in

Siapa Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012

Sidang Media Anugerah Planet Muzik kembali bertenaga!

Anugerah Planet Muzik (APM) kembali buat tahun ke-11! Tahun ini, APM akan dipentaskan di Singapura pada hari Sabtu, 15 Disember 2012, 8.30 malam di MAX Pavilion, Singapore Expo.

[dropcap]M[/dropcap]ajlis anugerah tahunan yang berprestij ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para artis dan penggiat industri muzik Melayu serantau. Tahun ini, ianya menjanjikan suatu kelainan dari segi kategori penganugerahan hinggalah kepada aspek nilai dan mutu persembahan semasa pementasan tersebut.

APM2012, majlis anugerah gilang-gemilang yang dianjurkan oleh stesen radio Melayu MediaCorp Singapura, iaitu Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM, akan menampilkan para artis dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Anugerah Planet Muzik 2012

Selain daripada “Anugerah Lagu Serantau Paling Popular”, “Anugerah Artis Serantau Paling Popular”, “Anugerah Artis Lelaki Terbaik” dan “Anugerah Artis Wanita Terbaik”, APM 2012 buat julung kalinya akan mempertandingkan beberapa kategori anugerah baru. Anugerah- anugerah tersebut adalah “Anugerah Hits Radio”, “Anugerah Ikon Media Baru” dan “Anugerah Nova Media Baru” (Kategori-kategori Anugerah seperti di lampiran).

[pullquote align=”right”]Kategori-kategori anugerah baru ini diperkenalkan besesuaian dengan perubahan ketara yang melanda dunia industri hiburan dan ini berkait rapat dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat.[/pullquote]

“Dengan kemudahan muat naik video “online”, kita tidak dapat menjangka siapakah bintang baru yang akan bersinar dan oleh sebab itu, kami memperkenalkan “Anugerah Nova Media Baru” yang mengiktiraf kemunculan bakat baru paling popular “online”.

Bagi “Anugerah Ikon Media baru” pula, pengiktirafan diberi kepada artis yang mempunyai ramai pengikut di dunia siber,” kata Cik Zakiah Halim, Naib Presiden Ehwal Rancangan Melayu, India & Ekspatriat, Radio, MediaCorp Pte Ltd.

Katanya lagi, “Kami berbesar hati dan amat berterima kasih kepada Media Development Authority of Singapore (MDA) (Penguasa Penbangunan Media), The Composers and Authors Society of Singapore (COMPASS) (Persatuan Penggubah dan Penulis Singapura) dan pihak Astro sebagai penyiar rasmi malam anugerah tersebut kerana memberi kerjasama dalam mejayakan majlis anugerah muzik tahun ini. Dengan kerjasama semua pihak, kami berharap dapat memeriahkan lagi acara ini dengan mengadakan “roadshows” bukan sahaja di Singapura, malahan di Malaysia dan Indonesia juga. Memandangkan ini adalah tahun ke-11 APM, kami ingin menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti yang menarik minat penyokong- penyokong industri muzik Melayu sehinggalah ke malam gilang-gemilang APM nanti ,”

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro; Nizam Sani, “Astro sebagai penyiar rasmi untuk APM 2012, telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan aspirasi, visi dan sasaran pihak penganjur mempromosi acara berprestij ini ketahap yang lebih tinggi melalui wadah Astro. Ini untuk memastikan acara yang dinanti-nantikan ini mendapat tontonan yang meluas.

Astro berbesar hati kerana diamanahkan sebagai pihak penyiar rasmi dan ini merupakan tanggungjawab besar yang sangat kami hargai. Astro akan sentiasa memberi sokongan kepada acara anugerah muzik serantau tahunan berprestij seperti ini kerana APM telah berkembang dengan pesatnya untuk memartabatkan industri muzik Melayu. APM juga telah berjaya mengetengahkan ramai bakat ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Kami akan membawakan siaran LANGSUNG Anugerah Planet Muzik 2012 terus ke rumah anda dari Max Pavilion, Singapore Expo pada jam 8.30 malam eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). Jangan ketinggalan menyaksikan acara gah ini!”

[dropcap]P[/dropcap]encalonan yang dibuka kepada karya muzik Melayu yang diterbitkan di antara 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 telah pun ditutup pada 17 Oktober 2012 pukul 5.00 petang. Nama- nama calon-calon APM telah diumumkan pada sidang akhbar di Singapura pada 29 Oktober 2012 di Hotel Rendezvous. Selepas sidang akhbar di Hard Rock Kuala Lumpur, Malaysia hari ini, satu lagi sidang akhbar akan diadakan Jakarta, Indonesia, tidak lama lagi.

Pengundian untuk kategori-kategori anugerah “Popular” telah pun bermula pada 05 November 2012 dan akan berakhir pada 06 Disember 2012. Untuk “Anugerah Artis Popular Singapura”, “Anugerah Lagu Popular Singapura”, “Anugerah Artis Serantau Popular” dan “Anugerah Lagu Serantau Popular”, undian di buat secara “online” di www.xinmsu.com/APM.

Harga-harga tiket bermula dari $48, $68, dan $88 (tidak termasuk bayaran SISTIC) akan di jual di semua cawangan SISTIC.

Bagi butiran lanjut untuk APM 2012, sila layari http://www.xinmsn.com/warna942 atau http://www.xinmsn.com/ria897.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Filem Kahwin 5

ASMIDAR

Asmidar Nafi Buat Suntikan Pada Wajah, Belajar Solek Sendiri