in

Siapa Juara MANIA Astro

Akhirnya semua tanda tanya telah terjawab. Kesemua lima finalis yang layak beraksi di atas pentas akhir Mania sudahpun diketahui sejurus tamatnya Konsert Mania Peringkat Separuh Akhir pada minggu lalu.

Hafiz, Aril, Stacy, Jaclyn Victor dan Hazama menjadi pilihan rakyat Malaysia dan mendapat kedudukan lima teratas melalui undian SMS sekaligus menyebabkan tiga bintang lain iaitu Adira, Shia Amzah dan Ebi terpaksa disingkirkan setelah menerima undian terendah.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Mania sekaligus membawa pulang wang tunai RM500, 000? Sama-sama kita saksikan nanti.

Siaran Langsung Konsert Akhir Mania pada 19 Mei 2012 (Sabtu) jam 9.00 malam @ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Korang rasa siapa yang akan menang dalam Mania ni ya?

aril

Budiey ada bertanya kepada follower budiey di Twitter, samada MANIA ini betul-betul berjaya bikin satu fenomena, dan ramai yang menghantar tweet mengatakan, MANIA masih belum boleh dikatakan mencetuskan satu fenomena. Ada yang kata, fenomenanya hanya sekejap semasa Adira berduet dengan Shahir nyanyi lagu Ku Pinang mu Dengan Bismillah.

Pada malam ini, kemuncak dan klimaks MANIA akhirnya menemui penonton dan kita harapkan segalanya berjalan dengan lancar. Budiey nak ucapkan syabas siang-siang lagi kepada pemenang yang akan membawa pulang wang tunai setengah juta itu. Banyak betul dapat, terus jadi kaya raya.

Budiey menjangkakan Jaclyn Victor akan jadi juara. Jika tidak pun mungkin Hafiz. Pemilihan berdasarkan prestasi vokal yang konsisten sepanjang persembahan mereka dalam MANIA. Namun, segalanya berdasarkan kepada undian penonton. Segala kemungkinan boleh berlaku, kan?

Berdasarkan dua persembahan yang telah disampaikan oleh setiap Bintang Mania, ternyata mereka telah melakukan apa sahaja untuk meraih undian daripada peminatnya. Segala usaha yang dilakukan ternyata berbaloi terutamanya kepada 5 finalis Mania. Sekarang 5 finalis ini akan beraksi merebut hadiah wang tunai RM500 ribu yang merelka impikan selama ini.

Berikut adalah kedudukan selepas talian undian ditutup.
1. Hazama – 15%
2. Stacy – 15%
3. Hafiz – 13%
4. Jaclyn Victor – 13%
5. Aril – 12%
6. Adira – 11%
7. Shila – 10%
8. Ebi – 10%

Kini, 5 Bintang Finalis bakal meneruskan perjuangan mereka merebut gelaran Juara di Galaksi Mania minggu hadapan. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA MANIA yang pertama? Saksikan Konsert Akhir Mania, Sabtu, 9 malam di Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.

Memperkenalkan Aplikasi Telefon Bimbit Mania yang boleh dimuat turun secara PERCUMA! Aplikasi ini telah tersedia untuk pengguna iPhone dan kini boleh dinikmati leh pengguna telefon Android. Anda hanya perlu taip APPMANIA dan hantar ke 32888. Anda akan menerima pautan untuk dimuat turun. Info-info menarik seperti berita terkini, galeri, profil Bintang Mania dan video-video menarik disediakan dalam aplikasi ini. Jangan lupa dapatkannya sekarang!

Teruskan bersama Mania mengikuti perkembangan terkini 5 Bintang Finalis Mania menerusi laman web rasmi Mania di sini dan di laman sosial Facebook dan Twitter Mania (#ManiaAstro)

Budiey: Seronok betul jadi Hafiz. Jadi kaya sekelip mata. oh ya, Rakaman Konsert Wings Studio 1 akan berlangsung di Dewan Sri Jalil 3petang hari ini. Korang join?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jay Park Conquer Malaysian Fans with New Breed Showcase

Baju Pengantin Love Spell II Rekaan Zery Zamry