Showcase Tour The Fabulous Cats, Nurul, Zhana, Imran Ajmain dan Nitrus di Pulau Pinang
Metadome Sdn. Bhd. bakal mengadakan siri jelajah di Utara, Semenanjung Malaysia tanggal 21 & 22 Febuari 2009 dan Budiey turut dijemput untuk menyertai rombongan artis ke Utara. Pada mulanya, memang Budiey bersetuju untuk ikut rombongan ini, namun Budiey terpaksa batalkan disebabkan terpaksa hadir di Majlis Pelancaran Hypp.TV di The Curve. Dapat job, Budiey terpaksa pilih ke The Curve kerana Budiey dibayar untuk ke majlis pelancaran Hypp TV. Tapi rasa terkilan gak sebab nak ikut sama-sama dengan Liyana Jasmay!!!

Antara artis dibawa syarikat ini yang akan bersama-sama memeriahkan lagi siri jelajah ini ialah The Fabulous Cats, Nurul, Zhana, Imran Ajmain, Liyana Jasmay dan Nitrus.
Siri jelajah ini adalah bertujuan bagi mendekatkan artis dan peminat di Utara tanah air di samping mempromosikan artis-artis di bawah naungan Metadome Sdn. Bhd.
Menariknya siri jelajah ini turut mendapat kerjasama dari pada majalah Hai, selaku majalah hiburan terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd.. Pada sebelah malamnya pula artis jemputan bakal mengadakan persembahan di Mois Club, Pulau Pinang.
Semua artis, krew dan wartawan akan bertolak dari KL Sentral, Kuala Lumpur. Perjalanan yang memakan masa lebih 4 jam ini akan tiba di Cinta Rasa Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah sesi bertemu peminat di Central Square, Sungai Petani, Kedah. Pada jam 3.00 – 5.00ptg.
Hari kedua siri jelajah ini akan bergerak ke Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk sesi bertemu peminat dan mengadakan persembahan disana.
Manakala persembahan Eksklusif di The Carnival Cinta Sayang Resort akan di taja oleh Pihak Metadome Sdn.Bhd. Di samping itu, pihak Utusan Karya Sdn. Bhd turut membuat jualan majalah Hai dengan harga promosi sebanyak RM 2.00 sahaja.

Nurul: Jom join!
Tags: Showcase
Tags: Promo, ShowcaseClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 11th, 2009 at 10:14 pm
alaa..yaka..ni,nak kna blik penang..nurul pn blik gak no..ih..mkin cun aku tgk kak nurul nih..dh ada pengganti ka..hehe
February 12th, 2009 at 11:57 am
agak2 kalau jahitan baju nurul tercabut ape yg akan jadi?? mcm nak tertetas je aku tgk
February 12th, 2009 at 2:31 pm
makin kurus la nurul nie….
ape rahsia…
huhuhuhuhuhu
February 12th, 2009 at 3:35 pm
dah cam negro dia ni eh..tapi lawa skrg..
February 20th, 2009 at 3:03 pm
Tempat : Central Square, Sungai Petani, Kedah
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tarikh : 21 Februari 2009
Tempat : The Carnival, Cinta Sayang Resort.
Masa : 8.00 pm – 10.00 pm
Tarikh : 21 Februari 2009
Tempat : Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tarikh : 22 Februari 2009
JUMPA DI SANAAAAAAAAAA!!!
October 23rd, 2009 at 11:20 am
canteknye nurul..pandai bergay dan berfesyen. muda2 macamni memang patut bergaya sakan. nanti xde lah bila dah tua baru nak pakai skirt…
October 23rd, 2009 at 11:21 am
canteknye nurul..pandai bergaya dan berfesyen. muda2 macamni memang patut bergaya sakan. nanti xde lah bila dah tua baru nak pakai skirt…