in

Siapa Di Rumah Bersama Chef Ismail

Kepada pembaca sekalian, jangan lupa bersama Chef Ismail untuk tinjau-tinjau kediaman indah, gaya hidup dan aktiviti dapur selebriti ternama tanahair dalam program tv terbaru – SIAPA DI RUMAH.

Selebriti merupakan individu terkenal dan yang menjadi tumpuan ramai. Tidak terhad kepada mereka yang terlibat dalam bidang hiburan seperti bintang filem, pelakon dan penyanyi, chef dan pakar motivasi juga kini semakin dikenali ramai.

Mungkin kerana itu, Astro memperkenalkan sebuah program terbaru yang akan meninjau kediaman, pilihan dekorasi, gaya hidup dan aktiviti di dapur para selebriti ini pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam bermula 20 Mei 2012 menerusi Astro RIA (saluran 104).

Siapa di rumah merupakan sebuah rancangan 30 minit yang akan menampilkan Chef Ismail, sebagai pengacara. Sepanjang tujuh episod, beliau akan bertandang ke kediaman selebriti tanah air dan berkongsi ilham dan kreativiti dekorasi kediaman mereka.

Di samping itu, rancangan ini juga akan turut memaparkan realiti gaya hidup para selebriti tersebut. Siapa Di Rumah akan turut memaparkan segmen masakan serta hidangan istimewa yang disediakan secara eksklusif oleh selebriti jemputan bersama Chef Ismail

Budiey akan turut bersama media yang lain hadir di Majlis Pelancaran Program TV Siapa Di Rumah yang akan diadakan di Bangsar pada jam 3 petang ini.

siapa di rumah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Christina Perri Live In Malaysia Concert

David Teo Mohon Maaf Secara Terbuka