in

Siapa Bakal Menang Pertandingan Akhir Bintang Ai Minnal 2015

Lapan peserta terbaik bakal berentap dalam Pertandingan Akhir “Bintang Ai Minnal 2015” diadakan bertempat di Auditorium RTM Perak pada 18 Oktober ini yang akan disiarkan secara langsung pukul 9.00 malam di TV2.

“Bintang Ai Minnal 2015” merupakan usaha Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi stesen radio Ai FM dan Minnal FM bergabung tenaga bagi menerbitkan sebuah pertandingan nyanyian untuk melahirkan lebih ramai penyanyi bukan Melayu yang menyanyikan lagu-lagu Melayu seperti Dato’ Andre Goh, Kumpulan Alleycays, Jaclyn Victor, Suki Low dan Elizabeth Tan.

Lapan Peserta Berentap Ke Pertandingan Akhir Bintang Ai Minnal 2015

Peserta yang bakal ke peringkat akhir terdiri daripada Chua Yung Qi,15, dari Kota Tinggi, Johor; Gui Yee Ping, 33, Rawang, Selangor; Kua Yan Min, 26, Kuala Lumpur; Chor Yun Jia, 25, Kedah; Woon Chai Shia, 33, Kota Kinabalu, Sabah; J Susan A/P A.I.Josop, 34, Johor Bahru; Hashmitha A/P Selvam,16, Melaka dan Andrew Anthony A/L Anthony,20, Batu Caves, Selangor.

Pentas akhir ini menyaksikan keupayaan lapan (8) peserta bertanding mendendangkan dua (2) buah lagu ciptaan tempatan dalam Bahasa Melayu dan pastinya ia bakal menguji ketahanan vokal setiap peserta yang menjadi kayu pengukur kepada kehebatan artis-artis kelahiran RTM sebelum ini.

Pertandingan yang pernah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2010 ini mengekalkan tradisi dalam pertandingan nyanyian, setiap persembahan peserta akan diadili oleh juri–juri profesional.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM7,000.00, naib juara RM5,000.00 serta tempat ketiga RM3,000.00. Manakala untuk Persembahan Terbaik bakal memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500.00. Selain itu, lima peserta memenangi hadiah saguhati setiap seorang RM3,000.00.

Persembahan undangan menampilkan kemunculan artis Misha Omar dan Jaclyn Victor juga gandingan pengacara Muaz, Ivan Toh dan Terrence.

Sesi ujibakat memilih 24 peserta pada bulan Jun dan Julai 2015 secara video online untuk menentukan 16 peserta terpilih bersaing pada peringkat awal yang telah diadakan pada 16 September 2015 di Auditorium P.Ramlee. Panel/juri telah memilih lapan (8) peserta berentap pada peringkat separuh akhir yang diadakan di Auditorium P.Ramlee pada 20 September 2015. Seterusnya menentukan siapakah bakal bergelar juara pada peringkat akhir diadakan di Auditorium RTM Perak pada 18 Oktober 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kesunyian Tiga Warga Emas Dalam Filem GOING IN STYLE

Revolusi Klinik CLIQUE Yang Perlu Anda Tahu