in

Siapa Juara Super Spontan Musim Pertama

Segala persoalan kini terjawab. Super Spontan Akhir bakal digegarkan dengan aksi enam finalis akhir iaitu Rahim, Johan dan Ropie daripada Pasukan Beruang Comel serta Zizan, Suhaimi dan Tauke daripada Pasukan Angsa Ganas yang bakal berentap untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry. Wow, bestnya!

Siaran Langsung Super Spontan Akhir akan disiarkan pada jam 10.30 malam. Menarik lagi, sebuah rancangan khas iaitu Ramalan Super Spontan akan disiarkan pada jam 10.00 malam sebagai “pemanas badan” sebelum bermulanya program Super Spontan Akhir.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Super Spontan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry? Sama-sama kita saksikan.

Korang rasa siapa yang akan jadi juara Super Spontan Musim Pertama?

Samada Rahim, Johan, Ropie, Zizan, Suhaimi dan Tauke?

Super Spontan Musim Pertama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Telemovie Khas Hari Gawai Di TV2

Filem Spy Kids & 102 Dalmations Hiburan Cuti Sekolah