in

Siapa Pemenang Konsert Akhir Kilauan Emas Musim 2

Ana Rafali Jaclyn Victor Bakal Buat Persembahan di Konsert Akhir Kilauan Emas 2

Tiga hari lagi Konsert Akhir Kilauan Emas Musim 2 akan diadakan. Debaran semakin terasa. Siapakah pemenang Kilauan Emas Musim 2. Korang rasa siapa ya?

Detik penentuan semakin hampir. Siapakah di antara Fuad (Zon Timur), Julaini (Zon Selatan), Salina (Zon Utara), Fadzil (Zon Timur), Jumat (Zon Sabah) dan Azri (Zon Tengah) yang bakal dinobatkan sebagai Juara Kilauan Emas Musim 2 sekaligus membawa pulang wang tunai sejumlah RM50, 000? Sama-sama kita saksikan.

Jangan lupa tontonnya di Astro Prima di mana siaran Langsung Konsert Akhir Kilauan Emas 2 akan diadakan pada 4 Julai 2012 (Rabu), jam 8.30 malam @ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Konsert akhir ini kelak akan turut dimeriahkan dengan kehadiran Hetty Koes Endang, Dato Ramli MS dan Datuk Ahmad Nawab selaku barisan juri. Selain itu, saksikan juga persembahan istimewa oleh artis undangan seperti Mas Idayu, Dato’ Jeffrydin, Ana Rafali, Fredo, Othman Hamzah, Dato’ M. Daud Kilau, Mawi, Zahid, Atilia dan Jaclyn Victor.

Konsert Akhir Kilauan Emas Musim 2 akan dihoskan oleh Raja Azura.

Raja Azura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Kumpulan JINBARA KOLABORASI MENTAL

Tune Hotel Asoke Bangkok