in

Shuhaimi Baba Minta Media Pembangkang Tak Buat Provokasi

Penerbit dan pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba berharap media pihak pembangkang yang menonton filem arahannya, Tanda Putera tidak melakukan provokasi filem itu menerusi tulisan mereka. Shuhaimi dia gembira melihat ramai media hadir pada majlis pra-tonton buat kali kedua filem tersebut dan berharap mereka tidak melihat karya itu dari sudut negatif.

Tayangan Perdana Tanda Putera

“Alhamdulillah, selepas setahun tayangan Tanda Putera tertangguh gara-gara isu politik, akhirnya ia dapat dipertontonkan kepada masyarakat. Semua pihak kena tahu sejarah dan latar belakang negara sendiri dan rasanya filem ini tidak patut dikontroversikan lagi untuk dijadikan bahan politik. Melihatkan kehadiran ramai media berbanding tayangan perdana pertama yang berlangsung pertengahan tahun lalu, ini menunjukkan sambutan yang diberi amat menggalakkan, tetapi jangan pula ada pihak lain yang sengaja mahu mencari isu dalam menimbulkan provokasi.”

Namun begitu, beliau hanya mampu berdoa agar Tanda Putera mendapat respons baik daripada penonton walaupun secara dasarnya moral dalam dirinya semakin kurang gara-gara kontroversi penundaan filem itu.

Dalam pada itu, beliau turut membuat penapisan semula buat kali kedua sebelum ditayangkan kepada umum bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

“Walaupun sebelum ini pihak LPFM (Lembaga Penapisan Filem Malaysia) telah meluluskan Tanda Putera untuk ditayangkan pada tahun lalu, tetapi saya mengambil inisiatif untuk menyunting semula sebanyak lima peratus agar tiada siapa yang boleh memprovokasi filem ini.”

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein (Rusdi) dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Zizan) berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tanda Putera yang diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini.

Rusdi Ramli, Zizan Nin, Linda Hashim, Faezah Elai, Norman Hakim dan Kavita Sidhu adalah antara pelakon filem Tanda Putera yang akan bernafas semula di pawagam mulai 29 Ogos ini.

Tayangan Perdana Tanda Putera

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photo CNBLUE di Sidang Media Konsert Blue Moon di Malaysia

Aaron Aziz Bergabung Dengan Fazura & Luna Maya dalam Filem Tembus