in

Siapa Barisan Tenaga Pengajar AF 2013

[dropcap]S[/dropcap]yawal belum lagi tamat. Dah seminggu kita menempuh Syawal dan Budiey percaya anda semua sudah beransur-ansur kembali bekerja. Baki-baki Syawal pastinya ada rumah terbuka yang akan kita kunjungi nanti. Hari ini dah 16 Ogos bermakna tak lama lagi, peminat Akademi Fantasia akan dapat mengetahui barisan para peserta yang bakal menjadi bintang. Sebelum itu, seperti musim yang lalu, Astro akan mengumumkan barisan tenaga pengajar AF 2013. Siapalah agaknya ya?

Untuk mengubat kerinduan para peminat, AF2013 datang tema Kebangkitan Bintang Sebenar. Wow, hebat gak tagline ini. Mungkin ini sudah jadi target Astro untuk mencipta satu misi mencari bintang sebenar yang lebih fresh!

Setelah bersiaran hampir satu dekad, AF amat sinonim dengan barisan fakulti dan tenaga pengajar yang telah menjadi tulang belakang kekuatan bintang-bintang yang bakal bangkit untuk menyinari industri seni tanah air kelak. Siapakah barisan ikon yang bakal menggalas tanggungjawab menduduki kerusi fakulti untuk musim serba baru ini? Budiey dapat perkhabaran, satu majlis khas untuk mengumumkan barisan fakulti dan tenaga pengajar akan diumumkan pada minggu depan.

Cuba teka siapa yang jadi cikgu dan cikgu AF 2013. Adakah muka yang sama atau ada muka baru?

Akademi Fantasia 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Diandra Lakonan Aiman Hakim Ridza & Nur Fathia

Cara Dapatkan Pass Meet & Greet Konsert CNBLUE di Malaysia