah terjawab. Nama-nama finalis Shout! Awards 2010 telah diumumkan dalam sebuah parti – ‘Shout! Nomination Party’ yang telah berlangsung pada 13 October yang lepas. Seramai 96 finalis telah tersenarai namun siapakah yang bakal pulang dengan trofi Shout! Awards 2010 kali ini? Segalanya bakal terjawab pada 20 November 2010!

FID_0214

Majlis ini pastinya tidak meriah tanpa persembahan bertenaga dan kolaborasi menarik dari artis-artis dan band popular tempatan. Kini, kami ingin mengumumkan barisan artis-artis yang bakal membuat persembahan pada malam itu. Antara barisan artis yang bakal meledakkan pentas Shout! Awards 2010 ialah Faizal Tahir, Royal Force, Deja Voodoo Spells, Mizz Nina, Hujan, They Will Kill Us All, Bitter Sweet, Love Me Butch, Yuna, Najwa, James Baum, Reshmonu, Arafah, Tactmatic, Sean Lee, Shazat, Wakaka Crew, Giller Battle Crew dan ramai lagi!

Shout! Awards 2010 juga akan diserikan dengan kehadiran artis-artis popular sebagai penyampai anugerah berprestij ini. Antaranya ialah Adibah Noor, Ning Baizura, Arabyrd, Tactmatic, Zizan, Johan, Sasi The Don, Liyana Jasmay, Hans Isaac, Chef Wan, Qi, Nora Danish, Diana Danielle, Andrea Fonseka, Bunkface, Maya Karin dan lain-lain lagi!

reshmonu
Reshmonu

Bagi menghangatkan majlis ini, beberapa siri jelajah telah diatur dan sebagai pembuka tirai, siri jelajah ini telah diadakan di Sg. Wang Plaza, Kuala Lumpur pada Ahad lepas (31 Oktober 2010)! Barisan artis yang menjayakannya ialah 6ixth Sense, Azlan & The Typewriter, Sonaone, Alif Satar dan Daphne Iking kelihatan begitu teruja dapat bertemu peminat mereka di sana!

Masih tidak puas? Anda boleh bertemu dan beramah mesra dengan arts-artis kesayangan anda di Mahkota Parade Melaka Sabtu ini (6 November 2010) dari jam 2.00 hingga 4.00 petang. Peminat-peminat di Melaka akan dihiburkan dengan persembahan dari Pesawat, 6ixth Sense, Altimet dan Sonaone. Siri jelajah seterusnya akan diadakan e@Curve, Mutiara Damansara pada 13 November 2010 dari jam 1.00 tengahari hingga 3.00 petang. Datanglah beramai-ramai untuk bertemu dengan Meet Uncle Hussain, Alif Satar, Faizal Tahir dan Yuna.

Shout Awards

Merangkumi sektor Muzik, TV & Filem dan Radio tanahair Shout! Awards 2010, merupakan sebuah rancangan majlis anugerah yang memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak besar serta yang telah banyak mempengaruhi industri hiburan Malaysia. Rancangan yang akan berlangsung selama 3 jam ini juga akan menyaksikan penganugerahan bagi mereka yang telah memberi revolusi baru dalam industri hiburan tempatan.

Ia juga merupakan satu platform yang baik untuk peminat memilih dan melihat ke mana arah tuju industri hiburan Malaysia.

Shout! Awards 2010 yang akan berlangsung pada 20 November 2010 (Sabtu) jam 8.30 malam dan akan disiarkan secara terus menerus (LIVE) dari Stadium Putra Bukit Jalil di saluran hip 8TV. Acara gilang gemilang ini akan diacarakan oleh tiga orang penyampai popular dan meningkat naik iaitu penyampai radio Hafiz Hatim, si manis Sarah Lian dan personaliti popular Henry Golding.

Shout Awards

Apa lagi yang menarik bakal menanti anda pada malam  Shout! Awards 2010? Pastinya persembahan-persembahan dari artis-artis terkenal tanahair! Tidak cukup dengan itu, kami akan menerbangkan seorang penghibur antarabangsa khas untuk anda semua. Nantikan pengumuman khas nanti!

“Acara kemuncak semakin hampir. Hanya lebih kurang tiga minggu kita akan sampai ke majlis yang ditunggu-tunggu. Tahun ini pasti lebih meriah dan menghiburkan! Melihat dari senarai finalis-finalis tahun ini ternyata saingan semakin sengit. Saya percaya Shout! Awards 2010 pasti meninggalkan momen yang menarik untuk anda semua! Kami cukup berbangga dapat menjadi sebahagian daripada majlis ini kerana merupakan platform terbaik untuk bakat-bakat kreatif diiktiraf!” ujar Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Peminat-peminat semua telah diberi masa selama lebih kurang sebulan, sehingga 19 November 2010 ini untuk mengundi artis atau personaliti kegemaran masing-masing. Undian anda semua amat bermakna kerana andalah penentu kepada segalanya!” tambah Kim lagi.

“Kurang daripada 3 minggu lagi, artis-artis tempatan pilihan anda akan menerima anugerah dalam majlis cukup berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat kreatif di dalam industri hiburan Malaysia. Shout Awards 2010 yang dicetuskan oleh X-pax merupakan platform terbaik dalam mengenengahkan artis-artis yang terbaik dalam Malaysia.

Shout Awards

Komitmen Shout! Awards 2010 bukan sahaja untuk membawa hiburan tempatan dan antarabangsa yang terbaik, tetapi pada masa yang sama memupuk, mendorong dan mengilhamkan bakat-bakat tempatan melalui pengenalan satu anugerah yang baru iaitu Anugerah “Mobile Artiste of the Year”.

Peminat-peminat boleh mengundi 6 lagu finalis kegemaran mereka dengan hanya menaip *118# dan ikut arahan seterusnya untuk muat turun kandungan lagu artis kegemaran menerusi ‘The Ultimate Mobile Music Channel, Channel X’. Artis dengan jumlah muat turun paling banyak melalui Channel X serta muat turun dari syarikat telekomunikasi lain di Malaysia sehingga 15 November 2010 akan memenangi “Mobile Artiste of the Year”, kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Pengarah Pemasaran, Celcom Axiata Berhad.

Pelanggan-pelanggan X-pax boleh mendapatkan dua tiket ke anugerah Shout! Awards 2010 dengan membeli mana-mana Call Me Tones dari 6 finalis untuk kategori “Mobile Artiste of the Year”. Mereka juga boleh menukar tiket biasa ke tiket VIP dengan hanya membeli satu Call Me Tones tambahan dari mana-mana 6 lagu finalis tersebut. Tiket-tiket adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada.

Pemenang-pemenang akan dipilih menerusi undian SMS dan ‘online’ yang sudah mula dibuka pada 18 Oktober 2010 lalu dan segala undian akan ditutup pada 19 November 2010. Untuk mengundi finalis kegemaran anda, sila layari laman sesawang www.shoutawards.com.my atau SMS ke SHOUT dan hantarkan ke 33399.

Jangan ketinggalan untuk bertemu dengan artis kegemaran dan mengalami sendiri kehangatan malam anugerah dengan memenangi tiket-tiket eksklusif dari siri jelajah . Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan bertemu dengan pasukan 8Team yang akan berada di beberapa lokasi berdekatan anda seperti di MMU Cyberjaya pada 10 November dari 12.00 tengahari hingga 2.00 petang.

Selain itu tiket-tiket ini boleh dimenangi dengan menonton 8TV Quickie atau menerusi rakan media iaitu HotFm, Fly FM, Suria Fm dan Red FM. Anda juga berpeluang memenangi tiket-tiket ini dengan menyertai peraduan-peraduan di majalah-majalah dan akhbar-akhbar harian tempatan. Peminat-peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas bermula 1 November 2010 jam 3.00 hingga 5.00 petang atau layari laman sesawang Facebook Fan Page.

Anugerah berprestij yang akan dipancarkan terus dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 (Sabtu) jam 8.30 malam ini akan dimulakan dengan liputan acara karpet ungu yang membariskan artis dan selebriti popular negara. Buat julung-julung kalinya akan disiarkan secara LIVE serentak di televisyen, radio dan online.

X-pax dengan bangganya dibawakan khas secara eksklusif kepada anda oleh penganjur dan penyiar rasmi 8TV dan dicetuskan oleh penaja rasmi .

Shout! Awards 2010 turut mengalu-alukan rakan media Fly FM, Hot FM, Red FM dan Suria FM. Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan info-info terkini sila layari laman sesawang www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my .

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Jika anda terlepas menonton program kegemaran anda, layari laman sesawang www.tonton.com.my atau mobile.8tv.com.my untuk menonton program 8TV menerusi telefon bimbit anda!

Shout Awards

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Cheetah Girls & The Cheetah Girls One World

Concern at University of Wales Overseas Degrees